Drama Street Vendetta TV2

Sinopsis Drama Street Vendetta RTM TV2 | Street Vendetta mengisahkan Anabella / Bella (Nad Zainal) mempunyai sikap suka berbelanja, boros dan berhutang. Anabella suka bergaya dengan memakai barangan berjenama dan mahal. Kehidupan Anabella di kota dipengaruhi oleh teman serumahnya Nora yang merupakan anak orang berada. Disebabkan hutangnya, Anabella gagal menjelaskan bayaran keretanya menyebabkan dia diburu pihak bank.

Sinopsis drama Street Vendetta RTM TV2, pelakon, gambar drama Street Vendetta TV2, OST lagu tema Street Vendetta, lagu Hanyalah UntukMu : Marsha Milan Londoh, Street Vendetta episod akhir – episod 26

Kojie (Syarul Ridzwan) dihantar untuk menarik kereta Anabella yang sudah berbulan tidak berbayar. Namun pertemuan mereka mencetuskan pelbagai insiden apabila Anabella dengan sengaja cuba mengelak diri dari Kojie. Pelbagai usaha dilakukan Anabella sehingga menimbulkan kesusahan pada diri Kojie yang menganggap Anabella perempuan ‘gila’ yang culas mahu membayar hutang.

Suatu hari kerana kerap dipermainkan, Kojie nekad mahu menunggu Anabella dan bersemuka dengan gadis itu. Namun kerana hujan, dia lantas berlindung di dalam kereta Anabella yang ketika itu tidak dikunci sehingga tertidur. Anabella pula tiba-tiba menjadi suspek rakan-rakan sepejabat kerana masalah hutang yang membelenggunya.

Anabella menerima panggilan telefon dari Iqbal (Erry Putra). Lelaki yang diminatinya sejak zaman sekolah. Tapi kegembiraannya menyambut panggilan itu terjejas apabila dia mendapat khabar Iqbal akan melangsungkan pertunangan dengan Tumirah Kuncup / Mira (Syatilla Melvin), rakan sekolah yang menjadi seterunya dalam merebut Iqbal.

Tanpa berfikir panjang dia nekad mahu ke Cherating untuk menghalang pertunangan Iqbal dengan Mira. Keretanya dipandu menuju ke satu destinasi tanpa menyedari Kojie berada di dalam keretanya ketika itu. Namun apabila dia tersedar, segalanya sudah terlewat. Kojie terpaksa dibawanya bersama ke Cherating untuk menjalankan misinya meski perjalanan mereka penuh dengan pelbagai peristiwa tak diduga. Termasuklah insiden memberi tumpang seorang wanita tua yang disangka hantu.

Ketika di Cherating, Anabella merancang mahu menghalang pertunangan Iqbal dengan Mira dengan pelbagai cara dengan bantuan Kojie. Antaranya dengan mensabotaj Mira yang alergik dengan kapur barus menyebabkan tubuh gadis itu mengalami gatal-gatal dan bengkak seluruh tubuh. Akibatnya majlis yang terpaksa dilangsungkan keesokan harinya terpaksa dibatalkan.

Mira yang kecewa menuduh Anabella menjadi puncanya. Pergaduhan tercetus dan tanpa disedari Iqbal mendengar tentang isi hati Anabella terhadapnya serta salah faham mereka yang rupa-rupanya diakibatkan oleh Mira. Mendengar tentang Mira yang menjadi punca perpisahan mereka beberapa tahun yang lalu, hati Iqbal mula tawar terhadap Mira dan bercadang mahu memulakan semula hubungannya dengan Anabella. Hakikat ini membuatkan Kojie yang diam-diam mula menyukai Anabella kini merasa cemburu.

Lima bulan kemudian, Anabella yang berhenti kerja pulang ke kampungnya. Dalam tempoh itu, dia sering merindui Kojie. Suatu hari Anabella mendapat khabar dari majikannya yang menawarkannya peluang untuk bekerja semula. Dia ditawarkan jawatan pembantu di Trans-Corporation, syarikat induk yang sudah lama diidaminya.

Anabella ke Kuala Lumpur semula untuk memulakan tugas. Insiden dompet yang dicuri membuatkan dia bertembung dengan Fakruzi (Syarul Ridzwan) dan adiknya Furqan (Hanis Kamal Bakar) yang agak nakal. Namun iras wajah Fakruzi yang mirip dengan Kojie membuatkan Anabella keliru. Di Trans-Corporation sekali lagi dia bertemu dengan Fakruzi yang secara kebetulan adalah anak kepada Datuk Abdullah, majikannya di pejabat baru.

Anabella semakin mengesyaki Fakruzi dan Kojie adalah orang yang sama. Pelbagai helah dilakukannya agar Fakruzi mengaku dirinya Kojie, namun lelaki itu berlagak seperti langsung tidak mengenalinya. Lebih menghairankan, Fakruzi seperti mengalami apa yang dipanggil ‘short-term memory loss’. Akhirnya Anabella mengalah dan menganggap Fakruzi hanya mirip dengan Kojie dan tak lebih dari itu.

Kehadiran Anabella di pejabatnya membuatkan Fakruzi sering memberi perhatian berlebihan terhadap anak gadis itu. Apatah lagi apabila Anabella ditugaskan sebagai pembantu peribadi Puan Sofea, adik ayahnya di Trans-Corporation. Mereka kerap bertembung dan mengalami pelbagai insiden melucukan sehinggakan diam-diam Fakruzi mula menyukai gadis itu.

Namun apabila mereka bertemu, Anabella kerap tersasul memanggilnya Kojie membuatkan dia mula merasa hairan. Lebih-lebih lagi apabila dia mengetahui Kojie yang sering disebut Anabella mirip dengan wajahnya. Anabella juga semakin keliru apabila mengetahui tentang kembar Fakruzi yang dikatakan meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya. Meskipun Fakruzi mengaku jatuh cinta padanya, namun hati Anabella belum mampu melupakan Kojie. Saksikan segalanya dalam drama Street Vandetta di kaca tv anda.

Pelakon Drama Street Vendetta TV2
Syarul Ridzwan sebagai Kojie/ Fakruzi
Nad Zainal sebagai Anabella
Erry Putra sebagai Iqbal Hadzri
Syatilla Melvin sebagai Mira/Tumirah Kuncup
Normah Damanhuri sebagai Nenek Telangkai/Nenek Puteh
Falisha Crossley sebagai Dian Sastrowidoyo
Fadillah Mansur sebagai Mak wan
Marrissa Yasmin sebagai Puan Sofea/MakTeh
Hanis Kamal Bakar sebagai Furqan
Rahim Jailani sebagai Dato Abdullah
Jasmin hamid sebagai Datin Marina.
Dayana Roza sebagai Nora
Aznah Hamid sebagai Mak Tun

Gambar Drama Street Vendetta TV2 
Sinopsis drama Street Vendetta RTM TV2, pelakon, gambar drama Street Vendetta TV2, OST lagu tema Street Vendetta, lagu Hanyalah UntukMu : Marsha Milan Londoh, Street Vendetta episod akhir – episod 26

Gambar Novel Street Vendetta
 Sinopsis Street Vendetta, Gambar novel Street Vendetta, Penulis novel Street Vendetta: Mazni Aznita, Harga novel Street Vendetta: RM19.90, Jumlah halaman novel Street Vendetta 636 muka surat
Drama Street Vendetta merupakan drama yang diadaptasi dari novel karya Mazni Aznita

Original Sound Track OST Street Vendetta
Lagu: Hanyalah UntukMu
Penyanyi: Marsha Milan Londoh

Saksikan Street Vendetta
Jumlah episod Street Vendetta: 26 (episod akhir)
Hari: Selasa - Khamis
Jam: 9.00 malam
Saluran: TV2

1 comments so far


EmoticonEmoticon