Drama Hello Mr Perfect TV3

Sinopsis Hello Mr Perfect Drama TV3 Slot Akasia | Hello Mr Perfect mengisahkan
Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah pasangan kekasih yang ingin berkahwin, namun terhalang dek kerana abangnya, Izzul masih belum berkahwin. 

Keluarga mereka mempunyai tradisi di mana yang muda tidak boleh langkah bendul walaupun konsep langkah bendul itu hanya jatuh jika yang di atasnya adalah perempuan. Lebih memeningkan lagi apabila keluarga Ainul hanya memberikan tempoh 6 bulan kepada Arif, jika tidak Ainul akan dikahwinkan dengan orang lain.

Sinopsis Hello Mr Perfect drama tv3 slot akasia, pelakon dan gambar drama Hello Mr Perfect tv3, ost lagu tema drama Hello Mr Perfect tv3, gambar novel Hello Mr Perfect

Arif terpaksa merayu kepada Izzul dan sanggup untuk mencarikan jodoh buat abangnya itu. Tetapi ianya tidak semudah yang disangka kerana ternyata abangnya itu adalah lelaki yang amat mementingkan kesempurnaan. Wajahnya kacak, tinggi dan menjadi tarikan ramai. Namun dia terlampau cerewet dan memerlukan pasangan yang juga sempurna sepertinya. Hampir kesemua calon yang dicari Arif ditolak hanya kerana tidak memenuhi kriteria yang diingini. 

Di saat buntu untuk mencarikan jodoh buat abangnya, muncul Alya Adriana teman baik Ainul yang dalam kesusahan diburu along dek kerana hutang ayahnya. Dalam kekusutan, Ainul memberi cadangan kepada Alya untuk menerima lamaran Izzul kerana dia akan menerima RM500,000 sebagai ganjaran tetapi tidak diketahui oleh Arif. 

Sikap Izzul yang sinis dan mahukan kesempurnaan membuatkan Alya tidak selesa untuk meneruskan perhubungan dengan Izzul. Tetapi apa yang memeranjatkan Arif dan Ainul, Izzul kelihatan tertarik dengan Alya. Arif dan Ainul mula merencanakan beberapa rancangan supaya hubungan Alya dan Izzul makin mesra. Bagaimanapun harapan Arif untuk melihat Izzul berkahwin dengan Alya mula goyah apabila dia mengetahui yang Alya berbaik-baik dengan Izzul adalah kerana ingin mendapatkan ganjaran yang dijanjikannya kerana ingin membayar hutang along.

Setelah mengetahui hal sebenar, Arif melarang Alya berjumpa dengan Izzul walaupun dalam tidak sedar telah terbit rasa cinta buat lelaki ego bernama Muhammad Izzul Islam itu. Dapatkah Alya, meruntuhkan tembok ego Izzul yang merawat luka hatinya setelah dikecewakan bekas kekasihnya Ain? Dapatkah dia bertahan dengan karenah Izzul? Saksikan segalanya menerusi drama Hello Mr Perfect di kaca tv anda.

Pelakon Drama Hello Mr Perfect TV3
Fattah Amin - Muhammad Izzul Islam
Nur Ruhainies Farehah - Alya Adriana / Nurul Ain
Rafiq Razali - Muhammad Arif Fikri
Ezzaty Abdullah - Ainul Mardhiah
Azlan Mokhtar - Rahim
Mimi Ernida - Lina
Nafiez Zaidi - Azizi
Keena Mentor - Hana
Afzan A.Rahman - Fauzi
Kay Maria - Mak Temah
Eizlan Yusof - Dato Seri Amiruddin
Fiza Halim - Datin Seri Rosni
Chomel Fana - Amani
Ammar Alfian – Aizat

Gambar Drama Hello Mr Perfect TV3 
Sinopsis Hello Mr Perfect drama tv3 slot akasia, pelakon dan gambar drama Hello Mr Perfect tv3, ost lagu tema drama Hello Mr Perfect tv3, gambar novel Hello Mr Perfect

Gambar Novel Hello Mr Perfect
 Sinopsis Hello Mr Perfect drama tv3 slot akasia, pelakon dan gambar drama Hello Mr Perfect tv3, ost lagu tema drama Hello Mr Perfect tv3, gambar novel Hello Mr Perfect
Drama Hello Mr Perfect merupakan adapatasi dari novel, karya Waniey Zakaria. Karya yang cukup menarik dibukukan seterusnya diangkat menjadi drama tv.

Original Sound Track OST Hello Mr Perfect
Lagu: Sorry Sorry Sayangku
Penyanyi: Nomad

Saksikan drama Hello Mr Perfect
Tarikh Hello Mr Perfect mula disiarkan: 30 September 2015
Jumlah episod Hello Mr Perfect: 28 (episod akhir)
Hari: Isnin – Khamis
Jam: 7.00 – 8.00 malam
Saluran: TV3


EmoticonEmoticon