Sebab Boboi mahu keluar Maharaja Lawak Mega 2013

Sebab Boboi mahu keluar Maharaja Lawak Mega 2013

Terjumpa keyword ni di akaun Nuffnang pasal isu tarik diri Boboi dari pertandingan Maharaja Lawak Mega 2013. Nak tahu kisahnya? Jom ikuti kisah di bawah.

Kumpulan Boboi ni dianggotai oleh Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik. Actually, masa Boboi mahu keluar dari rancangan lawak program realiti ni, time tu di minggu ke-4. Selepas pengumuman kumpulan Mamu disingkirkan, Afdlin Shauki membuat pengumuman bahawa mereka ingin menarik diri. Apa yang diplankan oleh Afdlin Shauki, kumpulan Boboi keluar, kumpulan Mamu masuk. Masa tu kan semua orang terpinga-pinga. Terkejut dengan keputusan Boboi.

Then, Dato’ AC Mizal tak membenarkan sebab time tu kan tengah bertanding. Keputusan keluar or tidak bergantung pada undian penonton. So, jika penonton masih mengundi Boboi, macam kesian la kat penonton yang bersusah payah mengundi. Tapi disingkirkan. Gitulah sebabnya penarikan diri Boboi dari Maharaja Lawak Mega 2013 dibatalkan.

Alasan Boboi mahu keluar Maharaja Lawak Mega 2013:
“Saya rasa sudah tiba masanya kumpulan Boboi yang sepatutnya disingkirkan kerana kami percaya kumpulan Mamu layak untuk berada di atas pentas ini dan menimba pengalaman serta menempa nama sebagai sebuah kumpulan lawak baru. Mengapa saya dan Harun Salim Bachik ingin menarik diri terus dari MLM 2013 adalah kerana kami sedar cuma kami antara serpihan pelawak muka lama yang masih berada di atas pentas ini. Rasanya sejak bermulanya program Maharaja Lawak Mega sehingga MLM 2013 kami berpeluang secara automatik untuk terus  berada dalam keadaan selesa di gelanggang MLM. Saya nampak sepatutnya kumpulan seperti Mamu ini diberi peluang untuk sama-sama belajar dan menimba ilmu serta menempa nama sebagai kumpulan pelawak muka baru yang berpotensi tinggi. Tidak adil bagi mereka untuk tersingkir terus kerana mereka masih tidak mempunyai sokongan peminat yang cukup kuat seperti kumpulan-kumpulan yang lain,”- Afdlin Shauki

Boboi tersingkir Maharaja Lawak Mega 2013 minggu 6, Sebab Boboi mahu keluar Maharaja Lawak Mega 2013

Haaaa…gitu la storynya. Boboi hanya bertahan dalam gelanggang Maharaja Lawak Mega 2013 sampai minggu ke-6.

Masa Boboi mahu keluar dari MLM 2013 tu kan, Yumida baca kat facebook ada yang suka Boboi keluar dan ada juga yang masih setia menyokong Boboi.

9 comments

mungkin itu yang terbaik mereka lakukan untuk pelawak2 baru .

betul apa dia cakap tu, kumpulan Mamu tak kuat penyokong berbanding kumpulan lain2 tu.. hemmm..

selamat tahun baru 2014
semoga semua impian tahun 2013 telah tercapai :)

saya sokong sebenarnya cara boboi. yg penting dorg dah ada brand sendiri. mamu baru nak naik dan perlukan sokongan dan lebih pendedahan

camya duhal. sik nangga mlm tok.


EmoticonEmoticon