Alhamdulillah, aku rasa sangat gembira
bila ada rakan blogger hantar mesej kat kotak komen. Katanya aku menang hadiah
utama!
Mesej yang bikin hatiku melompat
keriangan!
Alhamdulillah, syukur kupanjatkan
padaNya. Akhirnya..usaha aku membuahkan hasil. Kalau nak tahu, dalam proses nak
menang hadiah kategori top referral tu memang mencabar. Perlukan banyak usaha
mempromosikan link artikel tersebut.
Ini kali ke-2 aku menunjukkan
kesungguhan aku nak menang hadiah top referral. Sebelum ni, pasal memenangi
hadiah power bank. Pun sama gak, penilaian pemenang dari top referral. Bila aku
tengok hadiah cash RM200 ditawarkan aku teruja nak join. Mencuba nasib. Mana
tahu jika usaha membuahkan kejayaan. Alhamdulillah..ada rezeki di situ.
Sejujurnya aku bukanlah penggemar
menyertai segmen/ga/contest yang hanya menawarkan hadiah top referral sahaja.
Kalau anda perasaan, segmen sebegitu aku takkan join. Sebabnya macam aku
katakan di atas, nak menang, nak bersaing dengan orang lain perlukan usaha dan
strategi pemasaran link artikel. Cuma kalau dinyatakan pemilihan pemenang
berdasarkan top referral, random, artikel terbaik. Macam tu aku seronok join.
Sebab ada peluang kita menang. Mungkin melalui random.
Dengan wang hadiah ni aku plan nak
tambah dana simpanan untuk beli Sijil Simpanan Premium BSN. Nak melabur..
Terima kasih buat penganjur GA ni iaitu Cik Uzu a.k.a Kisah Emas Putih atas
penganjuran giveaway yang super hebat. Terima kasih penaja hadiah. Terima kasih
juga yang sudi blogwalking di entry tersebut, juga pembaca yang minat menyertai
giveaway tersebut. Moga anda semuanya dimurahkan rezeki.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
6 comments
Salam Jumaat Yumida..
Tahniah ya...
Tahniah Yumida.. akak ada tengok juga keputusan GA tuh.. apapun usaha yang penting kan.. akak pun selalu tengok Yumida letak dalam FB link tersebut..
Tahniah Kak Yumida (^^,)
tahniah kak, memang nampak kesungguhan akak tu.. semoga terus sukses, shad pun teringinnnnn gak nak menang top referral, tetapi apa kan daya, daku tidak punya kesempatan waktu mempromosikannya, kekekeke
tahniah.. :)
Wahh!! berbaloi2 dengan usaha Yumida.. tahniah! :))