Hukum Pengkasian │ Pemandulan │ Pengembirian Kucing

Perlaksanaan pengkasian, pemandulan merupakan langkah terbaik untuk mengurangkan pembuangan kucing. Secara tidak langsung mengelakkan kucing menjadi mangsa penganiayaan dan penderaan. Menurut fatwa yang dikeluarkan JAKIM, pemandulan dan pengembirian kucing dan anjing, hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu demi menjaga kemaslahatan ummah seperti faktor kesihatan dan menjaga kebajikan haiwan tersebut dan masyarakat.

Berdasarkan hujah anggota Majlis Ulama Kanan Arab Saudi, Al-Syeikh Muhammad Soleh al-Uthaimin yang bermaksud:
“Adapun mengkasi haiwan, hukumnya adalah harus jika ada maslahat bagaimanapun, mestilah menggunakan proses-proses yang dapat mengelakkan daripada menyakiti haiwan tersebut.”
(Liqa al-Bab al-Maftuh 15/37)

Hukum pengkasian, pemandulan, pengembirian terhadap kucing, bolehkah kucing dimandulkan, kelebihan buat pemandulan kucing, fatwa membolehkan kucing dikembiri, mandul, pengkasian, cara kawal populasi kucing

Beliau juga menyentuh tentang pengkasian kucing yang bermaksud:
“Jika kucing itu banyak dan menyusahkan manakala proses mengkasi tidak memudaratkan, ia tidak mengapa kerana mengkasi dalam keadaan ini lebih baik daripada membunuh haiwan itu selepas ia diciptakan oleh Allah, adapun jika jumlah kucing itu tidak banyak dan tidak menyusahkan, mudah-mudahan membiarkan ia berkembang adalah lebih baik.”
(Fatwa Islamiyah 4/448)

Fatwa di atas mengukuhkan bahawasanya perlaksanaan pengkasian, pemandulan, pengembirian adalah diharuskan jika ia dapat menjaga kebajikan haiwan tersebut. Kucing aku kat kampung dah pun dikenakan pemandulan. Badan dia memang gebu, besar! So, takde la adegan pancit-memancit merata-rata kat rumah. Dapat la mengawal populasi kucing kat kampung, tiada isu kucing terbiar. Sebab setiap kucing punya tuannya tersendiri. Diberi kasih sayang, tempat tinggal, makanan dan penjagaan kesihatan yang terbaik.

Info kucing si miaw-miaw:
Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih

.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

5 comments

ooo..selama ni ingat tak baik mandulkan kucing..
tapi betul lah, baru takde masalah kucing kencing merata2, anak2 kucing bersepah2, bergaduh berebut kawasan/kucing betina kan?

Saya pun baru tau.. t kasih atas info.. :)