BR1M Penentu Jumlah Pinjaman PTPTN Pelajar

Hanya Anak Penerima BR1M Akan Terima Pinjaman Penuh PTPTN

Ada sistem baru dalam menentukan seseorang pelajar itu berhak dalam penerimaan PTPTN.
Ibu bapa pelajar yang terima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), anaknya akan menerima pinjaman penuh daripada Perdananan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Sistem ini telah pun dilaksanakan.

Masa aku di kampus dulu, ramai rakan-rakan yang apply PTPTN. Ye la, nak study, nak bayar yuran, mesti ada kewangan. Pelajar yang tidak mampu bayar yuran, boleh mohon pinjaman PTPTN. Time, tu syarat nak mohon PTPTN masih longgar.

BR1M Penentu Jumlah Pinjaman PTPTN Pelajar, Cara menentukan jumlah pinjaman PTPTN pelajar, Hanya Anak Penerima BR1M Akan Terima Pinjaman Penuh PTPTN, Pengurangan jumlah pinjaman PTPTN IPTA, Universiti dan kolej swata, bayar balik hutang PTPTN, denda tak bayar PTPTN, sistem baru PTPTN tahun 2014
Rentetan ramai peminjam PTPTN yang tidak membayar balik pinjaman, PTPTN berdepan dengan masalah kekurangan dana. Kalau dahulu, mudah bagi pelajar dapat pinjaman penuh PTPTN. Sekarang ni, ada syarat ketat nak dapat pinjaman PTPN.

Cara menentukan jumlah pinjaman PTPTN pelajar:

1) Pelajar terima 75% jumlah pinjaman keseluruhan PTPTN
-Gaji pendapatan keluarga kurang RM8,000

2) Pelajar terima 50% jumlah pinjaman keseluruhan PTPTN
-Gaji pendapatan keluarga melebihi RM8,000

Pengurangan jumlah pinjaman PTPTN IPTA/Universiti

DIPLOMA - daripada RM5,000 kepada RM4,750
IJAZAH - daripada RM6,500 kepada RM6,180


Pengurangan jumlah pinjaman PTPTN Kolej Swasta

DIPLOMA - daripada RM8,000 kepada RM6,800
Sumber:
BR1M dan PTPTN

See, amount penuh pinjaman PTPTN dikurangkan. Bagi aku, bagus jugak perlaksanaan sistem macam ni. Sebab apa? Teringat aku zaman aku di kampus dulu, kemain mereka yang dapat wang PTPTN bergaya beli baju baru, handphone baru, ke Bandar setiap minggu untuk shopping. Tak semua la macam tu, ada sesetengah je. Wang lebihan bayar yuran dan lebihan bajet perbelanjaan di kampus, digunakan untuk shopping. Dengan pengurangan jumlah pinjaman PTPTN, mendidik pelajar untuk lebih berhemah berbelanja dan menjadikan mereka seorang yang berjimat cermat.

Buat yang bergelar penghutang PTPTN, buatlah bayaran balik setiap bulan. Bayar dalam jumlah yang sikit pun takpe. Janji ada bayar. Sebab bila tak bayar, hutang akan terkumpul, malah kita bakal dapat surat cinta dari pihak PTPTN. Malah nak ke luar negara tak boleh, bila nama kita disenarai hitam dalam sistem PTPTN. Dengan bayaran ansurans PTPTN tiap-tiap bulan, dapatlah wang tu nanti digunakan sebagai dana balik untuk bantu mereka yang nak lanjutkan pelajaran. Bagi yang mempunyai masalah nak bayar pinjaman PTPTN, anda juga disarankan untuk berjumpa dengan pegawai PTPTN di cawangan PTPTN yang berdekatan.

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih

.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

8 comments

hmmm...teringat zaman belaja dolu2..sempat gak amik PTPTN..tapi smpai 3 sem jer...coz dpt biasiswa JPA...skg masih gigih bayar PTPTN tu..ne way..tumpang singgah n follow..salam perkenalan (^_^)

Salam singgah sini dik Yumida...akak tak ada buat pinjama ptptn sb sekolah sampai SPM jer....hehe...

*dik Yumida ada tanya pasal akak guna hp tau tab online kan...akak tak ada hadapi masalah pula bila masuk blog adik...ok jer semua yg selalu akak hadapi hanya line internet jer...kadang slow sangat...

Salam singgah sini dik Yumida...akak tak ada buat pinjama ptptn sb sekolah sampai SPM jer....hehe...

*dik Yumida ada tanya pasal akak guna hp tau tab online kan...akak tak ada hadapi masalah pula bila masuk blog adik...ok jer semua yg selalu akak hadapi hanya line internet jer...kadang slow sangat...

This comment has been removed by the author.

Agak nya mak dan ayah saya pinjam brim, saya dapat ke tak eh sebab masa saya belajar tak ambik duit ptpn..mak dan ayah support

oww mcm tu plk..nsb baik xambik ptptn,hee

Nasib kamek sik kenak PTPTN. Huhu..