Masalah Tidur Berdengkur │ Tidur Berbunyi
Anda ada kawan yang menghadapi masalah
tidur berbunyi? Atau lebih mudah
kita panggil tidur berdengkur.
Ataupun anda sendiri yang mengalami tidur berdengkur?
Jengjengjeng..jangan bagitahu. Ni rahsia.
Bagi yang tidak mengalami masalah tidur berdengkur, ada sesetengahnya
sangat anti dengan golongan tidur berdengkur. Mana tidaknya, tidur
mereka yang aman sambil dibuai mimpi-mimpi indah diganggu oleh bunyi serombong
kapal. Sabar k, perkara ni di luar kawalan mereka yang menghadapi masalah tidur
berdengkur.
Persepsi
berdengkur
Seringkali berdengkur dikaitkan dengan individu berbadan besar (gemuk),
ataupun mereka yang penat bekerja seharian. Namun tanggapan ini tidak benar.
Sebabnya masalah berdengkur pun dihadapi juga oleh individu yang
bertubuh kecil (kurus).
Fakta
berdengkur dan punca tidur berdengkur
Faktanya, tidur berdengkur bukan saja dialami individu berbadan besar ataupun
gemuk, sebaliknya ia boleh terjadi pada gadis yang memiliki tubuh yang langsing
dan menawan. Punca dengkur ini bukan sebab penat terlampau yang macam
kita selalu fikirkan. Dengkur terjadi disebabkan ada halangan pada saluran
pernafasan, juga mungkin kerana posisi tidur yang salah, pengumpulan lemak
sekitar muka atau leher dan mungkin juga faktor habuk atau alahan.
Bagaimana
tidur berdengkur boleh terjadi?
Pengaliran udara melalui saluran
pernafasan yang sempit ini mengakibatkan lelangit lembut (bahagian tekak)
bergetar. Getaran inilah yang menghasilkan bunyi yang kita dengar sebagai dengkur. Krohhh..kroohhh…syiuuu..syiuuuu..
Macam tu la proses berdengkur ni terjadi. Adakalanya kesan akibat tidur berdengkur ni
agak mengganggu orang lain. Sebabnya, mereka tidak dapat tidur lena dan sering
terjaga dek kebisingan bunyi dengkur. Bila tidur tak lena, badan tak dapat
rehat secukupnya. Sering berasa sakit kepala dek tidur yang tak cukup masa. Nak
buat kerja di pejabat pun rasa lemah, nak pergi ke kuliah rasa mengantuk.
Masalah berdengkur tiada penawarnya,
tapi dengan mengambil langkah pencegahan, masalah tidur berdengkur ni dapat
dikurangkan kenyaringannya.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
7 comments
bagus perkongsian nie
Dengkur memang ada problem dengan saluran pernafasankan kan yumida..cara kita tidur pun ada effect...jangan tidur melentang..Mengiring adalah sebaiknya..
kalau Acik tidur dulu, tak pe la berdengkur..tapai kalau dah terjaga, nak tidur balik..memang tak la..
assalamualaikum yumida...perkongsian yg baik..:)
biasa kalau dengar orang berdengkur, saya betulkan kepala dia je.
lepas tu dia tersedar.
hahahahaha. kacau tidur die.
tak lena klu tido nga org berdengkur...hihi
Terima kasih atas perkongsian ini dik Yumida..