Tips Memujuk Pasangan ‘Versi Rakan Blogger’

Segala tips dari entri ni adalah sumbangan buah fikiran rakan blogger
Terima kasih
Moga antara kita dapat memanfaatkan ketika memujuk sang buah hati

Tips Memujuk Pasangan 
‘Versi Rakan Blogger’

1. Membiarkan dahulu sehingga keadaan reda
Situasi ni memberi ruang kpd pasangan utk mengambil masa bagi menyejukkan diri. Tidak mahu tergesa-gesa memujuk kerana bimbang boleh mengeruhkan keadaan. Memilih utk berdiam agar si pasangan lama-kelamaan akan lupa pd apa yg telah dirajuknya. Ramai yg bersetuju dgn point ni.
ILHAM DARIPADA: Anisa Hang Tuah / nuha ahmad / Si Matatajam / azievee / eVa /  Eca Dwinky Asha / |shuhadaothman|TM / eimah siti / Tentang Kita / Momo / Kesuma Angsana / Deq's Qienz / syiela / iema / Deqla manjew / ieedaz @ mama_isha / biela bell / naim / Wanieys 

2. Meminta maaf
Meminta maaf kpd pasangan atas apa yg berlaku. Secara tak langsung dapat melembutkan hati pasangan yg sedang beku. So, segalanya settle!
ILHAM DARIPADA: Chic Na /  are_lin@yu / jessforshort. / Mieya Atiera 

3. Membuat lawak
Memujuk pasangan dgn membuat lawak. Seolah-olah tidak ada apa yg berlaku. Dgn ini, pasangan melupakan apa yg di rajuk tadi dan fokus pd lawak yg di buat. Pasangan jenis cool mudah ok apabila pujukan kita digantikan dgn membuat lawak. Juga boleh mempraktik mengukir senyuman, semanis senyuman Mr Bean :) kpd pasangan. Pasti buat hati tak tertahan utk bergelak sama. Juga cuba utk berseloroh spt ini, " awak awak jgn merajuk aku tak reti pujuk lah ".
ILHAM DARIPADA: Eza Boom Boom / aReLaN / Cik Aini / Karukord Jagau's / Nurul Husna Mohd Hassan / Momo / cendol / Deqla manjew / Mieya Atiera 

4. Memujuk dgn kata-kata lembut
Kata-kata lembut seakan-akan memujuk membantu hilangkan rasa rajuk di hati. Memujuk biarlah datang dari hati yg ikhlas agar pasangan kita mudah merasa kasihan kpd kita. Justeru, melenyapkan rasa rajuk. Elakkan menabur janji2 manis yg palsu. Juga boleh memujuk dgn berkata " senyumlah.. ketawa..kan sweet gitu ". Automatik kalau dia ikut, semuanya spt biasa  =) Cer try nanti erk...
ILHAM DARIPADA:  Cik Nur / Cik Aini / Che Rosliza Che mat/ Saya Disini / dyabunga / syiela / cik yuyu / Miss BaNu / jessforshort. / are_lin@yu / syiela / nuyui a.k.a miss YUI / Deqla manjew / eVa 

5. Membuat surprise utknya
Memberikan sesuatu yg di luar jangkaan kpd pasangan. So, pasangan akan merasa terharu. Terus melupakan perasaan merajuk tadi. Antaranya, membelikannya makanan kegemaran..kemudian memberikan nota yg tertulis, 'i'm sory n i luv u...'. Selain tu, juga boleh membelikannya aiskrim. Pasti dapat menyejukkan hatinya. Juga memberikannya hadiah pasti membuatkan dia tersenyum girang. Topupkan nilai kredit handphone nya..ala2 surprise gitu guna cimbclick..cepat lagi mudah! Yg menerimanya pasti senyum memanjang.
ILHAM DARIPADA:  Emma / Cik Aini / Arina Shamsul / Momo / Natasha 

6. Meminta bantuan anak2 utk memujuk
Wokeh yg ni khas utk yg sudah berkahwin sahaja. Sebab melibatkan anak2. Andai si pasangan tak makan pujuk oleh kita sendiri, kita jg boleh meminta bantuan anak2 utk mengambil hati pasangan kita. Ye la kan...sape yg tak tahan mendengar rintihan anak2..mudah berasa kasihan..bertambah-tambah sayang. Then, ok la lepas tu.
ILHAM DARIPADA:  anisalya

7. Cari Gaduh
Ketika pasangan kita merajuk, sure mendiamkan diri tanpa bagi response apa2 pd kita. Cari gaduh boleh membuka ruang utk buat dia gelak. Caranya dgn mencari gaduh sampai dia tak dapat nak berkata apa2. Pasti dia akan tergelak, then ok la lepas tu. Hmmm..unik ni..boleh jgk di try...tp khas utk pasangan yg bukan jenis baran. Kadang2 pergaduhan itu akan menguatkan ikatan hubungan.
ILHAM DARIPADA: iema ツ / NAL 

8. Berpura-pura sakit
Yg ni khas utk pasangan yg dh berkahwin sahaja. Andai yg sorang tu merajuk dan sukar utk dipujuk. Cer try berpura2 sakit. Tak kisah la sakit apa. Ambik yg senang sakit kepala la. Berlakon sekejap, terasa di landa sakit kepala yg teramat, seakan2 hampir pengsan. Pasti membuatkan si dia susah hati, lalu terhapuslah drama merajuk tadi. Dgn perasaan cemas, dia akan terus memicit/ mengurut.
ILHAM DARIPADA:  ~Sweet Honesty~

9. Bertolak Ansur ketika Merajuk
Yg ni aku kena copy & paste ilham asal drpd pengarang sebenar sbb klo aku buat ayat sendiri, lain definisinya nanti. Jom baca: sebenarnya tak susah kalo kita saling bertolak ansur..kalo masing2 panas masing2 nk majok habis sape nk pujok?? kuceng kot?? :p.. so, kena la beralah sikit..sweet tau bila kita cakap baik2 pas tu bila dye pun dah habis majok tu dye pun ckp baik2..pas tu pelok2..cium2..romentik2..bla..bla..bla..hahaha.. 
(khs utk kekasih halal saja ya) =)
ILHAM DARIPADA: Deqla manjew

*Terima kasih atas perkongsian pandangan korang semua
*Korang memang sporting!
VOTE Yumida
Taip UNDI 24 kemudian hantar komen ke LINK BLOG INI
*Terima Kasih :)

16 comments

boleh diguna pakai bg yg memerlukan =)

heheee...
tak sempat komen...
kalo saya cakap bebaik lemah lembut...=)))

kalo x jalan...diam je la...
pastu die pujuk kite pulak...hehee

nnti blh guna semua tips..hihi

tips yg amat2 berguna ni...tq ya...=)

semua pendapat boleh diguna pakai...macam versi ada kan...kena take note pendapat2 ni eheeee

Juga cuba utk berseloroh spt ini,
" awak awak jgn merajuk aku tak reti pujuk lah ".
haha kenape tak boleh??kenape??hahaha
tergelak bace entry ni..mcm2 pendpt ade..hihi

yg baik jadikan teladan, yg buruk jdikan sempadan !

wah tips yang baik dan insyaallah akan di praktiskan..hehe.

byk juga nama deqla tertera kat situ..hikhik..habis semua yer deqla konker...hahahah... semua sporting bg tips masing2..terbaikkkk.. tp berpura2 sakit tu x reti la berlakon nnti nk tergelak..sweety2..kamu ini ada2 saja bahh... dasar hipokrit ya? hahahaa =)

Byk tips ni, tp blm ad psgn lg.. ho3.. simpan dlm kepala je, nt prektikkan bila tba msanya.. hoho

salam ramadhan yumida..bln posa..xnak rajuk2...tau

tips terbaik dari ladang dan lautan dalam hehe

bagusnya tips.. :)

P/S : Salam Ramadhan buat semua ahli keluarga GSF..mohon ampun dan maaf sekiranya tanpa sedar mahupun tidak jika Nur pernah terkasar bahasa mahupun menguris perasaan semua.. Maafkan Nur...!

Dan selamat berpuasaaa... :)

Hahahaha...sweety. Ngade eh.., buat2 sakit. Untung nasib dpt dukung erk..

banyak betul tips. pasni boleh try semua la. :)


EmoticonEmoticon