Boboi tarik diri dari Maharaja Lawak Mega 2013

Mengejutkan, selepas diumumkan antara kumpulan yang terendah menerima undian di minggu keempat MLM 2013, kumpulan Boboi yang dianggotai oleh Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik mengumumkan di hadapan para penonton bahawa mereka ingin menarik terus dari gelanggang MLM 2013.

Menurut Afdlin Shauki, dia tidak bersetuju jika kumpulan Mamu disingkirkan dan merasakan tiba masa kumpulan Boboi berundur untuk memberi laluan kepada pelawak muda untuk mencari pengalaman dan mengukuhkan nama mereka dalam dunia komedi tanah air.
  
Boboi ingin tarik diri dari Maharaja Lawak Mega 2013, boboi undur diri mlm 2013

“Saya rasa sudah tiba masanya kumpulan Boboi yang sepatutnya disingkirkan kerana kami percaya kumpulan Mamu layak untuk berada di atas pentas ini dan menimba pengalaman serta menempa nama sebagai sebuah kumpulan lawak baru. Mengapa saya dan Harun Salim Bachik ingin menarik diri terus dari MLM 2013 adalah kerana kami sedar cuma kami antara serpihan pelawak muka lama yang masih berada di atas pentas ini. Rasanya sejak bermulanya program Maharaja Lawak Mega sehingga MLM 2013 kami berpeluang secara automatik untuk terus  berada dalam keadaan selesa di gelanggang MLM. Saya nampak sepatutnya kumpulan seperti Mamu ini diberi peluang untuk sama-sama belajar dan menimba ilmu serta menempa nama sebagai kumpulan pelawak muka baru yang berpotensi tinggi. Tidak adil bagi mereka untuk tersingkir terus kerana mereka masih tidak mempunyai sokongan peminat yang cukup kuat seperti kumpulan-kumpulan yang lain,”- Afdlin Shauki

Dalam pada itu, Harun Salim Bachik menafikan punca utama mereka mahu menarik diri terus dari gelanggang MLM 2013 kerana mempunyai masalah dalaman yang menjadi punca utama kemerosotan Boboi dari minggu ke minggu.

“Terus-terang kami tiada masalah seperti yang anda lihat. Saya dan Afdlin Shauki rapat seperti biasa cuma kami rasa sudah tiba kami untuk berundur diri beri laluan kepada pelawak muda. Jika kami mempunyai masalah dalaman dari awal lagi kami tidak menyertai MLM 2013. Tetapi selepas berbincang di awal minggu MLM 2013, saya dan Afdlin Shauki bersetuju bahawa jika kami berada dalam kelompok tiga terbawah, kami akan tarik diri dan beri peluang kepada kumpulan pelawak lain untuk bersaing. Bukan bermaksud kami tidak mahu lagi berada di pentas lawak selepas mengundurkan diri cuma kami mengharapkan pelawak muda seharusnya menimba pengalaman dan menempa nama di hati peminat-peminat yang mengikuti perkembangan dunia lawak,” - Harun Salim Bachik


Komen mereka pengunduran Boboi dari Maharaja Lawak Mega 2013
Boboi tarik diri dari Maharaja Lawak Mega 2013

Boboi tarik diri dari Maharaja Lawak Mega 2013

Boboi tarik diri dari Maharaja Lawak Mega 2013

Sumber: Page Maharaja Lawak

12 comments

mcm tu pulak..

alahai apa cer boboi ne tarik dri..tkut tersingkir la tu..hoh0

Assalamualaikum Yumida

mungkin niat mereka baik

manelah tau maybe boboi nak buat kerja2 amal untuk mangsa2 banjir. diorang kan prihatin dengan isu2 semasa

ada makna kenapa Boboi tarik diri malam tadi....

niat boboi baik, untuk sama2 membangunkan industri...apa2pon semoga yang terbaik untuk mereka...^_^

Macam macam hal, dah lama sangat tak buka tv ni hehehe

Ada pro and contra nya.

Nya blakon dlm boboiboy yaa. Kekekeke

terkejut jugak keputusan boboi semalam...

alahaii.. dah kenapa ni?? nak mamu yg keluar.. x best langsung! huhu


EmoticonEmoticon