Perlaksanaan pengkasian, pemandulan
merupakan langkah terbaik untuk mengurangkan
pembuangan kucing. Secara tidak langsung mengelakkan kucing menjadi mangsa
penganiayaan dan penderaan. Menurut fatwa yang dikeluarkan JAKIM,
pemandulan dan pengembirian kucing dan anjing, hukumnya adalah diharuskan
dengan sebab-sebab tertentu demi menjaga
kemaslahatan ummah seperti faktor kesihatan dan menjaga kebajikan haiwan tersebut
dan masyarakat.
Berdasarkan hujah anggota Majlis Ulama
Kanan Arab Saudi, Al-Syeikh Muhammad Soleh al-Uthaimin yang bermaksud:
“Adapun
mengkasi haiwan, hukumnya adalah harus jika ada maslahat bagaimanapun, mestilah
menggunakan proses-proses yang dapat mengelakkan daripada menyakiti haiwan
tersebut.”
(Liqa al-Bab al-Maftuh 15/37)
Beliau juga menyentuh tentang
pengkasian kucing yang bermaksud:
“Jika
kucing itu banyak dan menyusahkan manakala proses mengkasi tidak memudaratkan,
ia tidak mengapa kerana mengkasi dalam keadaan ini lebih baik daripada membunuh
haiwan itu selepas ia diciptakan oleh Allah, adapun jika jumlah kucing itu
tidak banyak dan tidak menyusahkan, mudah-mudahan membiarkan ia berkembang
adalah lebih baik.”
(Fatwa Islamiyah 4/448)
Fatwa di atas mengukuhkan bahawasanya
perlaksanaan pengkasian, pemandulan, pengembirian adalah diharuskan jika ia
dapat menjaga kebajikan haiwan tersebut. Kucing aku kat kampung dah pun
dikenakan pemandulan. Badan dia memang gebu, besar! So, takde la adegan
pancit-memancit merata-rata kat rumah. Dapat la mengawal populasi kucing kat
kampung, tiada isu kucing terbiar. Sebab setiap kucing punya tuannya
tersendiri. Diberi kasih sayang, tempat tinggal, makanan dan penjagaan
kesihatan yang terbaik.
Info kucing si miaw-miaw:
Menangi: Hadiah Bernilai RM700 Dengan Mudah! (KLIK)
5 comments
great sharing
ooo..selama ni ingat tak baik mandulkan kucing..
tapi betul lah, baru takde masalah kucing kencing merata2, anak2 kucing bersepah2, bergaduh berebut kawasan/kucing betina kan?
Saya pun baru tau.. t kasih atas info.. :)
Nice sharing sis
good sharing :)
EmoticonEmoticon