Budak-budak
kalau tengok banjir kemain seronok mereka. Tapi hati-hati, banjir ni boleh mengundang banyak penyakit. Baru-baru ni banjir
telah berlaku di Cameron Highland, bahkan berlakunya tanah runtuh di situ. Berbicara pasal tanah runtuh, ianya tragedi
serius yang boleh melibatkan kehilangan nyawa. Begitu juga dengan banjir, berwaspadalah ketika banjir.
Utamakan keselamatan.
Lagi
amaran ancaman wabak denggi:
Pasukan perubatan bersedia ancaman
wabak penyakit selepas banjir:
Kementerian
Kesihatan mengerahkan lebih 50 anggota perubatan bagi menghadapi banjir yang
melanda Cameron Highlands sehingga mengakibatkan lima terkorban baru-baru ini.
Menterinya, Datuk Seri S. Subramaniam
berkata, pihaknya bimbang sekiranya berlaku sebarang penularan wabak penyakit berikutan malapetaka banjir dan tanah runtuh yang melanda kawasan itu. Kita sangat bimbang
sekiranya kejadian ini bertambah buruk sehingga mengakibatkan penularan
sebarang wabak berbahaya. Pasukan kita telah bersiap sedia untuk menghadapi
sebarang kemungkinan. Ketika ini, kita sedang bertungkus-lumus bersama pasukan
lain membantu mangsa di pusat pemindahan. Semua pasukan perubatan juga telah
bersiap sedia di Hospital Tanah Rata dan klinik-klinik berhampiran sekiranya
berlaku apa-apa yang tidak diingini.
Banjir baru-baru ni:
Antara maklumat awal yang diterima,
sungai di kawasan kejadian penuh dengan sisa pepejal serta sampah sarap
sehingga mengakibatkan kejadian banjir yang akhirnya telah meragut
nyawa. Selain daripada itu, kejadian banjir
dan tanah runtuh berlaku kerana pembalakan dan pembukaan tanah secara
haram. Mengapa kita tidak prihatin dengan semua ini? Kerana tamak dan
pentingkan diri, akhirnya kita sendiri yang mengakibatkan malapetaka. Sekiranya
kerajaan kata jangan tebang pokok, janganlah tebang. Kesemua aktiviti haram
akhirnya akan memberi kesan negatif bukan sahaja sekarang tetapi 10 tahun akan
datang. Kesedaran sivik perlu dibentuk agar perkara sebegini tidak berlaku.
Punca banjir ni boleh terjadi banyak sebab. Salah satunya hujan lebat
yang tak henti-henti. Struktur tanah yang tak kukuh akibat pembalakan haram,
penggondolan hutan, sungai tercemar dengan sampah sarap yang membawa pada sekatan
aliran sungai. Jadi, sama-samalah kita menjadi pengguna prihatin terhadap
persekitaran. Bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang pada masa akan
datang.
Menangi: Hadiah Bernilai RM700 Dengan Mudah! (KLIK)
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
7 comments
inshaAllah
insyaallah
memang kena hati-hati bila banjir..wabak penyakit senang merebak coz kawasan persekitaran yang kotor kan yumida..
Cuaca sekarang tidak menentu. Awasi kebersihan sekitar kita untuk mengelakkan sebarang wabak,
InshaAllah
alhamdulillah takde kejadian banjir disini... takut dengan malaria tu, kawan pernah meninggal kena malaria :(
Ee, bahaya na banjir tok. Nasib bait banjir kat tempat kamek sik teruk gilak.
Musim sekarang ni banyak penyakit lebih2 lagi dalam musim hujan...kita kena berhati2 dan semoga kita di hindari dari sebarang penyakit...