Kelebihan Pemandulan │ Pengkasian Terhadap Kucing

Ada yang dah pernah buat pemandulan pada kucing u olls? Pemandulan kucing atau pengkasian dan pengembirian sememangnya banyak memberi manfaat buat kucing. Nak tahu? Jom baca!

Kelebihan Pemandulan │ Pengkasian │ Pengembirian Terhadap Kucing

1. Pemandulan membantu mengawal sifat agresif kucing, mengelak pancitan kencing merata tempat
 Kucing jantan tidak sibuk mencari kucing betina dan si betina pun tidak memanggil-manggil si jantan untuk mengawan. Ada kemungkinan besar, si jantan akan mula menanda kawasan dengan air kencing, sekiranya pemandulan tidak dilaksanakan. Sesetengah kucing mungkin ada sedikit perubahan perlakuan iaitu daripada agresif menjadi lebih manja. Tidak dinafikan ada juga kucing yang bertambah garang. Cuma peratus perubahan daripada manja kepada garang adalah sangat rendah.

2. Pemandulan mengawal populasi kucing
 Khas untuk kucing betina. Pemandulan mengelakkan daripada pembiakan luar kawalan dan mengurangkan risiko anak-anak yang baru lahir dibuang ke pasar atau restoran yang mampu mengakibatkan penderaan, kecederaan, kemalangan dan kematian.

pengkasian, pemandulan, pengembirian terhadap kucing, sebab kucing perlu dimandulkan, kelebihan, manfaat, tujuan, kebaikan, fungsi pemandulan kucing, kucing dikembiri, mandul, pengkasian, cara kawal populasi kucing, cara elak kucing kencing merata tempat, pancitan kencing kucing

3. Mengurangkan risiko jangkitan penyakit berbahaya pada kucing
Kucing jantan yang belum dimandulkan lebih cenderung untuk merayau mencari pasangan. Pertembungan antara dua ekor jantan bakal mengakibatkan pergaduhan. Kecederaan akibat pergaduhan mampu membawa jangkitan yang serius pada kucing jantan atau boleh dijangkiti penyakit yang bersifat zoonosis iaitu berjangkit pada manusia atau haiwan lain. Ia juga mengurangkan risiko jangkitan pada pundi kencing. Bagi kucing betina, pemandulan membantu mengurangkan risiko jangkitan dalam rahim, masalah keradangan pada puting susu dan kanser yang melibatkan anggota peranakan.

4. Menjimatkan kos rawatan kucing yang cedera selepas bergaduh
 Setelah dimandulkan, kucing cenderung untuk berada di sekitar kawasan rumah. Ia membantu pengurangan risiko jangkitan akibat pergaduhan sekali gus membantu menjimatkan kos rawatan dan penjagaan.

Info kucing si miaw-miaw:

Haa..terbukti melalui perlaksanaan pengkasian, pemandulan, pengembirian mampu mengawal populasi kucing. Malah ianya memudahkan penjagaannya tanpa perlu risau jika kucing jantan bergaduh dengan kucing lain. Selain daripada tu, pengkasian, pemandulan, pengembirian menghalang kucing daripada membiak dan menjadi mangsa penganiayaan. Andai kucing korang terlalu banyak di rumah, rasa rimas dengan kucing yang agresif, kencing di sana sini, ambillah langkah pengkasian, pemandulan dan pengembirian untuk kucing u olls.


Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih

.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

4 comments

Perkongsian yang baik kepada sesiapa yang membela kucing..

Memang patut dipolah dekat pusak2 terutama pusak2 owg yang just tauk nak bermanja2 ngan pusak tapi sik tauk nak jaga macam owner pusak kat asrama kamek tok. Huhu.