Buku Teks Digital Interaktif Pintar

Wah hebat! Ini baru canggih! Buku Teks Digital Interaktif Pintar akan dilaksanakan bermula
tahun 2016 hingga 2025. Pelancaran buku teks digital itu juga adalah kesinambungan daripada pelaksanaan gelombang pertama inovasi dan transformasi buku teks yang setakat ini berjaya mengumpulkan 313 judul di laman 1BestariNet dan boleh diakses oleh para pelajar, guru-guru serta ibu bapa.

Buku Teks Digital Interaktif Pintar, buku teks digital pelajar sekolah, transformasi buku teks, pembelajaran maya, laman web 1bestarinet, pelajar bawa beg berat ke sekolah

Ini bermakna, ibu bapa boleh melihat sukatan pelajaran yang terkandung dalam Buku Teks Digital Interaktif Pintar hanya melalui online di rumah. Sangat-sangat hebat! Kebanyakan ibu bapa sekarang pun dah mengenali dunia internet. So, dengan pengenalan buku teks digital ni, ibu bapa boleh turut sama mengajar anak berpandukan buku teks digital tersebut.

Menerusi penggunaan Buku Teks Digital Interaktif Pintar itu, proses pengajaran, pembelajaran, kolaboratif dan pentadbiran akan dijalankan melalui persekitaran pembelajaran maya. Inovasi itu juga dilihat sebagai satu usaha kementerian untuk menyelesaikan isu beg sekolah yang berat yang sering dibangkitkan oleh ibu bapa.

Buku Teks Digital Interaktif Pintar, buku teks digital pelajar sekolah, transformasi buku teks, pembelajaran maya, laman web 1bestarinet, pelajar bawa beg berat ke sekolah

Ye, aku sangat sokong cara ni. Memudahkan pelajar, tak perlu bawak beg berat ke sekolah. Aku tengok beg anak buah aku kemain besar dan berat. Nasib baik pergi ke sekolah naik van. Kalau jalan kaki, memang bakal jadi pesakit osteoporosis bila tua nanti. Tapi kan, zaman aku sekolah rendah dulu, mana ada pergi sekolah naik van. Jalan kaki woo, dengan tanah kuning, habis kotor baju sekolah. Especially hari hujan, kengkadang sampai jatuh dalam parit, coz tak nampak jalan dek papan yang terapung kena air. Habis basah baju dan buku teks.

Buku Teks Digital Interaktif Pintar ni untuk pelajar sekolah je ke? Yang pelajar kampus, agak-agak akan buat cara macam ni tak? Buku pelajar IPTA/IPTS pun boleh tahan ketebalannya. Bayangkan jika sehari ada banyak kelas, 1 buku tu dah beratnya nak cecah sekilo. Huhu.. Teringat zaman kat kampus dulu, sanggup bergegas balik nak hantar buku, memandangkan sepanjang hari banyak kelas. Banyak subjek, buku pun perlu bawak banyak. Penuh buku dalam beg.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

5 comments

Wah2 canggihnya.. lepas nih anak2 dah tak payah bawak buku berat2..

p/s Yumida akak tag GA nih.. http://izzeyda.blogspot.com/2014/11/first-giveaway-by-kamamimi.html

1 persoalan je.
adakah buku interaktif itu diberi utk satu murid satu sorg ataupun share? Klo share xguNa jugak buat buku mcm nie. Sia2
Belog Miss Balqis

@Cik Balqis rasanya sesi pembelajaran pakai laptop/pc. buku teks ni dlm versi digital. mungkin disediakan setiap kelas ada laptop/pc. perlaksanaannya 2 thn lg

Baguslah.. dunia dah semakin canggih.. mmg sepatutnya pihak sekolah membuat pendekatan mcm ni. Cuma kos internet kenalah murah sikit nanti.. :)