Pelawak mi segera Maharaja Lawak Mega 2013

Harini cuti, yeah. Macam biasa hobi aku baca paper. Nak tahu perkembangan semasa, pasal ikan tamban yang naik ke darat tu. Macam syok je aku tengok dalam tv. Alhamdulillah, ianya tidak kene mengena dengan bencana tsunami. Memang lega sangat mendengarnya. Tetibe mata tertancap dengan tajuk artikel ni. Apabila juri lawak tiada kuasa, semakin ramailah pak lawak mi segera. Macam menarik je tajuknye..aku pun klik untuk baca.

Rentetan isu:

Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 6 , Pelawak mi segera Maharaja Lawak Mega 2013

Isi artikel tersebut:
Dalam hal ini saya pula nak tegur Nora Danish dan juga juri-juri lain. Apabila seseorang itu menjadi juri dalam sesebuah rancangan yang memberi kuasa kepada para peminat memilih pemenang, kita tak payahlah nak fikir serius sangat pun. Berilah komen macam mana sekali pun, pertandingan itu tidak memberi apa-apa kesan. Hakikatnya lawak-lawak yang tonjolkan oleh sebilangan pak lawak mi segera ketika ini hanyalah lawak-lawak bodoh sahaja. Mutu dan tahap persembahan pelawak di negara ini masih lagi rendah dan tak ada kualiti. Nilai wang ratusan ribu yang diberikan kepada pak lawak tidak memberi apa-apa makna dan lebih membuang masa. Apatah lagi dengan wujudnya sesebuah pertandingan yang memberi kuasa kepada peminat untuk memilih, maka lebih banyaklah pelawak mi segera ini akan muncul pada masa hadapan.

Kuasa SMS (khidmat pesanan ringkas) sebenarnya menjadi punca terhadap runtuhnya industri hiburan sementara stesen televisyen pula hanya memikirkan bagaimana menjana pendapatan melalui program yang diterbitkan. Ia menyebabkan dunia hiburan kita pada ketika ini berada dalam keadaan yang cukup bahaya selain mewujudkan persepsi kekayaan boleh datang dengan cepat jika menjadi artis. Sebab itulah semakin ramai orang hendak menjadi artis, pelawak, pelakon dan penyanyi. Tetapi berapa kerat pula yang berebut-rebut untuk mencari ilmu? Program realiti yang menjanjikan hadiah wang tunai ratusan ribu ringgit antara penyumbang dalam mengaburi mata penonton yang tidak menyedari dunia hiburan di negara ini tidak mempunyai apa-apa pun. Sebab itulah apabila Nora Danish terasa hati dengan sindiran Boboi, saya juga terkejut. Soal terasa atau tidak seharusnya tidak wujud untuk sesebuah pertandingan yang ada kaitan dengan SMS.

Nora tidak punyai kuasa pun untuk menentukan siapa yang kalah atau menang. Malah komen-komen yang diberikan Nora juga banyak klise yang juga tidak memberi erti kepada pelawak di pentas. Kalaulah saya jadi Nora, inilah peluang untuk saya melihat pelbagai sudut kelemahan pelawak yang menyertai pertandingan ini yang saya nampak mereka hanya ingin membolot wang kemenangan dan bukanlah mahu menjadi pelawak yang sebenar-benarnya pak lawak.
Sumber: mStar

Tergamam kejap membacanya. Siapa yang menonton Maharaja Lawak Mega 2013 pasti tahu isu ni. Pada awalnya Boboi ingin tarik diri dari MLM 2013. Tapi tidak dibenarkan. Ye la, dah nama bertanding kena teruskan sampai akhir. Rentetan isu ni berpanjang bila ada satu pihak lagi tersingging dengan lawak berbaur sindiran. Sampai la terbaca artikel ni. Komen yang datangnya dari hati. Straight to the point.   

Oh ya…saksikan program realiti Mimbar Pencetus Ummah
Sebaran dakwah dengan cara kreatif!
Juga kupasan isu semasa oleh peserta pencetus ummah
Hari: Khamis
Jam: 9.00 malam
Saluran: Astro Oasis 106 & Astro Maya HD 135

11 comments

dah ramai sgt skg ni pelawak mee segera. lagi satu, pelawak yg xberapa nk lawak sgt dah skg ni pun still lagi duk tangga teratas. gitulah gamaknya kalau undian sms ni :(

mimbar pencetus umah tu best sekali walaupun ia juga merupakan program reality tetapi berbentuk ilmu

Inilah jadinya bila duit sudah mengaburi matlamat.. bakat mula jadi hambar...

macam2 isu la pulak timbul ye.. huhu..

Tak berapa berkenan dengan lawak berunsur sindiran daripada boboi tu....huhu
Mimbar Pencetus Ummah tu memang sangat bagus dan bermanfaat....

betul tu..program MLM nie dah jadi macam program yang lebih kepada mencari untung dan bukannya mengcungkil bakat..sy paham kenapa juri tak boleh bagi komen yang membina sebab juri pun bukan pelawak..isk..isk..isk..

Regards,
-Strider-

itu la dunia hiburan..mibar pencetus ummah jugak yng bagus

hmmm.. rata2 org lebih suka bercerita psl maharaja lawak.. mimbar pencetus ummah x punn.. huhuhu...

mcm2 jak.
kmk sik berapa minat nangga rancangan yg kedak tok..

Sekali pun tak pernah layan Maharaja Lawak, lebih suka tgok Mimbar Pencetus Ummah ;)


EmoticonEmoticon