Harga Upah Jahit Baju Kurung
Fesyen / Moden RM26
Aku sangat suka hantar kain kat kedai penjahit sorang ni
yang aku kenali sebagai tailor Cina. Sebab proses penjahitan
berjalan dengan cepat. Takde kes baju dijahit tak siap. Kes tak sempat siap.
Lancar je! Lagipun aku bandingkan dengan tailor lain, harga upah jahit baju kurung moden kat tailor Cina yang aku suka
pergi tu harganya lebih murah. Harga upah untuk jahit baju kurung moden
sahaja tanpa kain, dikenakan bayaran RM26.00.
Memandangkan aku jenis si penjimat duit, sebelum hantar kain, aku akan survey
dulu di kedai-kedai jahit. Yang mana murah, itu aku pilih.
Gambar baju kurung moden yang telah siap dijahit
Tempoh masa diberikan untuk jahit baju kurung moden ni sahaja dalam 2 minggu je. Ada zip di
bahagian sisi badan. Ukuran baju seperti dinakkan oleh aku sendiri, iaitu aku
suka yang longgar, kurang selesa bila pakai baju ngam-ngam ke badan. Tailor
Cina ni jahit memenuhi permintaan pelanggan. Sangat puas hati dengan hasil
kerja beliau. Malah kalau aku suruh ubah
jahitan, on the spot dia akan buat. Baca juga yang ini: Harga Upah Jahit Baju Kurung Biasa
Harga Upah Jahit Baju Kurung
Fesyen / Moden (Baju Dan Kain)
Sebelum ni aku juga pernah hantar kain kat tailor Cina tu.
Suruh siapkan 1 set baju kurung moden atau baju kurung fesyen. Lengkap
la, ada baju dan kain sekali. Yang atas tu, aku suruh jahit baju sahaja.
Harga upah jahit baju kurung moden
dikenakan oleh tailor Cina sebanyak RM35.
Manakala bagi tailor lain harga upah
jahit baju kurung moden ialah RM38.
Ada perbezaan RM3 kat situ. So aku pilih tailor Cina. Lebih murah!
Harga Upah Jahit Baju Kurung
Moden Mahal Versus Murah
Perletakan harga upah jahit baju kurung moden
bergantung pada kehendak tailor itu sendiri. Kalau dia nak caj mahal. Mahal la
kita bayar. Kalau dicaj pada harga berpatutan, beruntung la kita. So, kita yang
berperanan nak pilih. Nak bayar harga
upah jahit baju kurung moden pada kadar yang mahal atau murah. Dengan
membuat sedikit survey, dapat la kita bandingkan harga upah jahit. Yang
mana murah, itu yang dipilih. Jika hasil jahitan memuaskan hati dan membuatkan
kita selesa pakai baju yang dijahit tailor tu, kita boleh hantar lagi untuk
tempahan baju seterusnya.
Harga Upah Jahit Baju
Berbeza Ikut Tempat
Memandangkan lokasi tailor Cina tu di kawasan Bandar kecil, harga
upah baju masih tergolong dalam kategori murah. Iye, bagi aku upah jahit baju kurung moden aku tu amat
murah. RM26 untuk upah jahit baju kurung
moden je dan RM35 untuk harga upah jahit baju kurung moden 1 set (baju dan
kain). Cuba bandingkan dengan harga upah jahit baju di kawasan
Bandar besar, Bandar yang pesat membangun. Bayaran upah jahit baju..pergh memang mahal! Kat tempat korang, berapa harga upah jahit baju kurung moden? Ker
lebih murah lagi dari aku punye. Untung la..boleh jimat!
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
13 comments
eh eh, murahnya upah dia...
murahnya
kat mane tue
KAT MANA NI?
Murah sgt2 ni...mn nk dpt upah yg murah mcm ni kat kl
Murah sgt.kat sini rm60 tu pun dh dikira murah sgt..kalau cina kat kl rm140 utk spsg baju kurung moden..kalau pacth2 lace harga lain ok..huuu..mahal sangat
wah murah..cantik baju kurung tu :)
lama dah tak upah orang jahit. beli siap terus je
kat mukah, swak
cantik
murahnye upah jahit tue sis..huhuhu bestnyeeee
Wah..sangat murah. Disini RM90 baju kurung je
bagusnya tailor cina tu... tailors lain patut mencontohi beliau... heheh
murahnya..kat kl..baju kurung moden rm60, bergantung pada kawasan jugak