Nora Danish tersinggung sindiran Boboi | Maharaja Lawak Mega 2013

Rentetan isu undur diri dari MLM 2013:

Nora Danish tersinggung terhadap Boboi apabila kumpulan lawak itu seolah-olah merendahkan fungsi juri Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) yang berlangsung pada Jumaat lalu, iaitu minggu ke-5. Boboi yang dianggotai oleh Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik tidak sepatutnya mempersoalkan kredibiliti juri yang tidak mempunyai pengalaman berlawak tetapi dilantik sebagai juri dalam MLM 2013.

Nora Danish tersinggung sindiran Boboi | Maharaja Lawak Mega 2013, boboi sindir juri maharaja lawak mega 2013

"Ketika Boboi membuat persembahan tersebut, saya serta barisan juri lain terkejut dan wajah kami masing-masing terus berubah. Jujurnya saya tersinggung dengan Boboi. Saya serta juri-juri lain sayangkan mereka tetapi rasanya mereka tidak patut membuat lawak menyindir sedemikian," - Nora Danish

Peserta perlu faham bahawa pihak Astro memilih juri MLM untuk memberi komen berdasarkan sisi pandangan mata mereka sebagai seorang penonton. Bagaimanapun Nora Danish berkata, dia juga faham, para peserta memerlukan juru profesional agar kritikan yang diberi dapat memperbaiki lagi mutu persembahan pada episod seterusnya.

"Saya rasa, pihak Astro perlu menerangkan kepada para peserta MLM sebab-sebab kami dipilih. Mungkin ada sesetengah pihak yang tidak berapa jelas. Jujurnya, saya sayangkan Afdlin dan Harun kerana mereka adalah 'otai' dalam industri ini. Cuma kalau boleh janganlah membuat lawak menyindir kami sebegitu," - Nora Danish

Sementara itu, Afdlin yang dihubungi mStar Online pula berkata, Nora tidak sepatutnya berasa hati dengan persembahan Boboi kerana sindiran tersebut tidak ditujukan kepada sesiapa.

"Menjadi perkara normal dalam bidang lawak apabila seseorang pelawak itu menyindir dalam persembahan mereka. Bagi pelawak, mereka faham dengan situasi tersebut. Kenapa mereka (juri) tidak anggap persembahan itu hanyalah komedi semata-mata?" - Afdlin Shauki

Ada sesiapa yang menonton Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 5 Jumaat lepas? Bagi Yumida sendiri, melihat persembahan Boboi last week memang menghiburkan. Kelakar, ada suntikan isu penarikan diri mereka dari MLM 2013 tapi tak kesampaian. Diakui, kumpulan Boboi agak kurang menyengat dari minggu ke minggu. Cuma, minggu ke-5 tu memang kelakar. Lawak mereka ada berbaur sindiran. Hahaha… Sesiapa yang terlepas menyaksikan MLM 2013 minggu ke-5, anda boleh menyaksikan persembahan mereka secara tonton online. Klik: Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 5

34 comments

tgk.. boboi nk keluar ms episod 4 lagi.. tp tak dibenarkan...mmg sindir habish...

Boboi memang lawak minggu ke-5.

sy tak pernah tgk..sbb tak mik channel mustika

Assalammualaikum...yumida,

kes terasa tu..

mselim3

Banyak apa pelawak menyindir dulu, kena perlu terasa sangat. Lain la diorang marah depan². Huhuhuhuu.. Tak tengok pun raja lawak ni. =)

ZH Blogger

lawak mereka ni kekadang terlebih sangat..

zara tlepas tgk.. nnti tgk ulangan.. ^^

walaupun kelakar...tp bg sally mmg agak keterlaluan sindiran dorang...kalau dorg beriya nak keluar, why bother to participate on the first place..?

ada member dok cerita gak pasai ni..hahah...xtengok lagi ni

Minggu ke-5 boboi memang lawak. tapi sindiran diorg mmg agak kasar skit. walaupun alasan die sindiran yg bkn ditujukan kpd sesiapa, tp diorg siap lakonkn balik watak2 yg diorg sindir tuu...em,xpatot laa..

tu la tak bg sgt diorang keluar..:)

tak minat sgt ngn boboi ni. hihi

terlepas laa nak tengok kak huhu

selalu termiss nak tgk persembahan boboi yg kes sindir tu . adehh padahal ulangan dh bape kali tayang dah..

boboi kena terima hakikat diorg x sehebat dulu..
dh habis modal kalu buat lawak sindir juri.
sama cam adlin dulu..
xdek modal jadikan juri sbgai bahan,

ish ish ish .. tak patut ..

saya tak tengok tapi tetiba rasa nak tengok..member pun ade cakap pasal benda nie minggu lepas...rasa rugi plak tak tengok persembahan boboi...

Regards,
-Strider-

x sempat tgk MLM..nnt dah tgk bru leh ulas..tp kan, mmg sebelum ni boboi x berjaya memikat hati saya..huhuk

X follow maharaja lawak.. sebab x subscribe astro.. hehe

boboi ne mcm nak tarik perhatian je..haha..sori saya tak minat boboi..

sepahtu I layan..hahha

trend pelawak ni memang suka lawak sindiran.... tak tahulah .... kita kena hati2 dgn apa yg kita cakap....

Biasalah...semua ini utk menghangatkan MLM...

sentap nora yer?hehehe..

siapa makan cili dia ler terasa pedas....next time kalau dah tahu begini tak perlu masuk....

tak perasan pula apa lawak boboi minngu lepas...nur tak berapa tgk sgt..huhihihi

sindiran yg mcm mana tu eh? haihh.. deqla x tgk la minggu lps.. dok kelate masa tu.. huhu.. nanti nak tgk la..

nosan la boboi ni,xabis2 lawak jd pompuan..jd ikutan pada budak2 skg nnti..nk sgt jd nyah agaknyee

hati mesti kuat jangan mudah terasa mulut orang selalu begitu tapi selalu hati mereka baik jer heee

apa yg boboi padah bah? sik nangga. huhu

@aisya nya guro pasal sidak juri..sorg2 dikomennya
bg kmk xda la terok gilak gurauan sidak ya..juz k bahan lawak jak
rami yg x suka..kmk nangga ok jak

boboi pun satu pergi wat cerita macam tu kenapa

nora danish tak patut menjadi juri.semua org blh jd juri dan komen mcm tu dan last bagi jumlah bintang pd peserta.aku tengok pun malu.juri yg paling bagus adalah yusuf haslam dan luna maya.kerana semua komen mereka teramat bernas.


EmoticonEmoticon