As salam buat
rakan pembaca,
Drama Korea kini
menyengat dengan drama terbaru berjudul That Winter, The Wind Blows. Jalan ceritanya bez! Pelakonnya cantik-cantik juga
ensem-ensem! OST untuk drama ni pun bez! Layan…lentok jiwang. Hihihi… Jom ikuti
jalan penceritaan drama ni menerusi sinopsisnya, pelakon dan peranan watak
mereka, juga perkongsian gambar dan ost dalam drama ni. Terbaik woooo!
Drama TV: That Winter, The Wind Blows
Pengarah: Kim Kyu-Tae
Penulis: No Hee-Kyung
Jumlah episod: 16
Sinopsis That Winter, The Wind Blows
Oh Soo (Jo In-Sung), dikenali sebagai kaki judi di kejiranan
Cheongdam. Dia ditinggalkan oleh orang tuanya ketika masih kecil, juga
kehilangan kekasih hati. Manakala, Oh Young (Song Hye-Kyo) merupakan pewaris sebuah syarikat gergasi. Dia
kehilangan deria penglihatan ketika kecil dan hidup kesunyian selepas pemergian
ayahnya. Siapa sangka hidupnya yang penuh kesunyian tiba-tiba berubah dengan
kehadiran Oh Soo.
Oh Soo ditinggalkan
di rumah anak yatim semenjak dia masih bayi. Kemudiannya, kekasih yang
dicintainya telah meninggal dunia. Oh Soo kemudiannya bekerja dengan Jin-Sung (Kim
Beom). Pada masa yang
sama, terdapat seorang lagi bernama Oh Soo.
Suatu hari,
pekerja Oh Soo memberitahu Oh Soo dan Jin-Sung yang ayahnya merupakan seorang
CEO di syarikat PL, dan dia juga mempunyai seorang adik bernama Oh Young (Song Hye-Kyo). Pada mulanya, Oh Soo and Jin-Sung tidak
mempedulikannya.
Oh Soo mempunyai
hubungan dengan aktres So-Ra (Seo Hyo-Rim). So-Ra obses terhadap Oh-Soo, tetapi Oh Soo tidak
pernah menyintainya. So-Ra ingin ke luar negara, selama setahun untuk bekerja
dan dia takut andai Oh Soo akan meninggalkannya dan mencari perempuan lain
semasa ketiadaannya. Pada masa yang sama, So-Ra menjadikan Oh Soo sebagai kambing
hitam, mangsa tuduhan atas kecurian wang sebanyak 7 juta dollar dari ketua
gangster.
Ayah Oh Young
merupakan CEO syarikat PL. Oh Young merupakan pewaris syarikat PL tetapi
dirinya hidup dalam kesunyian. Oh Young seorang gadis buta dan berpisah dari
ibu dan abang kandungnya selepas ibu dan ayahnya bercerai ketika dia berusia 6
tahun. Kini, ayahnya telah meninggal dunia. Oh Young tidak mempercayai sesiapa
pun, terutamanya Hye-Ji (Bae Jong-Ok), orang yang menyebabkan ibu dan ayahnya bercerai.
Suatu hari, Oh
Young menerima surat daripada abang kandungnya iaitu Oh Soo. Menurut posmen, Oh
Soo kerap menghantar surat tetapi surat yang diberikan untuk Oh Young sering
disembunyikan oleh penjaganya iaitu Hye-Ji. Oh Young nekad berjumpa dengan
abang kandungnya tanpa pengetahuan Hye-Ji. Oh Young menggunakan khidmat teksi
dan memintanya untuk memandu ke arah alamat surat tersebut. Alamat surat
ditujukan di sebuah hotel.
Oh Soo bingkas
bangun apabila terdengar bunyi loceng pintu. Dia melihat seorang wanita sedang
berdiri dihadapan biliknya. Dia memberitahu dirinya adalah Oh Young, tetapi Oh
Soo tidak mengenalinya. Oh Young bertanya siapa lelaki dihadapannya,
kemudiannya dia diberitahu bahawa lelaki tersebut ialah Oh Soo.
Pada masa yang
sama, baru Oh Soo sedar wanita tersebut mencari Oh Soo yang satu lagi. Oh Soo
memberitahu Oh Young bahawa abangnya berada di institute dan akan balik pada
jam 3 petang. Oh Soo kemudiannya menyambung semula tidurnya. Apabila Oh Soo
bangun dan meninjau di lobby hotel, dia melihat wanita tadi masih berada di
situ. Oh Soo mendekatinya. Oh Young meminta Oh Soo membaca surat yang dihantar
oleh abangnya. Baru Oh Soo sedar rupanya wanita tersebut seorang yang buta. Oh
Soo membawa Oh Young keluar dari hotel dan membacakan surat untuknya.
Semasa membaca
surat, Oh Soo dimaklumkan bahawa dirinya sedang dicari oleh sekumpulan lelaki.
Oh Soo lantas bangun dan melarikan diri. Semasa Oh Soo menyelamatkan diri,
pekerja Oh Soo muncul dan memberikan bantuan.
Tanpa diduga,
pekerja Oh Soo telah terlibat dalam kemalangan. Dia dilanggar oleh sebuah
kereta. Oh Soo kemudiannya ditangkap oleh sekumpulan lelaki yang mengejarnya.
Pada ketika itu, Oh Youg berada berhampiran kawasan itu, dan sedang menaiki
sebuah teksi. Dia tidak mengetahui bahawa abang kandungnya, Oh Soo mati di
hadapannya. Oh young beredar dari situ selepas mendapat panggilan bahawa
ayahnya telah meninggal dunia.
Semasa Oh Soo
berada di dalam penjara, So-Ra dan peguam datang melawatnya. Mereka menerangkan
kepada Oh Soo akan membebaskannya. So-Ra memberitahu kepadanya untuk
menghabiskan setahun di penjara dan kemudiannya hidup bersamanya di
Switzerland. Dia mempunyai 7 juta dollar hasil skim penipuan. Oh Soo
memberitahunya yang dia tidak akan kembali pada So-Ra walaupun dirinya dibunuh
untuk tujuan itu.
Setahun kemudian,
Oh Soo keluar dari penjara. Dia mempelajari hidup tanpa wang dan hidup dalam
buruan kumpulan gangster iaitu Moo-Cheol (Kim Tae-Woo). Moo Cheol percaya Oh Soo telah mencuri wangnya
berjumlah 7 juta dollar darinya. Moo Cheol memberitahu kepada Oh Soo untuk
membawa wang yang dicuri olehnya dalam masa 100 hari, jika tidak dia akan mati.
Oh Soo tidak
mempunyai tempat untuk tinggal, jadi dia pergi ke bilik atas bumbung di mana
pekerja Oh Soo tinggal. Semasa berdiri di bilik atas bumbung, seorang lelaki
mendekati Oh Soo dan bertanyakan jika dirinya ialah Oh Soo. Selepas mengesahkan
dirinya Oh Soo, lelaki yang dikenali sebagai Jang Sung (Kim Kyu-Cheol), orang penting dalam Syarikat PL menarik nafas
lega. Dia telah lama mencari Oh Soo demi anak majikannya iaitu Oh Young,
seorang gadis buta. Para peguam percaya Oh Soo merupakan abang kandung Oh
Young. Ketika itu, Oh Soo sedar dengan cara itu dia boleh membayar semula wang
kepada ketua gangster.
Pelakon That Winter, The Wind Blows
Jo In-sung sebagai Oh Soo
– Seorang anak
yatim piatu yang telah ditinggalkan ibunya ketika dirinya masih bayi pada musim
salji. Oh Soo terlibat dalam dunia hitam sebagai seorang penjudi dan penipu. Berbekalkan
wajahnya yang kacak dan bertubuh tinggi lampai, Oh Soo berperwatakan seorang
playboy, sasarannya ialah untuk menipu seorang gadis kaya dan buta yang
dikenali sebagai Oh Young.
Song Hye-kyo sebagai Oh Young
– Ketika berusia
enam tahun, Oh Young telah berpisah dengan ibu dan abang kandungnya. Kemudiannya,
Oh Young menjadi buta. Dia adalah pewaris tunggal syarikat besar Syarikat PL.
Kim Bum sebagai Park
Jin-sung
– Sahabat baik Oh
Soo. Jinsung seorang yang suka mereka cerita tetapi dia sangat setia kepada
sahabatnya yang sudah dianggap sebagai abangnya sendiri, yaitu Oh Soo.
Jung Eun-ji sebagai Moon
Hee-sun
– Adik dari bekas
kekasih Oh Soo yang berdendam pada Oh Soo yang dituduh sebagai penyebab
kematian kakaknya. Rasa dendamya terhadap Oh Soo bercampur dengan rasa kagum dengan
keberanian Oh Soo. Eun-ji rapat dengan Jinsung , mereka berdua menjadi pembantu
kepada Oh Soo.
Bae Jong-ok sebagai Wang
Hye-ji
– Penjaga juga
pembantu Oh Young. Ada kalanya dia menunjukkan rasa sayang pada Oh Young, kadang-kadang
memperlihatkan misinya yang bermisteri. Dia adalah orang penting dalam Syarikat
PL.
Kim Tae-woo sebagai Jo
Moo-chul
– Dia merupakan
gangster, seteru dengan Oh Soo. Dia mencintai bekas kekasih Oh Soo yang telah meninggal,
yaitu kakak Heesun.
Kim Kyu-cheol sebagai Jang
Sung
- Pembantu
peribadi keluarga Oh. Seorang yang setia pada majikannya. Dia merupakan orang
kedua berpengaruh di Syarikat PL selepas Setiausaha Wang.
Kim Young-hoon sebagai Lee
Myung-ho
– Dia ditunangkan
oleh Ayah Oh dengan anak perempuannya iaitu Oh Young, si gadis buta.
Im Se-mi sebagai Son
Mi-ra
- Rakan Oh
Young yang berasal dari keluarga miskin dan berkerja di sebuah kafe.
Seo Hyo-rim sebagai Jin
So-ra
– Bekas kekasih Oh
Soo yang psikopat. Dia mencuri wang dari Boss Kim dan menuduh Oh Soo.
Jung Kyung-soon sebagai Jo
Sun-hee
– Kakak Moochul,
sebagai doktor terbaik dalam bidang saraf.
Kyung Soo-jin sebagai Moon
Hee-joo
– Bekas kekasih Oh
Soo yang meninggal dunia dalam keadaan hamil. Dia adalah kakak Heesun dan Moochul
mempunyai hati padanya.
Gambar That
Winter, The Wind Blows
OST drama korea That Winter, The Wind Blows
Tajuk lagu: Winter Love
Penyanyi: The One
Lirik lagu: Winter Love
Penyanyi:
The One
I
know you, I feel you even if you don’t speak
You’re
a hurt person, who resembles me a lot
I
know that I never learned of love so I don’t really know about it
But I
feel that you are a person who is my destiny
My
person is soft like the white snowflakes
That
person is hurting me
The
wind blows and it seems like it’ll take you far away
So I
am protecting you by your side again today
I beg
so that my prayers can reach the heavens
I
hope for this cruel love that I can’t stop anymore
Even
if my life is broken to pieces,
There’s
just one person, just one person for me
A
love like destiny that I cannot reject
That
person is making me sad
Even
if the cold winter comes and freezes my entire body
I
will always be by your side
I
love you, I will hold you
I
will always protect you by your side
Romanized:
Naneun
geudael algo issseumnida malhaji anhado neukkimnida
Geureon
nawa darmeungosi manheun apeun saramijyo
Sarangttawin
baewoboji motae jal alji motalgeol naneun aljyo
Hajiman
geudaeran saram nae unmyeongingeol neukkijyo
Hayan
nunkkoccheoreom yeorin naui saram
Geu
sarami nareul apeuge haneyo
O
barami bureowa meolli geudael
Deryeogalgeotman
gata
Oneuldo
geu yeopeul jikigo inneyo
Bireobomnida
haneurerado
Naui
gidoga daheulsuitge
Baraebomnida
ijen meomchulsudo
Eomneun
dokhan sarange..
Nae
sarmi jogangnado geujeo dan hansaram dan hansaram
Geobuhaji
motal unmyeong gateun sarang
Geu
sarami nareul seulpeuge haneyo
Chan
gyeouri millyeowa on momi da eoreobeorindaedo
Eonjena
geu yeope naega isseulkkeyo
Geudael
saranghaeyo geudael aneulkkeyo
Eonjena
geuyeopeul jikyeojulkkeyo
Saksikan drama Korea That Winter, The Wind Blows
Hari: Isnin hingga Jumaat
Jam: 6.30 petang sehingga 7.45 petang
Saluran: ONE HD 393
17 comments
eeee !!! best gile cerite ni . .tak lepas satu episod pon .. ** mama kite laa .. kite selalu lepas episod ..
Fara pon layan citer nih..Oh Young yg cantik !!heeee..
wahh sinopsisnya best... macam nak tengok jer
alaa, dah tengok kdrama ni, hehe memang best..:)
ni kalau kakak sy ngan ank buah sy tau nie, mesti dia chop tv time tu..hehehe
Regards,
-Strider-
Salam dari korea...blogwalking.
Macam best aje .. Nak try tengoklah
Citer baru ke ni sis.. Macam best jer.. Tapi skang dah kekurangan masa nak tengok movie.. Huhu..
http://miezashaklee.blogspot.com
bestnyer..heroin tu mcm heroin autumn in my herat kan?
geramnya tengok banyak drma baru..entah bila dapat tengok pun tak tahu T_T
best sinopsisnya.. menabung churp2.. :D
best drama ni, tapi itulah asyik miss je..huhuh
nampak best. saya pun teringin nk tengok cite ni :D
Assalammualaikum..yumida,
wahhh... best lah yumida buat entry pasal cerita nie..
mselim3
mcm best jer.. mcm menarik jer.. hihihi... tp deqla x penah lyn korean drama or movie..
yumida ske tgk korea errr
tak sempat tgk lg.. pernah tgk iklan je.. huhu..
EmoticonEmoticon