Wadi TV3 Episod Akhir

Sinopsis Wadi Episod Akhir Drama TV3
Wadi (Syafie Naswip) begitu gembira setelah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan marathon. Hadiah yang diterimanya iaitu wang tunai berjumlah RM500 digunakan untuk membayar bil hospital ibu tirinya iaitu Zainah (Amyza Aznan).

Setibanya di hospital, ibu kandung Wadi, Mahani (Lisdawati) memberitahu bil telah dibayar oleh seseorang. Wadi begitu terkejut kerana tidak mengetahui siapa yang telah membayar bil tersebut. Ibunya memberitahu ciri-ciri pemuda yang baik hati itu. Katanya ada parut pada wajah lelaki tersebut. Sah! Lelaki tersebut adalah Hussein. Pemuda yang telah membenarkannya menumpang ditempatnya iaitu rumah bawah jambatan.

Wadi segera ke sana. Hanya sepucuk surat yang ditinggalkan oleh Hussein. Hussein menyatakan dia amat berterima kasih pada Wadi kerana telah menyedarkan dirinya. Selepas menerima berita kematian ayahnya, Hussein kembali ke rumah dan mewarisi harta kekayaan keluarganya. Malah dia turut membantu keluarga Wadi dengan melunaskan bil hospital ibu tirinya.

 Azim (Fimie Don) masih menaruh hati pada Widya (Ardell Aryana) namun dirinya hanya bertepuk sebelah tangan. Azim kini telah berubah, dia tidak senakal dahulu dan menjalinkan ikatan persahabatan yang baik dengan Wadi dan Farid (Naim Daniel).

Cinta antara Cikgu Murni (Faezah Elai) dan Cikgu Naim (Zamarul Hisham) kembali bersatu. Cikgu Naim telah menghadiahkan Cigu Murni sebentuk cincin tanda lamaran darinya. Cikgu Murni merasa terharu.

Di rumah, ibu tiri Wadi iaitu Zainah enggan makan. Walaupun berulang kali diasak oleh anaknya Zana (Khayreena Nur Kemal). Wadi memujuk Zainah untuk makan sambil mengingatkannya pada arwah ayahnya. Air mata Zainah perlahan-lahan mengalir. Tersentuh hatinya melihat anak tirinya itu yang tidak pernah menaruh dendam pada dirinya. Selepas segala perbuatan jahat diperlakukan oleh dirinya terhadap Wadi.

Wadi membawa ibunya untuk tinggal di rumah itu. Zainah terkejut melihat kehadiran Mahani. Zainah menghampiri Mahani lalu dipegangnya tangan Mahani sambil memohon kemaafan. Mahani memberitahu dia telah lama memaafkan Zainah. Mereka berpelukan. Mulai dari saat itu, mereka tinggal sebagai satu keluarga. Tamat!

Pelakon Drama Wadi TV3
Syafie Naswip - Wadi
Ardell Aryana - Widya
Naim Daniel - Farid
Shafieq Shazwan - Epit
Fimie Don - Azim
Ahmad Iswazir Ismail
Lisdawati - Mahani
Faezah Elai - Cikgu Murni
Zamarul Hisham – Cikgu Naim
 Amyza Aznan - Zainah
Azhan Rani
Adik Khayreena Nur Kemal - Zana
Adik Khayrisyah Kemal

Gambar Wadi TV3 Episod Akhir
Wadi episod akhir, sinopsis episod terakhir drama TV3 Wadi, gambar Wadi, pelakon, drama Wadi tamat, last episode, ending Wadi, episod kemuncak

Komen Ending Drama Wadi TV3
Tamat dah drama Wadi. Komen aku drama Wadi ni terbaik! Ada banyak pengajaran yang kita boleh jadikan iktibar. Malah masa menonton drama Wadi ni bahagian episod akhir, mengalir air mata aku. Serius, sedih! Bestnya kalau ada adik ataupun anak sebaik watak Wadi nih. Penyabar, penyayang, baik hati.. Drama Wadi ni harap ditayangkan di masa akan datang. Tak jemu tengok berulang-ulang kali. Korang dah tengok Wadi last episode? Apa komen korang? Best kan… Sedih.. huhuhu..

Baca:

1 comments so far

Alhamdulillah PC tengok episod akhir ni..menyentuh hati..harapnya masih ada anak yang bersikap seperti wadi..


EmoticonEmoticon