Berikut
merupakan 10 senarai destinasi utama yang menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia.
Rekod 10 destinasi pelancongan terbaik di dunia ini dikeluarkan oleh portal MSN
Travel.com. Teringin juga nak tahu pasal apa destinasi tu menjadi sasaran
pelancong. Pelancong seluruh dunia lagi tu! So, apa kata kita terjah 10 destinasi
pelancongan terbaik di dunia dan geledah kelebihan destinasi tersebut. Senarai top
10 anugerah tahunan TripAdvisor.
Senarai 10 Destinasi Pelancongan Terbaik Di Dunia Tahun 2014
1.
ISTANBUL, TURKI
Turki
sebuah negara yang memiliki dua benua antara timur dan barat dipenuhi bangunan
seni bina tradisional, ini menjadikan Istanbul sebagai bandar raya yang wajib
dikunjungi oleh pelancong seluruh dunia. Grand Bazaar di Istanbul tempat yang
sangat popular sebagai destinasi percutian. Jadi, tidak hairanlah Istanbul
menduduki tempat pertama dalam 10 destinasi pelancongan terbaik di dunia tahun
2014.
2.
ROME, ITALI
Bandar
Itali kaya dengan bangunan bersejarah sehingga menarik tumpuan pelancong dunia.
Antara tempat menarik di Rome ialah Vatican City, Trevi Fountain dan Gereja
Sistine. Disebabkan itu, Rome, Itali berjaya menduduki tempat kedua dalam
senarai 10 destinasi pelancongan terbaik di dunia tahun 2014 ini.
3.
LONDON, ENGLAND
London
merupakan tempat ketiga dalam senarai 10 destinasi pelancongan terbaik di dunia
Tahun
2014. Tempat menarik menjadi tumpuan pelancong dunia di London ialah Menara
London, Tower Bridge, Katedral St.Paul, Benteng Windsor, Sungai Thames, Menara
Big Ben, ‘Shakespeare’s Globe
Theatre’, ‘Hampton Court Palace’ dan Istana Kensington. Kehadiran kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) menaikkan
lagi populariti dan keinginan pelancong untuk menjejakkan kaki ke London.
4.
BEIJING, CHINA
Kota
Larangan atau 'Forbidden City' yang menjadi istana dan pusat pentadbiran zaman
feudal China selain Kuil Syurga (Temple of Heaven) serta memiliki lebih
daripada 100 buah muzium. Ini meletakkan Bandar Beijing, China berada di
kedudukan keempat dalam 10 destinasi pelancongan terbaik di dunia tahun 2014.
5.
PRAGUE, REPUBLIK CZECH
Prague
dipilih sebagai kota kelima dalam 10 destinasi pelancongan terbaik di dunia
tahun 2014. Ini kerana kekayaan Republik Czech terhadap nilai budaya dan
kehidupan tradisinya. Banyak tempat bersejarah di Prague menjadikannya dipilih
sebagai tapak warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan
Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UNESCO). Prague telah berjaya menarik 5 juta
pelancong antarabangsa!
6.
MARAKECH, MAGHRIBI
Kota
Marakech ini menjadi pusat budaya di Afrika Utara. Malahan ia satu-satunya kota
raya dari benua Afrika yang menjadi pilihan di kalangan pengembara dan
pelancong selepas berlaku kegawatan politik di Mesir. Sekiranya pengembara dan
pelancong mahu merasai untuk menjejak kaki ke benua Afrika Utara maka Maghribi
yang menjadi satu-satunya lokasi paling sesuai untuk dikunjungi. Jadi, Marakech
menduduki tempat keenam dalam 10 destinasi pelancongan terbaik di dunia tahun
2014.
7.
PARIS, PERANCIS
Paris
sering menjadi impian setiap pelancong terutama pasangan yang sedang bercinta ataupun
baru berkahwin. Sehingga ia dikenali sebagai Kota Cinta dan Kota Fesyen. Paris
memiliki banyak galeri yang menyimpan koleksi seni terbaik di dunia. Buat anda
semua yang ini berbulan madu di Paris, datanglah ke kota cinta ini yang mana
Paris berada di kedudukan ketujuh dalam 10 destinasi pelancongan terbaik di dunia
tahun 2014.
8.
HANOI, VIETNAM
HANOI
terletak di utara Vietnam dan menjadi hab kepada pelbagai budaya utama. Antara
tujuan pelawat datang ke negara ini adalah untuk menemui pelbagai artifak
menarik yang mempunyai hubung kait dengan sejarah panjang negara ini dan
sebaran penduduk di Asia Tenggara. Hanoi berada di kedudukan kelapan dalam 10 destinasi
pelancongan terbaik di dunia.
9.
SIEM REAP, KEMBOJA
Siem
Reap kini menjadi destinasi popular di kalangan pelancong dan meletakkannya di
kedudukan kesembilan dalam 10 destinasi pelancongan terbaik di dunia tahun 2014.
Tarikan utamanya ialah kompleks kuil purba iaitu Angkor Wat yang dipercayai
dibina pada abad ke-12. Bukan itu sahaja, seni bina purba seperti Angkor Wat
juga dipercayai menjadi lokasi menarik untuk orang ramai merakam gambar atau
membuat sesi fotografi.
10.
SHANGHAI, CHINA
Shanghai
di kedudukan kesepuluh dalam 10 destinasi pelancongan terbaik di dunia tahun
2014. Tarikan Shanghai adalah sebuah kota raya paling moden di China dan
ditabalkan sebagai kota raya terbesar di dunia selain memiliki penduduk paling
ramai. Walaupun kemunculan bangunan-bangunan pencakar langit, moden dan
kontemporari namun bangunan lama masih dikekalkan dan dibaik pulih sebagai
sejarah.
Itulah
senarai 10 destinasi pelancongan terbaik di dunia! Setiap daripadanya mempunyai
keunikan tersendiri. Jika kengkawan merancang ingin melancong, lakukan sedikit
kajian destinasi pelancongan tersebut. Melancong bukan sahaja secara
berkumpulan malah melancong keseorangan pun boleh. Berminat untuk melancong ke
destinasi pelancongan terbaik dunia seperti senarai di atas? Sila-sila… Jauh
pengembaraan, luas pengetahuan!
20 comments
teringin nak pegi istanbul
good moning
singgah pagi isnin
teringin nak pergi europe !! huhu
Best...
Kalau la dapat pergi semua tempat tu kan best :))
subhanallah.. xtau laa bila dapat mlancong ke sana.. dalam negeri pon blom abiss teroka.. huhuhu. hope pnjg umo dan kalo ada rezeki lbh.. insyallah.. dpt smpaii.. TURKI =)
teringin jugak nak melancong luar negara nih..
entah, bila dapat pergi tempat mcm ne..teringin sangat tapi tak kesampaian...huhu
Turki tu teringin sangat nak pergi...bila le nak ada duit bebanyak.
Singapore dan Brunei yang dekat tu pun saya tak sampai lagi hehe
Bestnya mun dapat ke cnun!
semua nak pergi, Istanbul, mu tunggu aku datang!! muehehehek!!
Seronoknya kludpt g... Tpi klu dpt pusing Malaysia pun dh syukur..
istanbul will be like europe, paris and london gituh..besssttt!!
Teringin nak jenjalan ke Turki.. bilalah agaknya...
Turki no. 1.. tak sangka...
wow menariknya tempat tuh.. bila la dpt mjejakkan kaki ke Turki???
Wah menarik ni ..
Memang cantik negara istanbul nie..nesa teringin nak melawat masjid sultan ahmed yg katanya ukirannya yg cantik
Istanbul... suatu hari nanti pasti aku akan ke sana... huhu...
EmoticonEmoticon