Kalau dulu, bila
orang sebut nama Harum Malam, mulut
akan melopong seketika. Dek namanya yang unik! Tetapi kini produk Harum Malam
semakin mendapat permintaan tinggi dan pasarannya semakin berkembang luas!
Harum Malam bukan sahaja penyelesai masalah bau badan, malah menyelesaikan
masalah keintiman wanita. Anda kena cuba dahulu produk Harum Malam ni,
baru anda akan merasai kehebatannya!
Malah aku sendiri
juga, salah seorang pengguna produk Harum
Malam. Alhamdulillah, dalam masa yang singkat aku dapat merasai kesan
positif pengambilan Harum Malam. Minuman kesihatan yang penuh khasiat! Dirumus
khas buat golongan wanita, umpamanya aku, hasilnya memang terbaik! Puas hati!
Berkesan!
Gambar produk
Harum Malam
Testimoni pengambilan jus Harum Malam, aku kongsikan juga
menerusi blog. Meletup-letup pertanyaan di kotak komen blog. Pembaca yang
bertanyakan soalan itu ini mengenai Harum Malam. Betapa popularnya
produk ni, hingga semua wanita terasa geram
ingin memilikinya. Aku sedaya upaya membalas pertanyaan mereka, mengikut
kefahaman asas aku. Malah untuk soalan lebih details seringkali jugak aku suruh
mereka sendiri hantar pertanyaan di laman Facebook Legacy Secret.
Antara soalan
yang pernah aku terima hasil perkongsian testimoni
Harum Malam di blog. Menunjukkan betapa seriusnya golongan wanita menitikberatkan mengenai penjagaan
kesihatan dan keterujaan pembaca ingin mencuba kehebatan produk Harum Malam. Ooops yang lelaki pun ada komen, nak suggest bakal isteri guna Harum Malam lepas jadi isteri halal nanti.
Rasa produk Harum Malam:
Harum Malam ni
boleh didapati dalam bentuk jus. Jus dia kaler pink. Bila jus tu masuk dalam
mulut, terasa aroma ros. Rasa manis, manis yang sedang-sedang. Bila jus tu
masuk ke tekak, ada rasa sireh sedikit. Bila aku check kat packaging botol dia.
Sah! Memang ada ramuan sireh. Hebat tak tekak aku ni? Tekak orang tua..hihi..
Sireh memang famous penggunaannya khasnya buat kesihatan wanita.
Cara minum Harum Malam:
Gunakan sukatan
20ml, diambil 2 kali dalam sehari. Atau pun minum 1 sudu makan jus Harum Malam,
dalam sehari ambik 2 kali. Disarankan minum jus Harum Malam sebelum makan dan
sebelum tidur.
Kesemua golongan
wanita sama ada yang masih bujang
mahupun berkahwin, anda digalakkan
mengambil minuman khasiat ni. Harum Malam memberi banyak manfaat buat kesihatan
kita.
18 KHASIAT DAN KEHEBATAN KANDUNGAN HARUM MALAM
Harum Malam
berfungsi untuk :
1. Membantu mengatasi masalah bau badan dan mulut
Dengan Harum
Malam, anda tak risau lagi setiap kali peluh keluar dengan derasnya ketika
berjoging. Malah waktu lunch, anda tak takut nak lalu bawah matahari terik,
tiada kerisauan tentang bau peluh yang masam dihidu oleh rakan sepejabat.
Sebabnya ramuan ekstrak ros dan ekstrak sirih
memberi keyakinan pada diri anda. Menyingkirkan bau badan! Malahan anda juga
tak perlu risau jika makan sambal petai atau jering, ekstrak ros akan membantu
anda keluar dari masalah badan berbau ataupun mulut berbau busuk. Pengambilan
Harum Malam secara berterusan, membuatkan tubuh anda wangi secara semulajadi.
2. Membantu mencantikkan kulit, wajah cerah berseri dan
nampak muda!
Sesuai dengan
keperluan wanita yang ingin tampil cantik menawan, Harum Malam dirumus khas
dengan ramuan pueraria mifrica, manjakani, pueraria lobata, strawberry, madu, pati delima. Kesemua ramuan ini berfungsi menganjalkan kulit,
membuatkan kulit kita nampak tegang, kelihatan seperti orang muda bila mana
ianya bersifat anti-penuaan. Pada masa yang sama, ia mencerahkan kulit,
melembutkan kulit yang kasar dan kering. Kulit tak bermaya, kusam, berkedut.. Kini
tampil segar dan berseri-seri.
3. Memberi tenaga sepanjang hari
Kandungan
menerusi kismis, buah tin, goji, madu, pati delima, ia
membekalkan tenaga kepada anda. Badan akan rasa segar selepas pengambilan Harum
Malam. Menghilangkan rasa lesu badan, menjadikan anda superwoman. Penuh
berenergi! Jadi, mudah untuk anda melakukan aktiviti seharian, rasa lebih fokus
ketika bekerja.
4. Menghalang pertumbuhan jerawat
Biasanya, gadis yang mencapai usia matang mudah
diserang masalah jerawat. Kini, anda tak perlu risau sebab dengan ramuan pueraria mifrica, manjakani, ekstrak
sirih, strawberry ia merawat jerawat dari dalam. Mencegah pertumbuhan
jerawat di muka dan badan. Dapat la anda memiliki kulit wajah yang cantik,
bersih dan tiada noda dari bekas tompokan hitam jerawat.
5. Membantu kitaran
haid teratur
Wanita yang mengalami gangguan edaran haid atau haid
tidak teratur, anda boleh selesaikannya dengan mengamalkan Harum Malam. Ramuan kayu serapat, pati delima sangat membantu anda mendapatan
kitaran haid yang teratur. Malah ianya terbukti kepada aku sendiri. Yang mana
sebelum ni, kitaran haid aku tak teratur. Lepas amalkan Harum Malam, ia menjadi
lebih baik. Pusingan haid yang teratur. Pentingnya kitaran haid teratur bagi
wanita yang dah berkahwin agar mudah untuk mereka jangkakan tempoh subur. Masa
untuk berovulusi.
6. Membantu mengatasi
masalah keputihan
Ekstrak sirih, manjakani, kayu
serapat, pati delima rumusan khas dalam Harum Malam membantu golongan wanita
menghadapi masalah keputihan. Jangan biarkan anda diserang rasa tertekan dek
bau yang kurang menyenangkan. Dengan ramuan terbaik dalam Harum malam ni, tiada lagi rasa kegatalan di
vagina akibat jangkitan kulat. Malah tiada bau yang kurang menyenangkan keluar.
Sekaligus membuatkan anda rasa selesa. Bagi yang dah berkahwin pula, bertambah
rapat la hubungan anda dengan suami tercinta anda.
7. Membantu masalah pencernaan
Anda
menghadapi masalah kesukaran membuang di waktu pagi? Sering dilanda masalah sembelit?
Cubalah Harum Malam, ia mengandungi ramuan senna, madu, pati delima yang membantu
sistem pencernaan badan anda. InshaAllah, tiada lagi masalah sembelit melanda.
Kehadiran limau purut juga turut merawat masalah
buasir dan masalah buang air besar.
8. Membentuk payudara montok dan push up!
Aset wanita
begitu berharga. Adalah amat menguntungkan dapat menjimatkan wang tanpa perlu
membeli produk berasingan untuk aset tadi. Semuanya lengkap menerusi Harum
Malam. Didatangi khas ramuan pueraria mifrica, manjakani, pueraria lobata, pati delima ia
menegangkan payudara menjadikan aset wanita bertambah cantik, montok dan seksi!
Ia penyelesai terbaik masalah payudara menggendur.
9. Meningkatkan keinginan serta mempercepatkan ransangan seksual
Harum Malam memberi kelebihan pada wanita bergelar isteri, bila mana
ramuan delima yang kaya dengan antioksidan meningkatkan
pengaliran darah pada genitals (alat kelamin). Delima juga dikenali sebagai
'natural viagra', dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi. Menjadikan
hubungan suami isteri semakin bermakna!
10. Membantu mengetatkan dan menganjalkan vagina
Ramuan
menerusi Harum Malam iaitu pueraria mifrica, manjakani, pueraria lobata, kayu serapat, pati delima menjadikan dinding
dan pintu vagina wanita lebih elastik dan ketat semulajadi. Sekaligus memberi
keharmonian dalam hubungan suami isteri.
11. Mengatasi masalah vagina kering
Harum Malam pengikat kasih sayang suami dan isteri.
Menerusi ramuan pueraria mifrica, manjakani, pueraria lobata ia menambah dan mengaktifkan cairan
semulajadi di dalam vagina, menjadikan kita semua isteri yang paling istimewa
kepada suami. Keistimewaan yang hanya anda dan suami dapat rasainya. Automatik,
ia menjadi solusi terbaik kepada masalah vagina kering.
12. Membantu menyihatkan rahim
Rumusan delima dalam Harum Malam ni berfungsi untuk merapat dan
menyuburkan rahim wanita. Ia menormalkan kitaran haid yang tidak teratur,
disamping mencegah ketidaksuburan.
Rumusan kayu serapat pula untuk merapatkan organ rahim khususnya
apabila wanita tersebut bersalin atau menghadapi masalah rahim turun. Kehadiran
manjakani menegangkan semula
otot-otot dalam faraj dan sekali gus merapatkan bahagian yang longgar, lemah
atau kendur. Mudah-mudahan dengan pengambilan Harum Malam berterusan kita semua
memiliki rahim yang sihat. InshaAllah..
13. Merawat dan mencegah penyakit kronik
Kajian telah membuktikan bahawa ramuan delima dapat mengurangkan
perkembangan kanser kelenjar prostat. Kebanyakan pesakit berpuas hati
dengan keputusan yang diterima di mana penggunaan delima dapat menyembuhkan
kanser itu. Malah, delima, manjakani dan buah tin dapat membantu mengelakkan
kanser payudara dan memusnahkan sel kanser payudara. Kajian
di Wisconsin pula mendapati bahawa ramuan delima dapat menghalang pembesaran sel
kanser kulit. Ia juga dapat mengelakkan kanser rahim. Kesemua
penyakit di atas menggerunkan yang sering menyerang golongan wanita.
Mudah-mudahan dengan mengamalkan Harum Malam ia mencegah kita dari penyakit
kronik sebegini.
14. Membantu membunuh bakteria dalam saluran kencing serta
mengatasi masalah kerap kencing
Jangankan kata golongan berusia je yang ada masalah kerap
kencing. Golongan gadis dan wanita pun turut sama hadapi masalah yang sama. Ramuan
dalam Harum Malam menampilkan pueraria
lobata untuk
menghalang jangkitan pada vagina dan pundi kencing. Di tambah lagi dengan
ramuan limau purut berfungsi sebagai anti-bakteria yang
membantu mengatasi masalah kencing tidak lawas. So, masalah anda yang kerap
kencing settle!
15. Meningkatkan sistem ketahanan tubuh badan
Menerusi rumusan delima ia mengandungi tahap anti-oksidan
yang tinggi dan akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua
penyakit. Pengambilan Harum Malam berterusan membuatkan antibodi badan kita menjadi
kuat. So, terhindar la kita daripada diserang penyakit.
16. Mengurangkan rasa tekanan dan menstabilkan emosi
Ramuan delima juga membantu keseimbangan hormon semasa haid. Ia
membantu menstabilkan emosi wanita. Juga menerusi ramuan pueraria lobata, ianya menghalang mood swing akibat kekurangan estrogen dalam
tubuh. Kebiasaanya,
wanita dalam tempoh haid, mood kita mudah terumbang-ambing. So, bila hormon
badan stabil, emosi pun stabil. Begitu manfaatnya pengambilan jus Harum Malam
ni.
17. Melegakan
panas badan
Tahukah anda, dengan mengambil Harum Malam ia dapat
melegakan panas badan. Ramuan khas buah tin membantu mengurangkan kepanasan
badan ketika demam. So, bila demam kita tak perlu risau suhu badan naik.
Amalkan je pengambilan Harum Malam seperti biasa. Insha Allah, panas badan
berkurangan, demam pun sembuh dengan segera.
18. Menyihatkan
rambut
Menerusi ramuan pueraria mirifica, ia mencegah dari
keguguran rambut. Menjadikan akar rambut lebih kuat. Ia juga mengelak rambut
kita dari beruban awal. Pastinya kita sebagai wanita mementingkan penjagaan
rambut. Walaupun kita bertudung, kita tetap juga inginkan rambut yang sihat
bersinar, hitam berkilat, tiada masalah rambut bercabang. Semuanya lengkap di
dalam jus Harum Malam. Memang berbaloi untuk memilikinya.
See, ada banyak
kebaikan Harum Malam ni. Pendek
kata, Harum Malam bagus diambil setiap hari. Sure ramai yang ingin tahu apa
sebenarnya kandungan yang terdapat dalam Harum Malam ni sampai membuatkan
kehadirannya bermakna dalam kehidupan seorang wanita. Jom ketahui rahsia
penyediaan ramuan Harum Malam.
Ramuan Harum Malam:
Ekstrak Ros,
Sirih, Buah Tin, Kismis, Madu, Goji, Limau Purut, Strawberry, Kayu Serapat, Buah Delima, Manjakani, Pueraria Lobata,
Pueraria Mirifica dan Senna.
Haaa…rahsia Harum Malam telah terbongkar! Melihat
pada ramuan di atas semuanya berasaskan tumbuhan semulajadi dan berkhasiat tinggi.
Semenangnya, Harum Malam menambah nilai kesihatan wanita. Lihat testimoni
mereka yang dah mengamalkan Harum Malam dalam kehidupan mereka:
Testimoni Pengguna Produk Harum Malam
Testimoni Harum
Malam dari aku sendiri. Kisahnya boleh rujuk SINI.
Harum Malam
penyelesai masalah keputihan, kerap kencing, kencing tak lawas, bau badan dan
menambah keharmonian hubungan suami isteri.
Testimoni Harum
Malam ke-2 dari pelakon terkenal Lia Natalia
Harum Malam memberi
tenaga, masalah keputihan berkurangan dan tiada masalah senggugut setiap kali
datang haid.
Sumber: Facebook Harum
Malam HQ
Testimoni Harum
Malam ke-3 dari blogger Fana
Harum Malam
penyelesai masalah keputihan, bau badan tiada, hilang rasa sakit senggugut
ketika datang haid, rasa lebih bertenaga, tak ada rasa letih dan kulit
bertambah cantik. Blogger Fana mengesyorkan minuman Harum Malam juga bagus buat
remaja untuk dapatkan kesihatan yang
baik.
Sumber: Artikel Harum
Malam Rahsia Kecantikan Wanita
Testimoni Harum
Malam ke-4
Harum Malam
penyelesai masalah bau di bahagian vagina, menjadikan vagina lebih ketat, pecah
tumit di kaki hilang dan mencantikkan kulit wajah.
Sumber: Facebook HARUM
MALAM DISTRIBUTOR
Testimoni Harum
Malam ke-5
Harum Malam
penyelesai masalah bau badan, bahagian vagina menjadi wangi dan rasa lebih
ketat.
Sumber: Facebook HARUM
MALAM DISTRIBUTOR
Testimoni Harum
Malam ke-6
Harum Malam
penyelesai masalah keputihan, menghilangkan bau kurang enak di bahagian vagina,
vagina menjadi lebih rapat dan ketat.
Sumber: Facebook Harum
Malam HQ
Jom miliki
kesihatan terunggul sama ada dalaman atau luaran, hasil penggunaan Harum Malam
amat mengagumkan! Dapatkan segera:
Harga Harum
Malam: RM33.00 Semenanjung / RM39.00 Sabah & Sarawak
Hati-hati, kini
terdapat produk tiruan Harum Malam yang dijual di pasaran gelap. Beli Harum
Malam dari pengedar Legacy Secret yang sah berdaftar sahaja.
Sebarang
pertanyaan dan juga tempahan produk Harum Malam, hubungi:
FB Legacy Secret:
www.facebook.com/LegacySecretTrading
Website: http://www.legacysecret.com/
FB Masalah
Wanita: https://www.facebook.com/masalahwanita
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
5 comments
nice sharing
sdp ke rsa dia?
Dapatkan aplikasi android untuk blog anda di http://goo.gl/g1WtSi
@Mila Hilas ya rasanya sgt sedap. seperti jus buah-buahan, ada sedikit rasa ros
tahniah kak, dah menang rm100.. :D