Info penting buat peminjam Perbadanan
Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Peminjam yang tidak pernah membuat bayaran balik hutang PTPTN melebihi tempoh 3 tahun
bakal disenarai hitam dalam
Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS).
CCRIS ni bertujuan untuk memudahkan institusi kewangan dalam negara yang lain
melihat rekod peminjam untuk urusan
kredit.
Direkodkan, seramai 173,985 peminjam PTPTN tidak pernah membuat
bayaran balik dari tarikh sepatutnya pembayaran dibuat. Melebihi tempoh 3 tahun. Bagi aku, suatu tempoh yang
agak lama. Pembayaran PTPTN boleh di buat secara ansurans. Walaupun dalam
jumlah yang sikit, janji ada bayar. Sebab bila langsung tak bayar, inilah
masalah yang bakal berlaku. Di senarai hitam dalam CRIS. Malah, anda juga tak
boleh ke luar negara bila nama disenarai hitam. Bermula 1 Januari 2015, PTPTN akan menyenaraikan kira-kira setengah juta nama peminjam yang gagal
membuat bayaran balik pinjaman dalam sistem CCRIS.
Aku dulu juga menghadapi masalah yang
sama. Lepas graduate, belum dapat kerja. Tambahan lagi masa tu, mak dan bapak
aku pergi haji. So, selama 2 bulan aku duduk rumah dan jaga adik-adik. Risau
memang risau, bila memikirkan hutang PTPTN ni. So, lepas mak dan bapak aku
balik haji, aku dapat kerja reception. Buat
bayaran slow-slow dengan amount RM70 seperti mana penjadualan bayaran balik dalam surat PTPTN. Ini salah 1 cara
membantu aku untuk kumpul duit bayar pinjaman: Bayar
Hutang PTPTN Melalui Nuffnang. Alhamdulillah,
sekarang amount baki bayaran makin mengecik.
Tunggakan pinjaman PTPTN yang tidak
pernah dibayar kini berjumlah RM1.23 bilion. Banyak tu! Kerana itu jugak, PTPTN
mengalami masalah kekurangan dana untuk bagi pembiayaan pada pelajar yang masuk
IPTA/IPTS. Malah ada sistem baru iaitu BR1M
penentu jumlah pinjaman PTPTN pelajar. Ramai yang
kurang bersetuju dengan sistem ni, tapi sistem ni telah pun dilaksanakan.
Dalam Bajet 2015 ada diberi keistimewaan
buat peminjam PTPTN. Iaitu pemberian rebat dan diskaun PTPTN. Ini
bagi membantu peminjam PTPTN bayar balik. Moga dengan bayaran balik peminjam
dapat menambah dana PTPTN untuk membiaya lebih ramai pelajar yang nak sambung
belajar.
REBAT 10 PERATUS
PTPTN
Rebat 10% jika peminjam PTPTN buat
bayaran balik pinjaman berterusan (bayaran bulanan) sehingga 31 Disember 2015.
DISKAUN 20
PERATUS PTPTN
Diskaun 20% diberi kepada peminjam
yang mahu membayar sekaligus (bayaran penuh/lump sum) bermula hari ini sehingga
Mac 2015.
Adalah menjadi kewajipan si peminjam
hutang untuk membuat bayaran balik. Hatta dalam Islam pun, melalui beberapa
hadis sahih antaranya riwayat Muslim menyatakan roh seorang mukmin itu
tergantung-gantung dengan sebab berhutang, waima dosa orang mati syahid pun
diampuni, melainkan hutangnya. Sama-sama la kita berusaha untuk melunaskan
hutang kita.
Bagi peminjam yang bermasalah nak
bayar hutang PTPTN ni, anda disarankan untuk datang berbincang dengan pegawai
bertugas di cawangan PTPTN berhampiran.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
4 comments
Banyak jwak orang berhutang ngan PTPTN tok owe.. Angel Love Soldier
sila la bayar semula dah pinjam kan
bagi yang meminjam..telah bekerja..bergaji dan mampu untuk bayar semula..bayarlah walau dalam jumlah yang sedikit..bayarlah..bila kita memudahkan urusan orang lain..urusan kita juga akan jadi mudah..seandainya mengalami masalah..perjelaskan..biar telus..
Nasib kamek xbyk gilak hutang ngn PTPTN (^_^)