Ramai blogger yang dah berjaya buat
duit melalui online. Kejayaan blogger meraih pendapatan menerusi berblog,
menjentik diri aku untuk turut serta! Mengapa harus mempersiakan peluang dan
masa berblogging? Andai dengan berblog
itu boleh menjana keuntungan!
Belajar melalui pengalaman blogger
lain, aku mencorak perancangan meraih
side income menerusi laman blog. Berstatus blogger tegar, aku mula belajar
cara buat duit melalui online. Apa, bagaimana dan caranya, jom terjah
kupasan tajuk di bawah.
CARA BAGAIMANA BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
1.
Buat duit online melalui banner iklan syarikat pengiklanan
1(i)
NUFFNANG
Aku gemar beriklan bersama Nuffnang.
Sebab prosesnya amat mudah. Nak pasang banner di blog dan juga cashout amat
mudah. Jadi, kalau anda masih newbie dijemput pasang iklan Nuffnang di blog.
Dengan Nuffnang, mudah nak buat duit online di blog.
1(i)(a) Kempen CPUV Nuffnang
CPUV dibayar berdasarkan pelawat unik
yang berkunjung ke blog. Terkini, ada 32
kempen CPUV Nuffnang yang berstatus ON GOING dalam
akaun Nuffnangku. Dengan itu, aku mula melancarkan strategi meningkatkan trafik
blog! Memaksimakan keuntungan earning CPUV sebaik mungkin!
Hasil pendapatan menerusi salah satu
kempen CPUV Nuffnang yang dah credited baru-baru ni. 1 kempen CPUV menyumbang
RM34.75. Bayangkan anda jika kesemua 32 kempen CPUV di atas bernilai sebegini
banyak setiap satunya! Memang berbaloi jana duit melalui online! Untuk membantu
anda beroleh keuntungan lumayan menerusi kempen CPUV, anda boleh baca panduan
ni: Tips Tingkatkan Earning CPUV Nuffnang
1(i)(b) Kempen CPC Nuffnang
Iklan kempen
CPC (Cost Per Click) dibayar berdasarkan pembaca yang klik iklan di blog. 1 klik iklan bernilai RM0.25 bagi berstatus
glitterati. Promosi iklan ketika ianya sedang berlangsung di blog, juga
membantu meningkatan pendapatan kempen CPC.
Hasil income menerusi kempen CPC
Nuffnang. Kumpul banyak-banyak boleh buatkan amount CPC semakin laris!
1(i)(c) Kempen Blogbuster Nuffnang
Sahut
cabaran menghasilkan video andai kita ditawarkan untuk kempen Blogbuster.
Kita bakal mendapat pendapatan ratusan
ringgit hanya dalam tempoh beberapa minggu sahaja! Berikut merupakan hasil
pendapatan aku menerusi kempen blogbuster.
Pendapatan kempen
Blogbuster (Switch 2 U) RM540.00 – tempoh berlangsung 3
minggu
Pendapatan kempen
Blogbuster (Ambi Pur) RM401.00 – tempoh berlangsung 2
minggu
Pendapatan kempen
Blogbuster (Oral B Supernova 3) RM1,714.50 –
tempoh berlangsung 13 hari
Panduan buat anda untuk sertai kempen
Blogbuster di masa akan datang, ketahui Cara Membuat Video Kempen Blogbuster Nuffnang dan Tips Tingkatkan Earning Kempen Blogbuster
Nuffnang. Moga perkongsian di atas membantu kebanyakan
blogger yang turut sama menggunakan pengiklanan Nuffnang. Nak tahu lebih
lanjut, jom baca Cara Buat Duit Dengan Nuffnang.
1(ii)
GENIEE SPP
Selain Nuffnang, aku turut memasang
iklan Geniee SSP. Alhamdulillah earning melalui iklan Geniee SSP sangat
menguntungkan! Sesiapa berminat nak apply iklan Geniee SSP dialu-alukan.
Kriteria/syarat memohon iklan Geniee SSP:
Pageviews
blog minimum 200,000 setiap bulan
Hasil jana duit melalui iklan Geniee SSP bagi tempoh tak sampai
sebulan: $38.50. Bayaran dalam
bentuk USD dollar. Lumayan! Anda hanya perlu darabkan dengan RM3.28 untuk tukaran
mata wang asing. Hasilnya RM126.28.
Untuk raih income banyak menerusi Geniee, apa yang perlu dibuat hanya
tingkatkan trafik sebanyak mungkin. Selain Nuffnang dan Geniee, anda
juga boleh letak iklan lain seperti Adsense, H12, Komli, Innity dan banyak
lagi. Ketahui apa potensi blog anda, kemudian pilih iklan yang bersesuaian
dengan corak trafik blog anda. Dengan cara ni, anda boleh kaut keuntungan
menerusi pengiklanan yang anda guna.
1(iii)
EXABYTES
Masuk kali ni, ini merupakan kali ke-4
aku pasang iklan Exabytes di blog. Selesai saja tarikh iklan Exabytes tamat,
aku akan renew semula. Hanya tampal banner iklan Exabytes di blog, kita akan
dapat bayaran! Bayaran bergantung pada trafik blog kita. Bayaran oleh Exabytes buat kali ke-4 bernilai RM110. Rebut peluang dibayar oleh Exabytes di sini: Buat
Duit Dengan Exabytes
2.
Buat duit online melalui 8Share
Anda hanya perlu daftar dan kongsikan
link iklan 8share di laman sosial anda. Cukup mudah! 1 iklan bernilai RM0.20. Bagi
aku sendiri, aku kongsikan di Facebook, Twitter, Google+ dan juga di blog. Share
iklan 8share dengan cara yang betul, tanpa melanggar kod etika 8share.
Hasil pendapatan 8share yang telah di
cashout bulan September lepas: RM150.
3.
Buat duit online melalui review produk/advertorial
Dengan
berblog juga, aku menawarkan perkhidmatan review produk. Mempromosi iklan produk
dan juga berkongsi hasil testimoni pada pembaca. Selain dapat ganjaran wang
tunai, aku juga berpeluang merasai kehebatan produk ditawarkan. Entry
advertorial boleh rujuk di bahagian label testimoni, Shaklee, kosmetik dan
fesyen.
Belajar menulis
advertorial dengan cara yang betul: Cara Menulis Entri Advertorial Terbaik membantu mempromosi produk pengiklan,
selanjutnya meningkatkan potensi jualan mereka. So, win-win situation. Mereka
dapat faedah, kita juga dapat manfaat menerusi bayaran advertorial.
4. Buat duit online dengan menyertai segmen/giveaway/contest yang
menyediakan hadiah wang tunai
Memandangkan aku penggemar join
apa-apa segmen, segmen yang menawarkan hadiah wang tunai menyuntik semangat aku
untuk buat dengan bersungguh-sungguh. Mana tahu, ada peluang untuk menang. Alhamdulillah..
Hadiah wang tunai hasil penyertaan
segmen/contest/giveaway yang di bank in melalui Maybank2u. See, join segmen pun
dah boleh buat duit online.
5.
Buat duit online dengan sewa tapak banner / teks iklan
Ramai yang guna cari ni untuk buat
duit di blog, termasuklah aku sendiri. Dengan penyewaan tapak banner dan teks
iklan, ia memberi keuntungan buat kita. Untuk menarik minat pengiklan lain
mempromosikan produk/perkhidmatan di blog kita, apa yang kita perlu buat ialah
tingkatkan trafik blog.
Pada masa yang sama, berusaha mencapai
kedudukan Alexa Rank di tempat terbaik. Semakin kecil angka Alexa Rank, semakin
bagus prestasi blog di mata pengiklan. Sebab Alexa Rank ni mengukur
kepopularitian blog kita berbanding mereka yang lain. Pastinya, blog yang
popular sering dikunjungi ramai pembaca, sekaligus meningkatkan kebarangkalian
produk/perkhidmatan yang di promosi di tapak banner/teks iklan, dilihat dan
dibaca oleh pengunjung.
6.
Buat duit online dengan program affiliate
Ramai blogger dah berjaya buat duit
online menerusi program affiliate. Yang seronoknya, ada pemberian komisyen
setiap kali kita berjaya membuat jualan di blog. Aku suka membaca panduan jana
income program affiliate dari perkongsian blogger Hasrul Hassan. Buat Duit Dengan Affiliate
Sampai Berjaya dan Panduan
Percuma Affiliate Untuk Newbie. Serius, panduan
diusulkan mudah difahami. Nak capai jualan besar dalam program affiliate, kena
tahu selok belok SEO. Dan kerana itu juga, aku masih dalam pembelajaran SEO.
7.
Buat duit online dengan jual perkhidmatan sendiri
Yang ni khas buat seseorang yang ada
kepakaran khusus. Ramai di kalangan rakan blogger yang punya kemahiran menghias
template blog. Aku cukup kagum dengan mereka kerana mereka cukup kreatif
mencantikkan blog. Tidak menghairankanlah jika perkhidmatan mereka dicaj dengan
bayaran RM100 hingga RM200. Ada kepakaran sendiri, memang senang nak buat duit
online. Ada juga yang mengambil tempahan membuat header blog, doodle, vector,
buat e-book, karikatur, design kad kahwin, kad blogger, kad hari jadi, design
logo blog, logo bisnes dan macam-macam lagi. Malah aku sendiri pernah terima
permintaan pelanggan untuk design header blog mereka. Anda ada kepakaran lain?
Promosikan. Insha Allah pasti dapat jana income berblog buat anda sendiri.
8.
Buat duit online dengan jual produk sendiri
Jual produk menerusi blog adalah cara
terbaik untuk berbisnes di internet. Jual tudung, pakaian, minyak angin fresh
care, kain sulam, baju kebaya nyonya dan banyak lagi. Yang penting anda ada
produk untuk dijual, ada blog, terapkan teknik penulisan memikat pembaca,
suntik elemen SEO dalam artikel untuk memastikan ianya berada di halaman utama
Google, tempat carian utama pelanggan.
9.
Buat duit online dengan jadi ejen dropship
Yang di atas jual produk sendiri, yang
ni pulak kita tak perlu ada produk sendiri, atau tak perlu simpan stok untuk
jual. Tugas kita hanya sebarkan promosi iklan, cari sasaran pelanggan yang nak
beli produk tersebut. Bila ada yang berminat nak beli, kita letak harga kita.
Cara ni memang menguntungkan sebab perletakan harga bergantung pada kita
sendiri. Jadi ejen dropship umpama jadi orang tengah antara pembeli dengan
penjual.
Perbualan jadi ejen dropship dan bagaimana tugas jadi ejen dropship. Paham ke idok?? Hihihi... Dropship.. bisnes mudah buat duit melalui online.
Itulah 9 cara blogger untuk buat duit
online, ada banyak lagi sebenarnya. Ianya terbukti berjaya apabila ada blogger
yang mampu meraih pulangan lumayan menerusi medium blog ni. Aku sendiri pun
masih dalam proses mempelajari jana duit berpandukan tips dan pengalaman
blogger lain. Usaha berterusan pasti membuahkan hasil. Doakan aku ada rezeki
dalam tugasan akhir Cabaran Terakhir iPhone 5s
anjuran blogger Denaihati.com.
Terima kasih buat penaja-penaja di bawah:
Penaja Utama
http://amariman.com
Penaja Individu
http://www.ombakcreatives.com, http://ejamothman.com, http://www.eridy.com, http://www.hilalazmi.com, http://www.eizil.com, http://www.asamboi.my, http://www.diarymama.com, http://pendekarberkuda.org, http://www.saji.my, http://abangensem.com, http://www.enveeus.com, http://www.pakarniaga.com, http://anarm.net, http://www.daddydee.net, http://www.sunshinekelly.com, http://sweetkurma.com, http://awn.my, http://mawarmerah2008.com, http://www.blogieta.com, http://www.broframestone.com, http://www.akmaomar.com, http://khairilmazri.com, http://wowberita.org/ dan Japan Budget Trip.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
30 comments
wow...sgt menarik..tp semenjak ade blog memang tk pernah paham pasal semua iklan2 yg ade kat blog..main letak je...tq...entri anda sgt membantu..hopefully saya boleh belajar dari awak =)
Buat duit online dengan program affiliate. Adakah program ini akan menjejaskan hubungan dengan nuff sehingga ditarik keahlian.
berstatus glitterati. Maksud saya menjadi non glitterati apabila join program affiliate.
Semoga berjaya kak ;D Entri yang terbaik tok ;D
Assalammualaikum... yumida,
moga yumida berjaya dalam contest anjuran denaihati nie k.. moga sukses orait.
mselim3
hebat ! kena kejar trafik dulu klu nak buat cam yumida ni ... good luck dear .
Nice tips...banyak juga yang nad tak tahu lagi :)
yumida, u memang terbaik.. entri lengkap!! all the best dear...
Terbaik entrinya :D
goodluck supaya tercapai dapat ip5s. Kalau nak ip5 roger Hana
Banyaknya pendapat yang dapat dijana pakey blog ajak.
sama2. ada byk lagi tips dikongsikan oleh blogger lain cara buat duit menerusi online ni. blh buat carian menerusi laman google
pasal program affiliate tu, sy ada tanye nuffnang. mereka kata x digalakkan letak program affiliate dlm blog klo guna iklan mereka. cuma program affilate bukan pesaing mereka. sy rasa klo letak link affiliate di blog, ok je kot. coz ada blogger lain yg ada letak affiliate jugak wpun guna nuffnang. mcm iklan geniee sy tu, mereka x galakkan letak. tp sy letak jugak. so far status glitterati masih ada. x jejas pun.
dlm kes tertukar jd non glitterati tu. sy pernah baca entry org lain jugak. mmg ada kes yg jd mcm tu bila mereka letak affiliate. blh rujuk pd mereka yg guna nuffnang + affiliate
info yang berguna untuk buat duit online.
makseh sally. all the best juak buat ktk
thanks mselim. semoga berjy jugak buat mselim
alhamdulillah moga trafik yg dtg ke blog meningkankan pendapatan. thanks kak
moga perkongsian ni membantu pembaca buat duit melalui online
thanks mama. ada lagi entri rakan blogger lagi lengkap dan penuh maklumat. jom baca. dpt bantu kita buat duit online
thanks khairil
share kat blog pun dah boleh jana income kak. mcm sy, sy letak iklan 8share ni atas bhgn blog. mereka yg tertarik dgn info 8share akan klik.
inshaallah moga dipermudahkn buat sy dan rakan2 yg lain. terima kasih
terima kasih PG. moga perkongsian membantu rakan2 yg lain jugak yg nak buat duit mellaui online
aok dgn berblog boleh jana duit. tambah pendapatan sampingan. memang best.
terima kasih kak. moga sama2 kita sukses dalam usaha buat duit online
Assalamualaikum. Satu perkongsian yang menarik, seronok membacanya :D Hehe
Semoga berjaya ya! ^__^
salam perkenalan..membaca entri menaikkan semangat saya untuk berblogging!
saya baru start blog..tapi..sedihnya...xtau mcm mana nk naikkan trafik ..http://ladypinch.weebly.com
Entry yang sangat berinformasi.. Rupanya ada macam-macam cara ye nak buat duit guna blog..