Risteena Munim menangis kerana kontroversi

 Baru sahaja namanya mula menjadi sebutan kerana lakonannya dalam drama bersiri Playboy Itu Suami Aku, tiba-tiba timbul pula cerita kurang enak membabitkan disiplin dirinya, Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 24 tahun.

Fattah Amin jawab komen negatif lakonan ‘kayu’, drama playboy itu suami aku, pelakon playboy itu suami aku, Risteena Munim menangis kerana kontroversi

Menerusi laporan sebuah akhbar baru-baru ini, timbul dakwaan yang mengatakan pelakon berkenaan sudah mula buat perangai serta bertindak membatalkan sesi fotografi sehingga mengundang rasa tidak puas hati beberapa pihak.

"Sebagai pelakon baharu, sudah tentu saya perlukan publisiti yang lebih meluas terutama sekali cerita tentang diri dan kerjaya saya menerusi akhbar. Bagaimanapun, saya ingin jelaskan bahawa masalah yang timbul ini berpunca daripada salah faham sehingga sesi fotografi yang diaturkan terpaksa dibatalkan. Sepanjang setahun menjadi pelakon, saya sangat menjaga disiplin dan tidak pernah datang lambat ke lokasi. Apabila timbul cerita-cerita sebegini, pastinya ia membuatkan saya rasa begitu sedih," - Risteena Munim

Jelas Risteena, antara sebab utama dia berhadapan dengan masalah tersebut kerana tidak menggunakan khidmat pengurus, sedangkan jadual lakonannya kini semakin padat lantaran pelbagai tawaran yang diterima.

"Apabila mengalami situasi sebegini, saya pernah menangis dan tidak menyangka terpalit pula dengan kontroversi memandangkan saya sangat memberi komitmen terhadap setiap pekerjaan yang dilakukan. Namun begitu, apabila difikirkan semula, tidak ada guna saya menangis sehingga memberikan tekanan. Saya anggap segala yang berlaku ini merupakan salah satu cabaran dalam usaha saya untuk mencipta nama dan segala kesilapan akan cuba saya elakkan agar tidak menyinggung mana-mana pihak," - Risteena Munim

Sumber: Kosmo

Risteena Munim menangis kerana kontroversi

Hmmm…lepas ni boleh la upah pengurus. Biar pengurusan masa pekerjaan menjadi lebih sistematik. Drama Playboy Itu Suami Aku dah nak sampai ke penghujung. Cepat jer masa berlalu…

13 comments

kesiannya dia.. dah glemer org ckp macam2 lak..

Ambillah aku sebagai pengurus...segalanya settle...hahaha

Mudah2an perkara ini tidak dipanjangkan sehingga menjejaskan reputasi kariernya..

Bila masuk dunia artis, macam2 hado.

ahahaha ika no comment laa bab artis2 ni....

dugaan buat dia, harapmdia tabahkan..

jadi artis ni.. mcm lebih indah khabar dari rupa kan..

sabaq jew la..mula2 mcm tu la
tengok sy ni...dh lama berlakon..ok jew..kihkihkih

sebab tuh tb xnk jd artis heheh ;p

dah makin dikenali bah. bena ya, better ambik PA utk pengurusan yg lagik teratur. :)

klo jadik artis pon bleh kerjaye but I see U memng ade kbolehan sbagai plakon 'n' goodluck for U...Bye

klo jadik artis pon bleh kerjaye but I see U memng ade kbolehan sbagai plakon 'n' goodluck for U...Bye


EmoticonEmoticon