Reaksi Risteena Munim dilabelkan pelakon kayu

Risteena Munim turut mendapat kritikan ramai apabila ada segelintir yang melabelkannya sebagai seorang pelakon 'kayu' ketika melihat kemunculannya dalam drama bersiri Playboy Itu Suami Aku.

Reaksi Risteena Munim dilabelkan pelakon kayu

Risteena Munim bergandingan dengan Fattah Amin, hero dalam drama Playboy Itu Suami Aku. Jom kita lihat bagaimana respon Fattah Amin bila dilabelkan sebagai pelakon kayu:

Ini pula respon daripada Risteena Munim bila dilabelkan pelakon kayu:
"Mula-mula membaca komen sedemikian menerusi laman sosial Twitter, saya rasa sangat kecewa memandangkan ketika itu penggambaran masih lagi berjalan. Ada kalanya sewaktu penggambaran sedang dilakukan, saya langsung tidak bersemangat. Kemudian pengarah banyak memberikan nasihat dan tunjuk ajar untuk memperbaiki lagi mutu lakonan kami. Selain itu, kami akan berhenti berehat ketika drama ini sedang ditayangkan di televisyen dan menerusi cara tersebut saya dapat melihat setiap kelemahan yang ada," - Risteena Munim

Mengakui tidak berpuas hati dengan lakonannya dalam drama bersiri berkenaan pada episod awal, kini dia dan Fattah yang turut mendapat kritikan berhasil memperbaiki lakonan masing-masing.

"Pada mulanya, kami memang agak sukar untuk mencari keserasian bersama kerana kali pertama bergandingan serta masing-masing pemalu dan buat hal sendiri, namun pengarah meminta kami lebih mesra di lokasi supaya mudah ketika berlakon," - Risteena Munim
 Sumber: Kosmo

Risteena Munim jawab komen negatif lakonan ‘kayu’, drama playboy itu suami aku, pelakon playboy itu suami aku,

Haaaa…pertama kali berganding sure la rasa malu-malu kan. Ala-ala orang berkenalan gitu. Mula-mula kenal, memasing shy-shy. Dah lama kenal, dah sekepala..haaa hambek! Baru sempoi… Drama Playboy Itu Suami Aku dah nak sampai ke penghujung. Jangan lupa tonton drama ni…

7 comments

Yela mmg prasan watak tu cam kayu. Mungkin nak hayati sepenuhnya.. first slot jadi heroin..haha

fi pun start tengok episod baru2 ni je..ahaha

nur tak tgk drama ni, jadi xtahu nak nilai mcm mana...

dia pelakon baru kan? normallah mula2 nampak mcm kaku...

lama2 nanti expert la...

agik baru bah, byk gik benda mok belajar.. dah lama2 makin bgus juak lakonan sidak duak kelak.. :)

kite memang tak suke tengok pon cerite tu .. so , cerite tu digantikan dengan cerite korea dekat ONE HD kah kah ...

*** orang first time, memang la macam tu . .cuba pengkritik tu yang jadi pelakon .. huh ! macam mane pulak kata orang .. hadooiii .. kah kah .. ^_^

A'ah.. story dah best tapi pelakon pula kurang menyengat. Macam ada something wrong dgn drama ni. Huhu


EmoticonEmoticon