Segmen Kenapa Aku Jadi Blogger ? By AkuPenghibur.com

KLIK BANNER UTK JOIN

Sebab Yumida menjadi blogger:

Menambah kenalan rakan maya
Wokeh yang ni semua orang pun tahu kan. Tujuan utama kita berblog sebab nak mengenali rakan maya, menambah kenalan, melebarkan ukhuwah tanpa sempadan melalui jaringan alam blogging. Now, kenalan rakan maya Yumida bukan hanya senegeri je malahan seluruh Malaysia ni ade. Juga seringkali menerima kunjungan rakan maya dari negera seberang antaranya Indonesia, Thailand dan Brunei Darussalam. Indahnya berblogging, kita boleh berinteraksi biarpun nun rakan kita jauh di sana.

Menjana side income
Pada awalnya pembabitan Yumida dalam berblogging hanya suka-suka je. Siapa sangka daripada suka-suka tu kita boleh menjana pendapatan lumayan menerusi alam blogging. Dunia siber banyak memberi manfaat jika kita gunakan dengan sebaiknya. Pernah Yumida tampilkan dalam entri ni: 
Bagaimana alam blogging tu memberi pulangan ringgit pada Yumida. See, seronoknya berblogging ni. Sambil membebel blablabla di blog…income pun boleh masuk.

Tempat untuk luahkan perasaan
Tak dinafikan dengan medium blog ni salah satu cara untuk meredakan tekanan. Rasa sedih, marah, gembira, kecewa, putus asa, geram dihamparkan didada blog tapiiiiiii…kena beringat! Cara bagaimana kita meluahkan perasaan tersebut. Bijak mengolah ayat bagi menggambarkan emosi. Selanjutnya, pasti mendapat respon positif dari pembaca. Kata-kata peransang, motivasi, nasihat, pujukan..pasti meredakan tekanan yang kita alami. 

Boleh membebel sesuka hati
Yumida suka apa yang Yumida tulis. Tentang aktiviti seharian, tentang hobi, minat, resepi, informasi, hiburan, review produk, review movie, review blog, ulasan rancangan TV especially berkaitan drama di televisyen. Suka banget! Yumida peminat drama Korea. So, di blog Yumida tampilkan sinopsis drama Korea yang kebanyakkannya di tonton di tv. Dengan perkongsian benda sebegini pasti membantu mereka yang ingin tahu berkaitan ‘sesuatu’ berkaitan apa yang Yumida tulis. Kan kan….haaa orang lain pun dapat manfaat sama.

Entry bermanfaat
Macam yang Yumida bebelkan di atas, di blog, Yumida boleh membebel sesuka hati. Ada kalanya dalam entry diselitkan juga dengan info bermanfaat. Seperti tips atau panduan. Matlamat Yumida berblog juga ialah untuk berkongsi dengan pembaca dengan harapan mereka mendapat manfaat hasil pembacaan di blog Yumida. Contoh: Tips Nuffnang, semakan online dan banyak lagi.

Untuk menyertai segmen/giveaway dan contest
Dengan adanya blog, Yumida boleh sertai segmen/giveaway dan contest anjuran blogger. See, pentingnya jika kita ada blog. Hihi… Kalau takde blog macam mana nak sertai aktiviti di atas. Haaa, paling mudah contoh segmen yang ni: Segmen Kenapa Aku Jadi Blogger? By AkuPenghibur.com. Syarat pun dah tetapkan kena buat entry. Haaa..that’s why jugaklah sebab kukuh Yumida harus mempunyai blog. Tambahan lagi, hobi Yumida suka join aktiviti macam ni. Seronok, syok…even tak menang pun takde. Keseronokkan tu dah ade, sambil join, sambil tambah rakan maya, sambil tambah follower, sambil tambah trafik ke blog.

Haaaa..tu je yang dapat Yumida fikirkan saat ni. Jom u olls…sama-sama kita meriahkan segmen ni. Nak jugak tahu sebab musabab u olls jadi blogger. Kan kan…

TAMAT: 28 DISEMBER 2013

3 comments


EmoticonEmoticon