Azean Irdawaty meninggal dunia – Al Fatihah

As salam buat rakan pembaca,

Masa menonton Meletop jam 10.00 malam tadi, terkejut dengan perkhabaran pemergian seniwati Azean Irdawaty. Sebelum ni kita sedia maklum, Allahyarhamah Azean Irdawaty pernah diserang kanser payudara. 17 Disember 2013 jam 8.30 malam, Allahyarhamah Azean Irdawaty berusia 63 tahun meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser. Allahyarhamah Azean Irdawaty meninggalkan suami, Khairil Anwar dan 3 orang anak iaitu Benjy, Elza dan Innesa.
Sumber: Oh Bulan & Oh Artis

Azean Irdawaty meninggal dunia – Al Fatihah, seniwati Azean Irdawaty meninggal dunia, pelakon veteren Azean Irdawaty meninggal dunia, punca Azean Irdawaty meninggal dunia, gambar Azean Irdawaty, allahyarhamah Azean Irdawaty, arwah Azean Irdawaty

Masih lagi terkesan di hati Yumida akan lakonan Allahyarhamah Azean Irdawaty. Apa sahaja watak yang diberikan cukup menjadi! Terngiang-ngiang lagi watak Aisyah 50 sen. Lakonannya cukup mengagumkan! Hari ini, kita kehilangan seorang yang amat berbakat dalam dunia seni.

Takziah diucapkan buat keluarga Allahyarhamah Azean Irdawaty. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Moga rohnya dicucuri rahmat. 

17 comments

Al-Fatihah...ya Allah..x sangka

Al Fatihah untuk almarhumah. Semoga roh beliau bersama para solehin. Amin

Moga rohnya dicucuri rahmat..amin..

dah lama kan arwah menanggung sakit.. Al-Fatihah.. moga ditmptkan arwah di kalangan org2 yg beriman..

Bunda dapat tahu dari rakan fb...Al Fatihah...

Al Fatihah..pasti kita akan merindui Arwahyahammah kan

alfatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman...


EmoticonEmoticon