Langkah Pencegahan Tidur Berdengkur
Tak dinafikan, kesan akibat tidur berdengkur mengganggu tidur orang
lain. So, apa kita kita cuba cara dibawah untuk mencegah masalah tidur berdengkur.
Dengan cara ni, InshaAllah kita dapat mengurangkan kenyaringan bunyi berdengkur di waktu malam. Memberi tidur
yang lena pada teman sebilik kita.
8
CARA MENGATASI MASALAH TIDUR BERDENGKUR
1.
Gandakan bantal membantu mengurangkan bunyi berdengkur
Posisi kepala yang lebih tinggi dapat
membantu melancarkan serta memudahkan sistem pernafasan. Ini kerana, posisi
seperti ini akan mendorong lidah serta rahang bergerak ke depan. Malah, ia juga
melancarkan aliran oksigen yang melalui kawasan leher. So, bila kedudukan
bantal ni lebih tinggi, sistem pernafasan kita teratur, tiada lagi kedengaran
bunyi dengkur yang begitu bising dan heboh.
2.
Posisi tidur mengiring untuk elak bunyi nyaring berdengkur
Tidur dalam keadaan mengiring mampu
melancarkan aliran darah. Ia juga memberikan tekanan yang minimum pada organ
pernafasan. Cara ini juga membuatkan kamu bernafas dengan lebih sempurna dan
secara tidak langsung mengurangkan masalah dengkur. Ni cara paling
senang. Sebabnya aku juga gemar tidur mengiring sambil peluk bantal guling.
3.
Cegah dengkur dengan tidak merokok
Rokok mampu menyebabkan saluran
pernafasan menjadi sempit dan akhirnya menyukarkan kita bernafas. Menurut
beberapa kajian di luar negara mengatakan kebanyakan individu yang menghisap
rokok berpotensi mengalami masalah berdengkur yang teruk kerana wujudnya
selaput yang melekat di paru-paru akibat asap rokok. Kita dah tahu bahaya
rokok, so jangan merokok, automatik kita juga mencegah diri kita dari masalah
tidur berdengkur.
4.
Tidur teratur dapat membantu masalah berdengkur
Tubuh yang lemah dan tidak bermaya atau dalam
kata lain terlalu penat boleh menyebabkan seseorang itu berdengkur dengan kuat.
Keadaan ini terjadi kerana otot di tubuh badan menjadi lemah dan gagal
berfungsi dengan sempurna. Maka tidak hairanlah mengapa individu yang
benar-benar sedang keletihan selalunya berdengkur lebih teruk berbanding hari
biasa. Untuk mengelakkan diri dari terus berdengkur, rancang dan atur
waktu tidur dengan lebih awal dan teratur. Pastikan tubuh mendapat waktu rehat
yang secukupnya iaitu sekurang-kurangnya 6 jam sehari.
5.
Jaga berat badan untuk elak masalah dengkur
Walaupun ada sesetengah individu yang
bertubuh kecil juga berdengkur itu tidak bermaksud ia tiada kena mengena dengan
berat badan. Sebenarnya, apabila berat badan bertambah lapisan lemak dalam
tubuh juga semakin menebal. Apabila ia semakin menebal, ia menyebabkan segala
saluran semakin sempit terutamanya di bahagian leher. Kerana inilah individu
lebih cenderung berbunyi / berdengkur ketika tidur.
6.
Hindari ubat penenang atau sedatif untuk elak dengkur terjadi
Apa pun jenis penenang, sama ada pil
tidur dan apa saja produk ubatan bertujuan menenangkan, boleh menyebabkan dengkur
kerana ia mengganggu sistem saraf, seterusnya menyebabkan rehat keterlaluan
kepada otot dan tisu dalam kerongkong.
7.
Hidu wap air sebelum tidur mampu kurangkan bunyi dengkur
Hidung tersumbat juga satu daripada punca berdengkur.
Sebelum tidur, hidu wap air panas atau letakkan tuala yang dicelup dengan air
panas pada muka dan sedut wapnya. Ini adalah satu cara untuk menghilangkan
lendir yang menyumbat hidung kita. Bila lendir hilang pernafasan lebih lancar
dan kemungkinan untuk berdengkur berkurangan.
8.
Tempat tidur yang bersih tanpa habuk mencegah masalah dengkur
Habuk atau alahan boleh jadi punca
kita berdengkur kerana masalah sukar bernafas. Pastikan cadar dan sarung
bantal bersih daripada habuk dan hama.
Itulah 8 cara untuk mengatasi masalah tidur berdengkur. Bila kita lakukan cara pencegahan dengkur ni, sekurang-kurangnya ia memberi ketenangan buat teman
sebilik kita. Tiada bunyi serombong kapal yang nyaring. Tidur mereka pun lena.
Malah ianya membantu kelancaran darah kita. Sistem pernafasan yang lebih baik
dan teratur. Buat anda yang sering tidur berbunyi, jom lakukan cara mencegah
bunyi dengkur!
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
5 comments
great tips
malu bila ada orang cakap ko semalau tidur berdengkur. hahaha
Assalammualaikum.. yumida,
terima kasih dengan tips2 mengelak tidur berdengkur nie...
mselim3
Alhamdulillah... setakat ni belum ada komplen lagi ttg berdengkur ni. Thanks sharing Yumida.. :)
tips yg bagus ni..tqqq
Fat burner: 2hari berat turun 1kg!