Banyak duduk boleh sebabkan penyakit
osteoporosis
Tahukah anda duduk dalam tempoh
yang lama boleh undang penyakit osteoporosis? Lebih-lebih lagi jika anda
bekerja di pejabat, menaip, atau beronline dengan duduk di kerusi,
kebarangkalian untuk dapat penyakit osteoporosis adalah tinggi. Mana
tidaknya, dek fokus buat kerja, ia memakan masa berjam-jam lamanya dengan duduk
di atas kerusi sambil membongkok menaip ataupun menulis.
Malah tiada aktiviti pergerakan
badan, tangan je yang bergerak tangkas membuat kerja. Situasi ni bukan sahaja
mengundang penyakit osteoporosis, malahan boleh menyebabkan kita dilanda
penyakit
kegemukan. Gemuk? Ya! Akibat kurangnya aktiviti senaman dan menghabiskan
kebanyakan masa hanya duduk buat kerja. Zaman muda ni, memang kita rasa aktif,
sihat, bertenaga, namun penyakit osteoporosis kian dirasai bila kita menjadi tua kelak.
Kajian untuk menguji seseorang
menghidap penyakit osteoporosis telah dibuat. Terbukti golongan yang
kurang bergerak, menghabiskan sebahagian masanya dengan duduk di kerusi sambil
membuat kerja disahkan menghadapi penyakit osteoporosis. Berbanding
mereka yang membahagikan masa mereka dengan membuat aktiviti senaman badan.
Penyakit osteoporosis
ni menyebabkan kita sering sakit badan terutamanya bahagian belakang badan.
Macam diterangkan kat atas, masa muda ni memang takde rasa apa-apa. Tapi masa
tua nanti, haaa berjaga-jagalah kita. So, sama-sama kita jaga kesihatan badan,
jaga pemakanan, buat senaman ringkas sebelum pergi bekerja, kalau kat pejabat
tu guna lif, cuba guna melalui tangga pula, biar ketiak berpeluh, janji kita
sihat. Jangan lupa pakai deodorant, kang tak pasal-pasal rakan sekerja kita
mengamuk dek bau badan yang masam. Cegah penyakit osteoporosis bermula
sekarang!
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
3 comments
OMG~ dahlah slalu online lama2. tengss 4 da info. :D
salam singgah sini dik Yumida...wahh...baru tau ni......akak ni klu dah duduk hadap pc buat kerja tak siap kerja tak bergerak2 langsung...hehe...terima kasih atas perkongsian ini...
Saya baru tahu info ni.. thanks sharing Yumida.. :)