Borang Permohonan Online BR1M 4.0 Tahun 2015

Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia 4.0 (BR1M 2015)
Seperti yang kita dah dengar menerusi bajet 2015, kadar bayaran BR1M 2015 telahpun dinaikkan. Alhamdulillah..moga pemberian yang lebih banyak menerusi BR1M 4.0 kali ni, akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh penerima BR1M. Tahniah buat anda yang layak menerima wang BR1M 2015.
Cara isi borang permohonan online BR1M 4.0 tahun 2015, cara dapatkan borang BR1M 2015, tarikh BR1M 2015 dibuka, syarat kelayakan memohon BR1M 4.0, kadar bayaran BR1M 2015, bonus skim khairat kematian

Bagi yang ingin memohon dan layak menerima wang bantuan rakyat, anda perlu mengisi borang permohonan BR1M 2015 Bantuan Rakyat 1Malaysia 4.0 menerusi online. Berikut adalah maklumat penting mengenai cara memohon dan mendaftar BR1M 4.0 tahun 2015.

Borang Permohonan BR1M 4.0 Tahun 2015 Online

Tarikh Borang Permohonan BR1M 2015 Dibuka:
Permohonan Online BRIM 4.0 tahun 2015 akan dibuka mulai 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014. Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank. Bagi pemohon baru, pengguna boleh mendaftar secara online atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2015 secara percuma.

Syarat Kelayakan BR1M 4.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2015
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun ke atas
- Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan kebawah
- Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 - RM4,000
- Individu bujang 21 tahun ke atas yang bekerja dan berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah

Cara isi borang permohonan online BR1M 4.0 tahun 2015, cara dapatkan borang BR1M 2015, tarikh BR1M 2015 dibuka, syarat kelayakan memohon BR1M 4.0, kadar bayaran BR1M 2015, bonus skim khairat kematian

Kadar Bayaran BRIM 4.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2015
1) Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000: RM950
Bayaran ansuran sebanyak tiga kali setahun iaitu RM300 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 dibayar mulai September 2015.

2) Pendapatan isi rumah bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000: RM750
Ansuran RM200 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 juga akan dibayar mulai September.

3) Individu bujang 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan: RM350
Kadar BR1M dinaikkan daripada RM300 kepada RM350. Bantuan akan dibayar sekali gus pada bulan Januari 2015.

Bonus Skim Khairat Kematian
Skim Insurans Takaful Berkelompok (i-BR1M) yang diperkenalkan sebelum ini telah digantikan dengan Skim Khairat Kematian. Skim yang terbaru ini akan memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000 yang akan berkuatkuasa selama setahun.

Sebarang persoalan mengenai permohonan dan pendaftaran BR1M 2015 Bantuan Rakyat 1Malaysia 4.0, anda boleh hubungi talian hotline 1800-88-2716 (LHDN) atau 03-88824565/4566 (Kementerian Kewangan) serta e-mail br1m@trea­sury.gov.my. Selamat memohon BR1M 2015.


EmoticonEmoticon