Gelas
berisi milo suam jatuh ke lantai. Pecah berderai. Si anak mendengus tanda
protes. Mulutnya masih mengomel sesuatu sambil membersihkan serpihannya. Dia
langsung keluar untuk mengambil angin malam. Selagi masih di dalam rumah, kerja
menguruskan ibu takkan habis.
Si
ibu mengambil sekeping kertas. Dia menulis sesuatu dengan ringkas. Selesai
menulis, dia kepenatan lantas tertidur di atas kerusi rodanya itu. Sejam
berlalu si anak datang lagi. Kertas itu diambil dengan berhati-hati. Kalau
terjaga, entah apa pula mahunya, bisik hatinya. Isi surat dibacanya:
Anakku, sayangku, maafkan ibu ya. Tadi
tanganku menggigil. Ibu agak uzur sekarang. Ibu tak kuat macam dulu lagi.
Mungkin kamu kena suapkan ibu nanti. Untuk ke bilik air, kamu kena pimpin ibu.
Dulu ibu kan berkali-kali pimpin kamu, sampai kamu boleh berjalan. Makan
minummu ibu suapkan juga kan.
Oh ya dulu ibu suka sangat tengok kamu
ketawa. Jangan masam muka lagi ya. Senyummu mengurangkan sakitku, anakku,
sayangku. Tinggal lagi satu harapan ibu. Ibu rasa dunia ini makin singkat harinya.
Dulu semasa kamu lahir, ibu ada bersamamu ya nak. Ibu mahu bila ibu pergi, kamu
juga ada bersama. Boleh kan? Sekian. Ibumu.
Air
mata si anak mencurah-curah tanda rasa sedih dan bersalah. Hujung baju ibunya
dicapai perlahan-lahan untuk mengelap pipi. Maafkan dosa anakmu, bisiknya. Aku
takkan ulangi lagi, janji si anak.
Dengan
cermat tangan ibunya dicium berkali-kali. Namun dia perasan tangan itu tidak
seperti biasa. Sejuk membatu. Maka deraian tangis si anak kini menguasai
deretan rumah tamannya.
Sedihnya…tersentuh
hati aku membacanya. Bagi kita-kita semua yang masih ada orang tua, ambillah
iktibar dari kisah di atas.
4 comments
sedih membacanya
huhu sedih..
hargai mereka selagi masih ada peluang kan, kak :'D
sedihnyaaaaaaaaaaaaa
allahu sedihnya. jauhkan hati2 kita dari jadi keras begitu
EmoticonEmoticon