Abang Ensem Di Mata Aku

KLIK BANNER UTK JOIN
TAMAT: 17/05/2014

Berbaju pink, berblog pink, hebat dalam perihal hartanah, penceramah seminar, itulah gambaran yang diberikan buat Abang Ensem. Malah kehadiran komennya di Facebook, seringkali buat aku tersenyum sengsorang. Mana taknya, komennya berayat manis, seringkali mengusik rakannya yang lain.

Berbicara mengenai Abang Ensem, secara jujurnya aku amat kagum dengan beliau. Berkebolehan dalam perniagaan hartanah, memiliki aset hartanah, dikhabarkan beliau mempunyai 14 buah rumah. Aaaa! Tergamam seketika.

Aku amat suka melihat cara Abang Ensem menyebarkan ilmu. Sebagai seorang berbangsa Melayu, Abang Ensem patut dicontohi. Beliau bukan sahaja berjaya dalam bidang hartanah, malah ilmu yang ada padanya dibukukan dalam bentuk ebook dan dijual kepada orang ramai. Tips hartanah, strategi dan teknik pelaburan, persoalan dan jawapan mengenai pengalaman beliau sendiri. Ilmu sebegini amat berharga! Buat kengkawan semua, berikut merupakan cetusan ilham dari Abang Ensem:
Rahsia Jutawan Hartanah Terbongkar
Tips & Panduan Membeli Rumah Terpakai
Caraku
Tips Mudah Lulus Pinjaman
Buta I.T Celik Ringgit
Jangan Baca Buku Ini!
***Tempah ebook & buku Abang Ensem KLIK SINI & SINI***

Abang Ensem bukan sahaja menyebarkan ilmu melalui ebook dan penulisan buku, malah beliau juga seringkali diundang menjadi penceramah seminar. Berkongsi pengalaman beliau sebagai seorang hartanah. Selalu terbaca status beliau dalam Facebook, mengenai penjadualan seminar beliau. Dalam bergurau senda di Facebook, informasi siri seminarnya juga diselitkan bersama. Sebagai hebahan buat pembacanya.

Bukan sahaja glamour di blog, Facebook, Instagram malah Abang Ensem turut diundang oleh pihak Astro Awani untuk ditemu bual. Hebat la! Abang Ensem masuk tv! Menerusi program Bisnes Alternatif. Nak tahu Bisnes Alternatif channel apa? Di saluran 501.

Dah masuk tv, keluar lagi wajah Abang Ensem dalam majalah dan akhbar tempatan. Tabik spring kat Abang Ensem. Popular! Popular dengan ilmu hartanah yang ada pada dirinya. Antara yang memuatkan kisah beliau di Majalah Pengurusan Kewangan, Personal Money, Utusan Malaysia dan Kosmo.

Abang Ensem juga mengetengahkan hasil tulisannya di majalahniaga.com iaitu majalah online yang berkaitan dengan dunia keusahawanan. Malah terbabit dalam kolumnis bagi menyampaikan ilmu yang ada padanya. Selalu tengok ruangan kolumnis kat akhbar tempatan, rupanya tak sangka Abang Ensem pun turut serta tapi dalam Majalah Apartmen Impiana di bawah kolum Abang Ensem @ Apartmen. Famous Abang Ensem, ada di merata-rata.

Ilmu hartanah juga dikongsi di dalam blog beliau. Baik sungguh hatinya, bermurah hati berkongsi ilmu dengan pembaca blog. Jadi, tak menghairankanlah bila dirinya dianugerahkan sebagai Blogger Hartanah #1 Malaysia. Tahniah Abang Ensem. Ooops…belum habis lagi. Blog beliau juga dinobatkan sebagai Favourite Business Blog 2013′ dan ‘Malaysia Best Business Blog 2014′. Memang sangat layak dengan anugerah tersebut. Moga Abang Ensem terus mencipta nama di arena blogging.

Penganugerahan Best Business Blog

Dinobatkan Favourite Business Blog 
  
Melihat kejayaan Abang Ensem menyuntik semangat keusahawanan dalam diri aku. Apa-apa bidang, jika kita minat, lakukan dengan bersungguh-sungguh. Fahami dahulu selok belok perniagaan itu. Cari ilmu, baca dan fahami betul-betul. Jangan tergesa-gesa dalam perniagaan. Itulah kisah inspirasi yang diperolehi melalui kejayaan Abang Ensem.

Bagi aku, Abang Ensem menyebarkan ilmu dengan cara yang sangat unik. Media masa memainkan peranan mempromosi ilmu yang ada padanya. Sangat berinspirasi! Teringin juga nak jadi macam beliau. Tapi dengan caraku sendiri. Berkongsi ilmu, teknik dan pengalaman bersama pembaca. Antara artikel yang pernah aku terbitkan: Nuffnang, Jana pendapatan online, CPUV, Blogbuster.

Teringat kat Abang Ensem, teringat dengan Program Superb. SUPERB (Skim Usahawan Permulaan Bumiputera). Ianya program keusahawanan. Yang nak jadi usahawan, boleh try apply program ni. Mana tahu boleh ikut jejak langkah seperti kejayaan Abang Ensem. Usahawan berjaya! Just bagitau je, kot-kot ada pembaca yang berminat. Pemenang dalam program Superb ni bakal terima geran RM500,000. Satu platform yang bagus untuk mengaplikasi bakat di samping bergelar usahawan. Maklumat lanjut mengenai Program Superb, boleh layari laman web berikut http://superb.teraju.gov.my/

Last, but not least.. Ada orang kata Abang Ensem ayah Yumida. Kikiki.. Ni buktinya:

 

Wokeh, tu je story mengenai Abang Ensem di mata aku. Sesiapa nak contact Abang Ensem, nak tanya pasal hartanah, nak minta pendapat, hubungi:

7 comments

kikiki...gelak teguleng-guleng. sweetnya ayah sy. sampai berair mata sy gelak ni sis. hadoi..

abang ensem a.k.a papa yumida...

terima kasih semua..moga2 contest ni sampai ke pihak penganjur


EmoticonEmoticon