1st GiveAway by Puan Sheila

KLIK BANNER UTK JOIN

BLOG ^TRIPLE S^

BLOG APRIL JUNE 2011

"Saya rasa apa yang menarik tentang kedua-dua blog ^ Triple S ^ & April June 2011 kerana merasai kemanisan sebuah kehidupan yg dipenuhi oleh kasih sayang. Sejujurnya, apabila me-review kedua-dua blog ini, tersentuh hati ini dgn bait kata olahan Puan Sheila a.k.a umi, empunya blog Triple S & April June 2011. Keakraban Puan Sheila bersama bersama adik-beradik, juga ibunya terpancar melalui hasil tulisannya. Ini harus dicontohi oleh semua orang yg mana kita mesti mengutamakan keluarga kita dahulu, barulah kehidupan kita mengecap rasa bahagia. Juga terasa aura keromantisan antara Puan Sheila dgn suaminya..ehem-ehem...yg ni kena huraikan sedikit kat bawah..kena sabar ye..baca slow-slow.

Sebelum berstory moli pasal blog beliau, mari kita berkenalan dulu dgn empunya badan. Nama penuh akak santek ni ialah Nor Sheila binti Salleh.Orangnya sgt sweet..nak tengok pic beliau..korang kena godek entrinya.

Tanggal malam kemerdekaan tahun 2010, penubuhan blog Triple S oleh Puan Sheila. Sumber inspirasinya dlm membuat blog Triple S ni ialah adiknya sendiri. So, klo tiba anniversary blog Triple S, kena la belanja makan adik kesayangannya ni. Hehe. Petikan kata-kata Puan Sheila utk entri pertamanya iaitu saya orang baru, harap2 dapat la curik masa nak write down apa yang terjadi atau yang perlu dicoret untuk titipan sendirian. Kerna bagi aku, blogger ni umpama diari yang bergerak dan di share di wall ini”. Haaa..nampak tak betapa bersemangatnya Puan Sheila utk berblog. Yg ni aku amat bersetuju sangat! Dgn memerhati apa yg berlaku di sekeliling kita, kita boleh ilhamkan ke dlm blog, berkarya dan terus berkarya.

Manakala utk blog ke-2 beliau iaitu blog April June 2011, berinspirasikan How I Meet Your Abah. Wah..sweet gitu Puan Sheila. Memang didedikasikan khas buat suami tercintanya iaitu Norhadi bin Kahar. Blog ni juga dikenali sbg Bride-To-Be (B2B). Yg mana mengisahkan perjalanan kisah cinta bagaimana Puan Sheila berjumpa dgn buah hatinya, iaitu suaminya sekarang. Juga berkongsi luahan rasa sayangnya terhadap org tercinta. Dalam blog ni jugak, diselitkan gambar perkahwinan diorang. Memang awesome! Salah satu pic yg menambat hatiku ketika penggambaran di Putrajaya. Romantis bangat! Jurufotonya pulak ialah NAZZ Photography. Yg ni memang tertera kat pic tu la..tak kan aku nak reka cipta sendiri..hakhak.

Perbezaan antara blog Triple S & April June 2011 ialah blog Triple S menceritakan kisah umum yg merangkumi ahli keluarga, sahabat handai, rakan sekerja..juga geng setan. Haha. Yg ni buat aku gelak. Zaman ketika Puan Sheila bersama rakan-rakannya di alam persekolahan. Lain daripada tu, luahan rasa tentang persekitaran, emosi, pasal isu-isu sekarang. Dikongsikan juga kata2 peransang atau quote yg memotivasikan diri ini bila membacanya. Perkongsian doa yg amat bagus diamalkan dlm kehidupan seharian kita.

April June 2011 pula, mengenai alam perkahwinan, Do It Yourself Project - utk kawin, tutorial DIY, tips sebelum kawin. Ala-ala membaca blog Shakina Farhan iaitu Journey of Bride-To-Be. Yg ni aku masih ingat lg yg aku join contest dri blog beliau iaitu Contest : Like, Post & Win RM600*. Mmg bez segala info yg disediakan. Lengkap dan sesuai menjadi rujukan khas utk org2 nak kawen. Ala-ala blog April June 2011 ni jugak.

Antara entri Puan Sheila yg membuatkan aku jatuh cinta ialah entri yg bertajuk dear baba. Luahan hatinya menembusi ke dadaku. Begitu kasihnya seorang isteri terhadap suaminya. Yg ni aku paham..coz aku pun seorang isteri. Memang dirindui kepulangan suami tercinta. Lagi satu entri yg bertajuk terima kasihsayangku. Kata2 Puan Sheila sungguh romantis. Sepantas kilat aku terbayang my hb. Korang nak tahu? Meh aku copy & paste, “Dikiri dan kanan saya penuh dengan kasih sayang dan cinta eksklusif buat awak.” Wooo..aku membaca pun tersenyum-senyum sengsorang.

 

Specialnya blog April June 2011 ni, ia mendedahkan Puan Sheila seorang berjiwa seni. Haaa..gempak tak? Coz beliau handal dlm membuat deco-deco ni. Antaranya meletakkan kad kahwin dirinya sendiri ke dlm frame, kemudian dipamerkan di ruang tamu. Cayalah! Memang kreatif. Aku pun tak terfikir nak buat camtu. Boleh di tiru ni. Nanti aku try.

Selain dari tu, Puan Sheila handal dlm membuat gubahan hantaran. Contohnya, beliau dan ibunya pernah menggubah barang hantaran utk pihak suaminya. Korang nak tengok hasil tangan seni Puan Sheila ni boleh la jenguk ke entri ni: B2B : HANTARANBUAT SUAMI. Juga bukan setakat menggubah hantaran, tapi terer dlm bab menghias bilik secantik-cantiknya di hari bahagia pertunangan Angah Elin. Nak tengok? Klik jer entri B2B : SPECIAL ENTRI FOR ANGAH. Belum habis lagi...haaa..ni aku persembahkan hasil titik peluh Puan Sheila dlm mereka design baju. Memang berseni jarinya.Punya imaginasi yang tinggi. Klik B2B : LAKARAN DESIGN. Santek kannnnnn?


Ku doakan moga pasangan ini bahagia berkekalan hingga ke akhir hayat. Dimurahkan rezeki sentiasa, dipermudahkan segala urusan seharian. Moga setiap hari dilimpahi kasih sayang yg tiada penghujungnya.

TAMAT: 31 JULAI 2012

TAG:
EIDA
SI PIPI MERAH


7 comments

rajin yumida ni.. kalo deqla ikot mood jugak nk karang2 entri cam gini..hihi...good luck k..

Assalamualaikum awak.
sorry sy tak online mlm..
tapi dont worry penyertaan awak diterima.
good luck dear!
muahh!

gud luck dear.. tQ taq..heeee


EmoticonEmoticon