Geniee SSP merupakan syarikat
pengiklanan dari Jepun. Aku dah pasang iklan Geniee SSP dalam blog ni bermula
pertengahan bulan Oktober 2014. Alhamdulillah, prestasi earning setakat ini
memang positif. Kalau anda punya trafik blog yang baik, anda boleh cuba iklan
Geniee SSP. Insha Allah takkan mengecewakan anda. Nak tahu cara isi borang
permohonan Geniee dan syarat kelayakan untuk apply iklan Geniee ni boleh rujuk
sini: Cara
Daftar & Sign Up Iklan Geniee SSP
Cara
bayaran Geniee SSP ada 2 kaedah:
1) Paypal
Anda boleh guna akaun paypal. Jika
anda tiada akaun paypal, anda boleh buat akaun paypal anda sendiri.
2) Bank
Pilihan ke-2, anda boleh guna bank.
Semasa isi bahagian kaedah bayaran Geniee SSP, tandakan bahagian (foreign bank
account). Isi maklumat dengan lengkap dan tepat. Pada bahagian SWIFT Code, part
ni buat anda tertanya-tanya. Macam mana nak isi SWIFT CODE bank?
Rujuk gambar
di bawah cara masukkan kod SWIFT.
Cara
Isi SWIFT Code (Maybank) Bayaran Geniee SSP
- Isi maklumat bank anda dengan tepat
- SWIFT CODE
bagi Maybank ialah MBBEMYKL
Jika anda menggunakan bayaran menerusi
bank Maybank, sila masukkan SWIFT kod MBBEMYKL
ke dalam kotak kosong tersebut. Kod ini digunapakai seluruh Malaysia. Aku
dah tanya pada pegawai Maybank, dia kata kod tersebut adalah untuk Maybank.
Sama ada anda tinggal di Sarawak, Sabah, mahupun kat Semenanjung, kod SWIFT Maybank: MBBEMYKL adalah sama.
- Untuk penggunaan bank lain selain
Maybank, sila rujuk cawangan bank yang anda guna untuk dapatkan SWIFT Code.
Jumlah
Earning Cashout Geniee SSP:
Nak cashout earning / revenue Geniee
SSP ni mengikut kaedah bayaran yang kita pilih.
1) Paypal
Nilai minimum
untuk cashout bagi paypal ialah 100 USD
2) Bank
Nilai minimum
untuk cashout / bank transfer bagi bank ialah 200 USD
Harap dapat membantu rakan blogger
lain, yang turut sama memilih menggunakan bayaran bank. Moga-moga tiada masalah
anda dalam mengisi ruangan SWIFT Code
dalam akaun Geniee SSP. Kalau nak guna paypal pun boleh. Tapi yang tiada
paypal, boleh guna kaedah bayaran bank. Cuma part cashout tu kena tunggu lama
sikit sampai earning cecah 200 USD.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
2 comments
Syarat dia tinggi sangat.. huhuhu..
p/s Yumida akak tag untuk segmen GA nih.. http://izzeyda.blogspot.com/2014/11/simple-1st-giveaway-segment-by-beba-ifa.html
omg teringinnyaaaa! tapi bila tengok syarat. terus down. jauh nak nak sampai level itu hohoho Jom Visit Blog Saya and Follow sekali eh :)