Kita disarankan mengambil langkah
berjaga-jaga berikutan ramalan kes denggi bakal meningkat akhir tahun 2014 ni. Macam yang kita tahu, betapa bahayanya kesan denggi ni. Gigitan nyamuk
aedes ataupun demam denggi boleh membawa
maut! So, bermula hari ini berwaspadalah kita. Cegah pembiakan denggi dengan membuat pembersihan persekitaran rumah.
Komen
Menteri Kesihatan Tentang Ancaman Wabak Denggi
Kes denggi akan meningkat akhir tahun ini kerana faktor cuaca dan
perubahan serotip virus. Virus denggi
mempunyai serotip satu, dua, tiga dan empat. Menjelang awal tahun ini dan akhir
tahun lepas, terdapat pradominan serotip Den (Denggi) 2. Tetapi, dalam beberapa
bulan lepas, kami dapati terdapat peningkatan dalam kes Den 1. Sekiranya banyak
penduduk di negeri yang terjejas, belum pernah terdedah kepada Den 1 dan mereka
tidak mempunyai pelalian terhadap virus itu, maka golongan ini mudah mendapat
denggi daripada Den 1. - Datuk Seri Dr S.Subramaniam
Jumlah kematian akibat denggi yang direkod di seluruh negara dari 1 Jan hingga 25 Okt ialah 160, meningkat 167 peratus daripada 60 kematian yang dilaporkan dalam tempoh sama tahun lepas.
Jumlah kematian akibat denggi yang direkod di seluruh negara dari 1 Jan hingga 25 Okt ialah 160, meningkat 167 peratus daripada 60 kematian yang dilaporkan dalam tempoh sama tahun lepas.
Sama-sama
kita ambil tindakan dengan mengurangkan jumlah kes denggi. Jangan biarkan serangan nyamuk aedes berleluasa. Hapus ancaman
yang boleh mengundang wabak denggi. Berganding
bahulah kita menjaga kebersihan alam sekitar. Bunuh pembiakan nyamuk aedes!
Menangi: Hadiah Bernilai RM700 Dengan Mudah! (KLIK)
10 comments
musim kan
bahaya , ada yang meninggal disebabkan oleh denggi tauu
ENTRI BARU : http://blurrr4evablurr.blogspot.com/2014/11/buat-duit-di-ilanceecom.html
(mohon klik recommend to google dekat kotak komen, terima kasih sangat sangat)
Tak habis lagi wabak denggi ni kan..dah hampir setahun...hmm..kena sentiasa berjaga-jaga kan yumida..
banyak betul nyamuk sekarang ni, nak-nak musim hujan macam ni, kena lebih hati2 dan pastikan tidur pasang kelambu.. :D
TQ sis share info,
Betul cakap Nurzakiah hanum tu...musim demam denggi
baru-baru ni satu family aku demam...lepas demam 4 hari tu, aku dengan kakak aku tumbuh bintik-bintik merah...adoi...gatalnya rasa satu badan....takut juga kena demam denggi ni....pastu alhamdulillah...lepas 2 hari, gatal-gatal tu dah reda...demam pun dah reda...cek2 suhu masa demam tu 37.4 C...
sekarang aku lebih berjaga-jaga dah...kalau dekat2 jam 6 petang tu, dah tutup tingkap semua..maklumlah Sabah awal maghrib...jadi awal la gelap... :)
Sama2 ita cegah ..sekarang musim hujan lagi la banyak nyamuk huhuhu......
Nice entry... Thanks for the information
Takut nangga nyamuk ya eh. By the way, nice sharing sis
Kat tempat Diana memang bnyk nyamuk ni sb kawasan tempat tinggal Diana di kelilingi kelapa sawit...ni kena berhati2....
EmoticonEmoticon