KLIK BANNER UTK JOIN
I Love My Blog! because....blog
Yumida ni merupakan medium perantaraan antara aku dan
dunia luar. Segala ilhamku disalurkan melalui hasil penulisan ku di dalam
blog yang mana dikongsikan bersama seluruh rakan siber. Jadi, melalui berblog
kenalan maya semakin bertambah, ukhuwah
semakin rapat apabila berjumpa dengan pembaca setia. So, haruslah aku
sayang blogku ini. Mereka umpama sahabat rapat yg selalu mengunjungi ke sini. Tanpa mereka, pasti aku berasa sunyi tanpa lawatan dan komen-komen mereka
yg mencuit hati.
Melalui berblog ni juga
membuatkan aku sering berfikir.
Segala yg belaku di persekitaranku, diadaptasi ke dalam entri ku...ku gubah, ku
olah, aku merenung lebih ke hadapan. Setiap yg terjadi pasti ada sebabnya.
Perkara-perkara seperti ini membuatkan otakku ligat berfikir, mengajar aku erti
menghargai apa yg ada di sekelilingku. Bersyukur dgn apa yg ada. Redha dgn
ketentuanNya di samping berusaha mencari jalan memperbaiki takdir yg di terima.
Jadi,semestinya aku sayang dgn blogku ini kerana proses menghasilkan entri mendidik aku supaya sentiasa berfikir.
Sayangnya aku pada
blogku kerana ia tempat untukku
meluahkan perasaan. Rasa marah, sedih, kecewa, putus asa...ya, ia memang
gambaran sebenar emosi tika ia berlaku. Jadi, melalui penulisan di dalam entri,
aku dapat menghilangkan tekanan dgn
mengalih emosi sebenar ke dalam bentuk penulisan. Secara tak langsung ia
telah meredakan perasaan yg berkecamuk. Kata orang, berfikir dahulu sebelum
berkata. Jadi, melalui berblog segala penyampaian emosiku di tapis dan mencari
ayat yg sesuai utk menggambarkan emosiku agar tak terbabas menggunakan
perkataan kasar. Dgn ini, ia mengajar aku mempositifkan ayat yg negatif.
Sokongan moral drpd rakan blogger juga memberi perasaan tenang buat diri ini.
Dari hari ke hari, ku dapati dgn berblog ia telah memperbaiki diriku ke arah yg lebih baik
dan menjadikan aku semakin matang. Dari segi apa? Dari segi isi penulisanku,
dari segi mesej yg ku sampaikan, dari segi penggunaan bahasaku, dari segi
pengajaran yg diterima. Kadang-kadang tanpa ku sedar, entriku agak berlebihan.
Jadi, teguran membina drpd rakan
maya membuatkan aku tersedar dan terus memperbaiki kesilapan. Ini menjadikan
aku lebih berhati-hati dan membuat tapisan agar tak dikategorikan agak
berlebihan. Jadi, bila ditanya, adakah aku menyayangi blogku? Jawapannya YA! Ia
telah mematangkan diriku dlm berkecimpung dunia blogging.
Aku
dikategorikan sebagai seorang blogger yg
aktif menyertai segmen/ contest/ giveaway. Bukanlah bermaksud untuk
membolot kesemua hadiah yg ditawarkan. Kalau terpilih sebagai yg
bertuah...alhamdulillah..rezeki. Tak menang pun tak mengapa bagi aku, kerana
ukhuwah telah terbina antara aku dan penganjur/sponsor. Lagipun ia adalah tanda
sokongan aku terhadap aktiviti yg mereka anjurkan. So, tanpa blog bolehkah aku turut join? Semestinya tak kan..tertakluk
kpd terma & syarat. Jadi, pentingnya aku mempunyai blog utk mengikuti
segala aktiviti yg dianjurkan oleh rakan blogger, semestinya blog yg paling ku sayangi,
blogku sendiri iaitu blog YUMIDA :)
TAMAT: 18 JULAI 2012
6 comments
nak join pula kalo sempat (:
nur juga sayangkan blog nur.. :)
nak undi kat mana ea? kat entri blog awak ne atau kat entri penganjur?
huhu tak faham lah dear..
ya dear..nak undi kat ner? huhu..
camne nk vote ni??
kita vote awak..dan kita folo awak jugak :) bila free nanti, mohon jemput folo kita jugak ye? take care dear :)
EmoticonEmoticon