Macam-macam bencana alam yang berlaku sekarang ni. Puting beliung, ribut taufan, banjir lumpur, tanah runtuh. Terasa
gerun bila membayangkannya. Mana tidaknya, bencana alam ni boleh mengundang
bahaya! Malah boleh menyebabkan kehilangan nyawa.
Suatu ketika, ramai yang berasa
bimbang dengan fenomena pemanasan global.
Kerana melalui pemanasan global inilah, ianya mengundang berlaku kejadian bencana alam. Kerana sikap rakus
manusia yang tidak menjaga alam sekitar, mengejar keuntungan dan pembangunan
negara tanpa mengambil kira kesan yang bakal dihadapi. Kerana itu juga
disarankan pembangunan lestari atau pembangunan mampan untuk memanfaatkan
penggunaan sesuatu sumber secara terkawal. Pada masa yang sama, mengurangkan
kesan pada pemanasan global.
Nak di jadikan cerita, seorang warga
emas berusia 75 tahun hampir tenggelam dan hanyut akibat banjir yang masuk ke dalam rumahnya. Menurutnya, air naik dengan cepat
sehingga ke paras dadanya. Kesian.. Dah la warga emas. Tenaganya tak kuat untuk
mengharungi banjir. Malah dia dah membayangkan dirinya akan tenggelam dan
hanyut dek banjir deras. Nasib baik
ada yang menyelamatkannya.
Derasnya arus banjir!
Penduduk di kampung yang sama melaporkan,
keretanya rosak selepas dihanyutkan
oleh arus banjir kira-kira lebih
dari 1 km. Pergh! 1 kilometer tu! Jauh! bayangkan korang kereta yang sebegitu
berat begitu mudah dibawa arus banjir.
Menakutkan!
Bila dilanda banjir begini, golongan kanak-kanak dan golongan berusia paling
merisaukan. Golongan remaja pulak ada yang seronok tengok bila banjir
datang. Mana taknya, dapat mereka menyelam kuak lentang. Bahaya woo! Kita tak
tahu, arus banjir boleh berubah jadi
deras. Malah mencapai ketinggian yang boleh melemaskan mangsa. So,
berwaspadalah ketika banjir.
Informasi pemanasan global:
Menangi: Hadiah Bernilai RM700 Dengan Mudah! (KLIK)
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓