Isu pembalakan haram
dah makan bertahun-tahun lamanya. Jika tiada pantauan dari pihak berkuasa,
mereka bebas menebang pokok tanpa menghiraukan kesannya pada alam sekitar.
Kepentingan hutan seperti sudah tidak beerti lagi bagi mereka. Yang mereka tahu
hanya mahu untung. Keuntungan hasil penjualan kayu. Penebangan pokok tiada
terkawal hingga mengakibatkan hutan
menjadi botak (penggondolan hutan).
Kemusnahan hutan tanpa batasan terus
berlaku walaupun di sesetengah tempat ada diletakkan papan tanda 'Hutan Simpanan Kekal', namun malangnya
ia dianggap sebagai hiasan semata-mata. Kesan kemusnahan hutan ini menutup peluang generasi akan datang
mengenali hutan jika pencerobohan hutan berterusan dibiarkan berlaku. Malah
bukan itu sahaja, kesan pembalakan haram menjejaskan kehidupan orang asli,
flora dan fauna.
Video
kemusnahan hutan tahun 2014: PEKA Forest Awareness
Video 2014
Saksikan paparan video
yang dirakam tahun ini mengenai kemusnahan
hutan di Malaysia. Secara keseluruhannya kita hanya ada hutan sebanyak 30 peratus sahaja,
selebihnya sudah musnah. Kemusnahan hutan itu juga turut
menjadikan sungai tercemar dan hanya
tinggal 20 peratus sahaja sungai yang
dijadikan sumber minuman bersih.
Sumber: Kemusnahan hutan di Malaysia
Sumber: Kemusnahan hutan di Malaysia
Tanah runtuh yang berlaku baru-baru ni di Cameron Highlands
Sama-sama kita banteras
pencerobohan hutan. Laporkan aktiviti pembalakan
haram pada pihak berkuasa. Sayangilah kepentingan hutan dan alam sekitar.
Moga dengan cara ni kita dapat menangani masalah kemusnahan hutan di negara kita. Insha Allah..
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
13 comments
isu pembalakan haram ni memang dah lama dah terjadi... hu hu hu... dan masih tak ada kesudahannya...
Sangat berbahaya bila musim hujan tiba...
bahaya kan
hairan kenapa sstgh org masih tak faham yg pembalakan ni membahayakan. especially time musim hujan. hmm
Zumal rasa "macam ada yang tak kena" dengan isu2 nie...
kasihannya
memang teruk alam semulajadi bila ada penebangan hutan secara haram
Kerana mengejar keuntungan wang ringgit... Musnah alam yg tidak ternilai harganya. Akhirnya bencana yg melanda...
kesian terbayangkan nasib orang2 asli... hurm... suka tengok negara luar yang bebas habuk kayu dan cantik... kat Malaysia ni?? buat kerja semua sekerat jalan...
Tak berkesudahan kan, yang jadi mangsa nanti kita juga..
Lakukan tugas kita sebagai insan, save no pihak berkuasa, nampak je ada pembalakan haram, terus call.
Btw, ayah shad keje dengan jabatan perhutanan, kadang2 kena masuk hutan, tanam semula pokok / bakau.. Tapi kan, kalau nak bayang, yang ditebang scra haram tu rasa mcm lg bnyak yg ditanam semula kan..
tolong la hentikan aktiviti selfish nih, okbye, teremo lebih lak kat sini, sori kak yum. hehe :D
Asal dpt keuntungn..apa diaorg kisah..yg tanggung bukn diaorg...sebab tu suka hati je ..
Banyak tanah runtuh gara2 hutan sikda gik. Cobalah control mun nak tebang sekalipun. Tanam agik ka pa ka.
Gara2 hutan yang sentiasa di tebang membuatkan terjadinya tanah runtuh...