Hasil Kualiti Jahitan Baju
Tailor Tidak Memuaskan Hati
Bila baju yang
kita bayar guna wang ringgit,
kemudian dapat hasil jahitan yang tak
memuaskan hati, padahal yang jahit tu tailor, ada kedai sendiri lagi tu, jahitan tak kemas, kain mengedut dek jahitan sembarangan,
sesungguhnya.. Ia sangatlah menyakitkan hati.
Aku bukan jenis yang cerewet. Nak hasil kerja sempurna 100%,
tapi kalau jahitan tu boleh dilihat secara mata kasar, pandang sekali je terus
detect ketaksempurnaan hasil jahitan
baju tu, speechless aku. Pandangan mata aku disokong oleh hb aku, katanya jahitan tu nampak ketara tak
dijahit dengan baik. See, orang lelaki pun boleh nampak kekurangan jahitan
baju tu. Ni yang buat aku takmo hantar baju/kain kat tailor Melayu. Tak semua
la tailor yang macam tu. Cuma aku je yang tak bernasib baik deal dengan tailor
macam tu.
Harga Upah Jahit Untuk
Kecilkan Baju RM15
Macam ni kisahnya. Baju aku tu terlebih besar. So, aku suruh
tailor kecilkan ukuran baju.
Kecilkan bahagian badan, bahu dan pendekkan baju tu. Pada awalnya, aku hantar
baju kat tailor Cina yang sebelum ni pernah jahit baju kurung biasa dan baju
kurung moden aku. Cuma part kecilkan baju, dia tak ambik. So, aku pun hantar
kat kedai tailor lain. Means yang tailor Melayu ni la. Bayaran harga upah jahit untuk kecilkan
baju dia caj RM15.00. Wokeh set,
aku suruh dia buat. Tak sangka lepas hantar baju kat situ, macam-macam hal
pulak jadi.
Antara sebab aku tak puas hati:
2. Ukuran bahu bahagian ketiak kiri baju terasa sempit,
ukuran tak sama dengan bahagian kanan.
3. Baju yang dah dijahit tak diseterika, sepatutnya baju
pelanggan yang mereka dah jahit diseterika sebelum dikembalikan kepada
pelanggan. Jadi, tak menghairankanlah jahitan baju nampak menggelembung lepas
dijahit.
4. Korang saksikanlah sendiri. Seolah-olah kain baju dijahit
dalam keadaan tergesa-gesa. Ada bahagian nampak bagus, ada bahagian nampak
buruk. Ni, kalau korang tengok secara real, sure korang sendiri terkejut. Takde
jahitan sisi pun. Cuba korang tengok guntingan kain, cara jahitan kain, lebihan
kain tak dikemaskan secara baik.
5. Lebihan benang pun tak digunting. Dibiarkan menjalar
berpanjangan. Malah korang boleh tengok secara jelas bagaimana kualiti jahitan dan guntingan kain tersebut. Agak mengecewakan. Langsung tak kemas.
4. Kedai tailor tu sentiasa tutup. Menyukarkan aku sebagai
pelanggan nak ambil baju yang dah siap dijahit. Hingga memakan sebulan lamanya.
Bila di SMS tanya kedai buka atau tak, tailor tak reply. Geram jugak jadinya.
Kesimpulannya, aku menyesal hantar baju kat situ. Next time,
sorry. Takde sesi kedua untuk anda jahit baju aku. Nasihat aku, bila buat kerja
tu, fokus. Buat secara terperinci, memandangkan pelanggan anda
bayar guna wang ringgit. Jadi, jahitan juga harus dalam keadaan terbaik,
selari dengan tugas anda sebagai tailor.
Mesti ada yang tertanya-tanya, kenapa tak suruh dia jahit
lagi semula. Hmm..malas la aku. Kang tak pasal-pasal aku kena tuntut baju aku
untuk sebulan lagi lamanya. Entah-entah hasil jahitan pun tetap sama.
Nak tahu harga upah jahit baju? Terjah!
Nak tahu harga upah jahit baju? Terjah!
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
12 comments
looo memang tak puas ati..nampak kedut nyee..
teruknya
memang tak puas hati pun.. lain kali tak yah hantar situ dah..
Aah la...nampak tak senonoh sikit jahitannya...
Hisy, teruk giller ni! Dahlah caj kat kita tp buat ala kadar aje... kompelin jer!
Ini jahitan tailor praktikal namanya...
jelas sangat tu..saya yang jarang2 menjahit pun tahu jahitan macam tu kira fail.
kalau profesional tak gunting, tak jahit macam tu.
dah terkena kan..takpe ini jadikan pengajaran.
Huhuhuhu kalau kena gini Kak Lya pon naik hantu ..Ya la baju kita mahu tak marah ..adehhh..........
Ni jenis yang malas buat kerja ni.kerja sambil lewa..kalaunak kata tak tahu jahit mesti semua jahitan tak cantik ..ni adayg ok ada yg tak ..tu kira malas la tuuuuuuuuu..
mesti da takde mood nak pakai baju tu kan
kalau saya tu dah geram tahap tak boleh cakap :)
ish, memang xcntk lgsg..mcm keje org yg xde ilmu psl jahitan je.mmg xptt la..mcm mn blh btahan kdi tu ye..ptt la sll tutup.
Semadi nadai jak owg tok jahit baju.