SEGMEN SNTD BY AFIFAH AND WAFAA

KLIK BANNER UTK JOIN

Pon! Ponnnnnn!!! Mari semua adik akak abang angah pakcik makcik nenek atok...datang berkunjung ke blog Afifah ni. Ada yang special menanti!!!

Duduk beronline seperti maharani,
Sambil bertweet dengan Neelofa,
Jom reramai terjah segmen ini,
Segmen SNTD by Afifah and Wafaa.

Hari-hari makan roti,
Jangan lupa gosok gigi,
Tersedia bermacam hadiah Afifah menanti,
Jangan tak join nanti rugi.

Blog Afifah masuk rancangan Wanita Hari Ini,
Dihebah sehingga ke pelosok dunia,
Awak..awak yang baca entry ni,
Jemput join ye korang semua.

Menariknya Segmen SNTD by Afifah and Wafaa ni, peserta disarankan membuat karangan pasal teddy bear. Sebut pasal teddy bear kan, Yumida teringat seseorang. Budak comel, budak sweet, budak cilik! Nak tahu siapa? Jengjengjeng…


Perkenalkan anak buah Yumida. Nurfakirah Hamizi. Gegirl sweet ni kita orang panggil Dedek. Umur dia 10 tahun (darjah 4). Dedek peminat besar patung bear. Dalam bilik tidur dia, banyak koleksi teddy bear mini tersusun di tepi katil. Dedek dan teddy bear..tak dapat dipisahkan. Punya kisah dan sejarah dengan pemilikkan teddy bear ni.

Dahulunya, Dedek sangat sukakan kucing. Setiap kali jumpa kucing pasti akan dipeluk, dicium dan digomol. Kucing kan cute. Haiwan berbulu, manja dan suka bila dibelai oleh tuannya. Namun, kemesraan antara Dedek dan kucing terhalang oleh penyakit Dedek. Asma..penyakit Dedek yang alah pada bulu kucing. Since Dedek diserang asma, kucing dijauhkan daripada Dedek. Malah diberikan amaran untuk tidak mendekati sang kucing. Kesian kan.. Time tu dia masih kecil. Everytime datang nak pegang kucing, sure kena sergah. Menangislah dia sekuat-kuatnya.

Kita orang sepakat nak belikan dia teddy bear kecil. Untuk dibuat main. So, taklah dia asyik nak pegang kucing. Bermula hari tu, hobi Dedek mengumpul teddy bear. Tapi semua patung bear yang kecik. Nak beli yang besar, mahal sangat. Tak mampu..

Terlihat saja segmen ni.. Segmen SNTD by Afifah and Wafaa. Yumida terus dapat idea! Haaaa....nak join segmen ni sebab..


SEBAB JOIN Segmen SNTD by Afifah and Wafaa:
Nak hadiahkan patung Pooh ni buat anak buah tersayang: Dedek

Sebelum ni Dedek hanya memiliki teddy bear mini..patung bear yang kecik-kecik je. So, andai terpilih sebagai yang bertuah nanti Yumida nak kasi patung special ni kat dia. Kasi surprise gitu..

Seperti yang Yumida ceritakan di atas, Dedek alah pada bulu kucing. So, nak bagi kat Dedek hadiah patung Pooh ni. Bila tengok dia nangis-nangis nak pegang kucing..sayu je tengok. Alangkah indahnya kalau dapat hadiahkan patung Pooh comel giler ni pada dia..


Paling utama, actually Yumida nak kasi hadiah patung ni sebagai ganjaran buat Dedek, sempena Dedek dapat nombor 1 di dalam kelas. 4 kali berturut-turut tau dapat tempat pertama. Dia kan peminat teddy bear, sure dia seronok sakan. Hadiah patung Pooh ni, umpama memberikan semangat buat dirinya dalam pelajaran. Suntikan motivasi buat dirinya untuk belajar bersungguh-sungguh. Sambil baca buku, sambil ulang kaji, sambil buat kerja sekolah..bolehlah dia peluk patung Pooh kat sebelah. Peneman setia gitu.

-VIDEO- Dedek and teddy bear. ‘Teddy Bear Song’.

Buat kengkawan yang sedang membaca entry ni...meh join sekarang! Tak lama lagi due date Segmen SNTD by Afifah and Wafaa ni... 26 Februari 2014 hari Rabu. Jom ler...manalah tahu rezeki, kita bakal dapat salah satu daripada hadiah yang ditawarkan di atas. Tak join kita tak tahu. Join jer...syaratnya pun mudah je. Akhir sekali, Yumida pohon..korang doakan kesihatan buat Dedek. Hope dia sentiasa sihat walafiat, cergas dan sukses dalam pelajaran.

Lastly, nak tag blogger bertuah:

1 comments so far

Selamat bersegmen dik Yumida..semoga berjaya...akak pn mcm nak join jgk ler..


EmoticonEmoticon