The Inheritors / The Heirs – sinopsis drama Korea

Drama Korea kini menyengat dengan kisah percintaan hangat antara jejaka kaya dan gadis miskin menerusi drama Korea berjudul The Inheritors / The Heirs. Yumida tengok tak miss 1 episod pun. Hehe… Hero drama ni kacak banget! Sape tak kenal Lee Minho. Lakonannya berkualiti dan memberi impak! Jom ikuti jalan penceritaan drama ni menerusi sinopsisnya, pelakon dan peranan watak mereka, juga perkongsian gambar dan ost dalam drama ni. Layannnnn….

Drama: The Inheritors / The Heirs
Pengarah: Kang Shin-Hyo
Penulis: Kim Eun-Sook
Jumlah episod: 20
Genre drama: Romance

Sinopsis The Inheritors / The Heirs
" The Inheritors / The Heirs" mengisahkan persahabatan, persaingan, percintaan seorang pewaris kaya bernama Kim Tan (Lee Min-Ho) dengan Cha Eun-Sang (Park Shin-Hye). Eun-Sang berasal dari kelas sosial bawahan, anak seorang pembantu rumah.

Eun-Sang berusia 18 tahun tinggal bersama ibunya. Ibunya seorang ‘OKU’ bisu. Ibunya bekerja sebagai pembantu rumah manakala Eun-Sang juga bekerja sebagai part-time di sebuah café. Suatu hari, kakak sulung Eun-Sang (Yoon Jin-Seo) menelefon dari Amerika Syarikat dan memberitahu dia akan berkahwin. Ibu Eun-Sang meminta Eun-Sang untuk menghantar kiriman wang ke bank kakaknya. Eun-Sang kurang suka dengan kehidupannya sekarang dan memutuskan untuk pergi ke Amerika Syarikat untuk mencuba nasib di sana. Adakah kehidupannya akan lebih baik jika tinggal bersama kakak sulungnya.

Apabila Eun-Sang tiba di California dia sangat terkejut! Kakaknya tinggal bersama kekasihnya seorang kaki pukul. Kakaknya tidak berkahwin seperti diberitahu sebelum ini, juga tidak melanjutkan pelajaran dan hanya bekerja sebagai pelayan café sepenuh masa. Apabila kehadiran Eun-Sang diketahui oleh kakaknya, wang yang dibawa oleh Eun-Sang dirampas oleh kakaknya. Eun-Sang ditinggalkan sendirian di hadapan sebuah café di tepi pantai. Kehidupannya untuk memulakan kehidupan di situ musnah!

Pada masa yang sama, seorang jejaka kacak dan kaya turut menyaksikan adegan drama antara Eun-Sang dan kakaknya. Kim Tan hanya memerhati dari jauh. Rakan Kim Tan tiba-tiba datang mendekati Eun-Sang dan melarikan beg yang dibawa oleh Eun-Sang yang disangkanya mengandungi dadah. Kim Tan menyedari lantas bertindak segera mengejar rakannya. Pada masa yang sama, aksi bekejar-kejaran turut membabitkan Eun-Sang demi mendapatkan kembali begnya. Setelah mendapat kembali begnya, Eun-Sang pergi ke balai polis untuk membuat laporan berkaitan pasportnya.

Eun-Sang tidak tahu ke mana akan dia pergi selepas ini, Kim Tan menawarkan bantuan untuk membenarkan Eun-Sang tinggal di rumahnya. Semasa Kim Tan ke kuliah, seorang gadis bernama Rachel (Kim Ji-Won) tiba di rumah Kim Tan. Rachel memberitahu Eun-Sang bahawa dirinya merupakan tunang kepada Kim Tan. Racheal meminta Eun-Sang untuk meninggalkan rumah tunangnya dengan segera!

Kim Tan merasa sunyi selepas pemergian Eun-Sang. Dia memutuskan untuk kembali ke Korea walaupun abang tirinya Won (Choi Jin-Hyuk) berkeras tidak mahu melihat muka Kim Tan. Apabila Kim Tan tiba di rumah, dia asyik melihat seolah-olah kelibat Eun-Sang. Kim Tan mengajukan persoalan kepada ibunya Ki-Ae (Kim Sung-Ryoung) dan bertanyakan tentang kelibat seorang gadis di rumahnya.

Ibunya menerangkan bahawa gadis tersebut ialah anak pembantu rumah yang bekerja di rumahnya sekarang. Lebih mengejutkan apabila ibunya menyebut nama gadis tersebut. Cha Eun-Sang!!! Adakah gadis itu yang ditemui oleh Kim Tan sebelum ini di California? Adakah gadis itu yang membuatkan dirinya nekad untuk kembali ke Korea?? Adakah gadis itu telah membuka hatinya..lantas menaruh hati pada gadis tersebut? Saksikan kisah percintaan seorang gadis biasa bersama jejaka kaya. Hanya di saluran 393, drama Korea The Inheritors atau dikenali juga sebagai The Heirs.
Sumber: Asian Wiki

Pelakon The Inheritors / The Heirs
Lee Min-Ho - Kim Tan
Park Shin-Hye - Cha Eun-Sang
Kim Woo-Bin - Choi Young-Do
Kang Min-Hyuk - Yoon Chan-Young
Choi Jin-Hyuk - Kim Won
Kang Ha-Neul - Lee Hyo-Shin
Krystal - Lee Bo-Na
Kim Ji-Won -  Rachel Yoo
Park Hyung-Sik – Jo Myung-Soo
Jeon Soo-Jin - Kang Ye-Sol
Lim Ju-Eun – Jeon Hyun-Joo
Kim Sung-Ryoung -Han Ki-Ae

Gambar The Inheritors / The Heirs
The Inheritors / The Heirs – sinopsis drama Korea

banyaknye Eun Sang makan..tak henti-henti..hahaha...

OST The Inheritors / The Heirs

Saksikan drama Korea, The Inheritors / The Heirs
Hari: Rabu dan Khamis
Jam: 9.00 malam hingga 10.15 malam
Saluran: ONE HD 393

15 comments

Adik Yumida pun minat nonto drama korea ker...akak pun minat jgk nonto drama korea...tpi ceta ni xtau pulak akak ada main...

walaupun saya bukan peminat cerita korea tapi daripada aa yang awk tulis cerit nie nampak menarik.

Regards,
-Strider-

Dah habis tengok online drama korea tok. Memang best! ^_^

salam sis yumida nak tanya,ingat lagi x kita ada masuk contest fair and lovely yg sis asyik buat tu? hadiah dah dapat ke belum? saya sampai sekarang x dapat

saya masih dibayangi watak Lee Min Ho dlm Boys Over Flower. Susah nak kikis! And then, City Hunter. Haishh... Stay terbayang dia masih lagi Gu Jun Pyo yg berlagak tapi romantik tu.. hehe..

Selamanya Min<3Sun

(:

Wife saya dah melekat dgn cerita ni. Nasib baik ada beyond, boleh rakam...xganggulah.. :)

best citer ni...!

Jatuh cinta dengan kim tan..hehehe

owh..awek dari kumpulan GG ada juga...

Minat tapi tak selalu dapat tengok full. Hehe

citer ni mmg tak pernah miss tengok.. sweet sangat.. heee..

Wahh.. mcm best ni..
inti,inti & transitions sini.. :D

dah habis dah demam The Heirs tok.. hehe. kmk selalu download jak, one HD ya lambat berminggu2. huhu

tertanya2 kenapa drama ni ada dua tajuk hewhew --'

@Affy Afiqahthe heirs tajuk yg digunakan asal kot...bila tgk kat youtube kebanyakkan the heirs keluar..kat tv astro the inheritors
so 2 tajuk tu merujuk drama yg sama

dah tengok ceta ni,best best... haha... pelakon semua best! :DD


EmoticonEmoticon