Semalam kan Yumida tengok berita TV3, terkezut bila
disiarkan video pasal ikan tamban yang beribu-ribu banyaknya di pantai Sabah naik ke darat. Dalam
hati Yumida cakap, ‘Beznye! Senang nak
tangkap ikan’. Ala-ala ikan dalam kolam tu bila kita kasi makan. Semua berebut-rebut
datang.
Video ribuan ikan tamban di pantai Kampung Tambisan, Sabah
Kehadiran ribuan ikan tamban tu telah menukar warna
landskap pantai Kampung Tambisan kepada putih. Situasi ni telah mencetuskan
keresahan penduduk kampung kerana khabar angin mengatakan tsunami akan berlaku.
Menurut berita yang Yumida baca, kehadiran ikan tamban di
pantai Sabah tu tidak mengundang bencana tsunami.
"Tetapi
setakat ini kami tidak menerima sebarang amaran berkaitan. Justeru, saya
nasihatkan orang ramai terutamanya mereka yang tinggal di Sabah agar tidak
mempercayai khabar angin yang mengaitkan kejadian di Kampung Tambisan sebagai
satu ancaman tsunami," – pengarah Jabatan Meteorologi Sabah
Sumber: Kosmo
Sumber: Kosmo
Fenomena ribuan ikan tamban turut mencetuskan pesta ikan di kalangan penduduk kampung yang mengambil kesempatan untuk memunggah ikan ke dalam bekas.
Alhamdulillah, kehadiran ribuan ikan tamban tidak kena
mengena dengan tsunami. Lega mendengarnya. Moga Malaysia terhindar dari segala
bencana alam. Syoknye penduduk Kampung Tambisan, dapat rezeki ikan tamban
melimpah ruah.
9 comments
tapi dgr cerita ada juga berlaku gempa dlaam 5 skala ritcher dekat jurang mariana tapi tak akan mengakibatkan tsunami dan lagi satu fenomena ikan melompat naik ke darat ni bukan pertma kali berlaku disini
menakutkan jugak.. hope takde apa yg berlaku..
In shaa Allah.. mudah2an tiada apa yg buruk berlaku & semoga negara kita dilindungi dari bencana yg memburukkan.. aamiin.
Inti & transitions sini.. :D
Alhamdulillah.. kita cuba berfikiran baik kali ini.. huhu..
rindok ati nangkap ikan main sauk kedak ya ajak..
alhamdulillah .. berfikiran positif .. harap-harap tak ade tsunami ..
Assalamualaikum, sis ade singgah blog sy http://ibu2ahmad.blogspot.com kan, tanye psl set kurus...harga tuk set tu rm220 jer termasuk kos pos, jadual pemakanan n tips ekslusif....blh sms/whatsapp kat no sy 012 577 9380 for more details....tq
hmmmm alhmdullillah xda pape yg berlaku ;)
hmmmm alhmdullillah xda pape yg berlaku ;)
EmoticonEmoticon