Kesan Banjir Cetus Wabak Penyakit

Budak-budak kalau tengok banjir kemain seronok mereka. Tapi hati-hati, banjir ni boleh mengundang banyak penyakit. Baru-baru ni banjir telah berlaku di Cameron Highland, bahkan berlakunya tanah runtuh di situ. Berbicara pasal tanah runtuh, ianya tragedi serius yang boleh melibatkan kehilangan nyawa. Begitu juga dengan banjir, berwaspadalah ketika banjir. Utamakan keselamatan.

Banjir, kesan banjir cetus wabak penyakit malaria, taun, denggi, punca tanah runtuh dan banjir, banjir undang banyak penyakit, wabak penyakit akibat banjir, mangsa banjir
Lagi amaran ancaman wabak denggi:

Pasukan perubatan bersedia ancaman wabak penyakit selepas banjir:
Kementerian Kesihatan mengerahkan lebih 50 anggota perubatan bagi menghadapi banjir yang melanda Cameron Highlands sehingga mengakibatkan lima terkorban baru-baru ini.
Menterinya, Datuk Seri S. Subramaniam berkata, pihaknya bimbang sekiranya berlaku sebarang penularan wabak penyakit berikutan malapetaka banjir dan tanah runtuh yang melanda kawasan itu. Kita sangat bimbang sekiranya kejadian ini bertambah buruk sehingga mengakibatkan penularan sebarang wabak berbahaya. Pasukan kita telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Ketika ini, kita sedang bertungkus-lumus bersama pasukan lain membantu mangsa di pusat pemindahan. Semua pasukan perubatan juga telah bersiap sedia di Hospital Tanah Rata dan klinik-klinik berhampiran sekiranya berlaku apa-apa yang tidak diingini.

Banjir, kesan banjir cetus wabak penyakit, punca tanah runtuh dan banjir, banjir undang banyak penyakit, wabak penyakit akibat banjir, mangsa banjir, Banjir hanyutkan kereta lebih 1 kilometer, bencana alam banjir
Banjir baru-baru ni:

Antara maklumat awal yang diterima, sungai di kawasan kejadian penuh dengan sisa pepejal serta sampah sarap sehingga mengakibatkan kejadian banjir yang akhirnya telah meragut nyawa. Selain daripada itu, kejadian banjir dan tanah runtuh berlaku kerana pembalakan dan pembukaan tanah secara haram. Mengapa kita tidak prihatin dengan semua ini? Kerana tamak dan pentingkan diri, akhirnya kita sendiri yang mengakibatkan malapetaka. Sekiranya kerajaan kata jangan tebang pokok, janganlah tebang. Kesemua aktiviti haram akhirnya akan memberi kesan negatif bukan sahaja sekarang tetapi 10 tahun akan datang. Kesedaran sivik perlu dibentuk agar perkara sebegini tidak berlaku.

Punca banjir ni boleh terjadi banyak sebab. Salah satunya hujan lebat yang tak henti-henti. Struktur tanah yang tak kukuh akibat pembalakan haram, penggondolan hutan, sungai tercemar dengan sampah sarap yang membawa pada sekatan aliran sungai. Jadi, sama-samalah kita menjadi pengguna prihatin terhadap persekitaran. Bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang pada masa akan datang.

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih

7 comments

memang kena hati-hati bila banjir..wabak penyakit senang merebak coz kawasan persekitaran yang kotor kan yumida..

Cuaca sekarang tidak menentu. Awasi kebersihan sekitar kita untuk mengelakkan sebarang wabak,
InshaAllah

alhamdulillah takde kejadian banjir disini... takut dengan malaria tu, kawan pernah meninggal kena malaria :(

Ee, bahaya na banjir tok. Nasib bait banjir kat tempat kamek sik teruk gilak.

Musim sekarang ni banyak penyakit lebih2 lagi dalam musim hujan...kita kena berhati2 dan semoga kita di hindari dari sebarang penyakit...


EmoticonEmoticon