Tanah Runtuh Boleh Tumbangkan Bangunan

Lepas tu diikuti dengan kejadian tanah runtuh. Alahai macam-macam bencana alam berlaku sekarang ni. Bencana alam paling menakutkan. Sebab ianya terjadi tanpa dapat dikawal. Diluar kawalan manusia.

3 kawasan berlakunya tanah runtuh serius

Tiga runtuhan tanah yang serius berlaku di cerun Bukit Aman. Ianya mengundang kerisauan kerana khuatir kesan tanah runtuh tersebut boleh menyebabkan beberapa bangunan di situ tumbang. Dua runtuhan tanah lagi dikesan di Jalan Kinabalu dan kawasan berhampiran bangunan Cawangan Pengangkutan Kem Komandan.

Kesan daripada tanah runtuh itu telah mengakibatkan sekeliling bangunan Menara 2 mengalami keretakan malah lapang sasar yang terletak di aras bawah bangunan itu sering dimasuki air hingga banjir kerana rekahan berkenaan.

Tanah runtuh, punca tanah runtuh, kesan tanah runtuh, pergerakan tanah menyebabkan runtuhan tanah serius, dinding bangunan retak

Tanah runtuh itu dikatakan berpunca dari pergerakan bawah tanah di bangunan Menara 2. Detik cemas penghuni yang merasai impak pergerakan tanah:
“Semalam, sebuah cermin yang terletak di bilik air di pejabat saya di tingkat 30 pecah secara tiba-tiba...saya ingat ada letupan bom. Tetapi lepas diperiksa, saya rasa berkemungkinan perkara yang berlaku disebabkan oleh pergerakan tanah. - Mohamad Fuzi

Moga ada pihak yang mengambil tindakan segera dengan membuat baik pulih bangunan yang retak tersebut. Malah adanya juga langkah untuk kawal pergerakan tanah yang boleh mengundang tanah runtuh yang teruk.

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih

.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓