Dapat Anak Buah Baru (Bakal Member Sekamceng Amirah)

Alhamdulillah, terima berita menggembirakan menerusi Whatsapp. Adik ipar selamat melahirkan puteri sulungnya semalam. Yey! Bertambah-tambah generasi anak buah. Anak buah sebelah hb ramai. Anak buah sebelah family Yumida sendiri masih kurang. Ni kalau time Raya, kena buat pengiraan untuk duit angpau Raya. Ramai weh.. Jumlah mesti sama, kang ada yang merajuk pulak.

newborn baby, bayi baru lahir

Berat baby girl dilahirkan semalam 2.27kg. Alhamdulillah, si ibu dan babynya dalam keadaan sihat walafiat. Teringat time aku beranakkan si Amirah Alya, berat 3.6kg. Errr besar. Ambik masa nak tunggu bukaan rahim tu terbuka dengan luasnya. Lepas 6 jam kena induce, bukaan hanya 5cm je. Sakitnya tak terkata. Doktor kata fetal distress, terus dihantar ke dewan bedah. Buat cesarean.

Now baby dah nak menjangkau 3 bulan. Tercuit hati bila tengok dia dah pandai senyum bila kita usik dia. Seronoknya jadi mak pada baby masih kecik ni. Kita membebel dia pun membebel sekali. Sepatah perkataan pun kita tak faham diungkapkan olehnya. Gigi rongak! Kiut!!!

7 comments

alhamdulillah tahniah... sy pnya anak buah da cecah 20 org... hehehe jenuh nak melayan...

This comment has been removed by a blog administrator.

Tahniah sis. Dapat anak buah baru. Makin bertambah ahli keluarga

http://angellovesoldier.blogspot.my/

Tahniah yumida, double tahniah sebab menang Mini GA Contest ni juga:

http://throughmyglasseskacamata.blogspot.my/2015/10/mini-ga-contest-cari-perbezaan-dalam.html

:D


EmoticonEmoticon