Skim Insurans Takaful Berkelompok (i-BR1M)

Bagi Skim Pelindungan Taka­ful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M), perlindungan kepada penerima BR1M kategori isi rumah adalah di antara tempoh 1 Januari sehingga 31 Disember 2014. Ini bermakna, skim i-BR1M ini bakal berakhir penghujung tahun ini.

Skim Insurans Takaful Berkelompok (i-BR1M), tempoh tuntutan i-BR1M, tempoh perlindungan i-BR1M 2014, cara buat tuntutan i-BR1M, i-BR1M akan diganti dengan Skim Khairat Kematian untuk BR1M 4.0 tahun 2015

Sehingga kini sebanyak 16,540 tuntutan telahpun diluluskan. Bagi tujuan tuntutan waris, anda boleh membuat tuntutan i-BR1M selewat-lewatnya pada 31 Mac 2015. Tuntutan boleh dibuat dengan mendapatkan borang di website www.malaysiatakaful.com.my atau menghubungi hotline i-BR1M di talian 03-27162716 atau e-mail ke 1-BR1M@takaful-ikhlas.com.my.
Kredit: Skim i-BR1M

Tarikh Penting Skim Insurans Takaful Berkelompok (i-BR1M)
Tempoh perlindungan i-BR1M: 1 Januari - 31 Disember 2014
Tempoh tuntutan i-BR1M: 1 Januari 2014 - 31 Mac 2015

Tempoh perlindungan menerusi Skim Insurans Takaful Berkelompok (i-BR1M) akan digantikan dengan Skim Khairat Kematian. Skim yang terbaru ini akan memberi manfaat kepada waris penerima BR1M 2015 dengan bantuan RM1,000 yang akan berkuatkuasa selama setahun.

Isi segera:

2 comments

oooo dah ada claim ya yumida...bagus jugak tu..so sapa-sapa yang entitled bolehlah buat sekarang..nanti terlepas due date..


EmoticonEmoticon