Bagi Skim Pelindungan
Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M), perlindungan kepada
penerima BR1M kategori isi rumah adalah di antara tempoh 1 Januari sehingga 31
Disember 2014. Ini bermakna, skim i-BR1M
ini bakal berakhir penghujung tahun ini.
Sehingga kini sebanyak 16,540 tuntutan telahpun diluluskan.
Bagi tujuan tuntutan waris, anda boleh membuat tuntutan i-BR1M selewat-lewatnya pada 31 Mac 2015. Tuntutan boleh dibuat
dengan mendapatkan borang di website www.malaysiatakaful.com.my atau menghubungi hotline
i-BR1M di talian 03-27162716 atau e-mail ke 1-BR1M@takaful-ikhlas.com.my.
Tarikh Penting Skim Insurans Takaful
Berkelompok (i-BR1M)
Tempoh perlindungan i-BR1M: 1 Januari - 31 Disember 2014
Tempoh tuntutan i-BR1M: 1 Januari 2014 - 31 Mac 2015
Tempoh perlindungan
menerusi Skim Insurans Takaful Berkelompok (i-BR1M) akan digantikan dengan Skim
Khairat Kematian. Skim yang terbaru ini akan memberi manfaat kepada waris
penerima BR1M 2015 dengan bantuan RM1,000 yang akan berkuatkuasa selama
setahun.
Isi segera:
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
2 comments
oooo dah ada claim ya yumida...bagus jugak tu..so sapa-sapa yang entitled bolehlah buat sekarang..nanti terlepas due date..
buat cepat takut terlupa...