Pulau Nangka
yang terletak kira-kira 4 kilometer
dari Pulau Besar, Melaka mula menjadi tumpuan berikutan dakwaan ia menyimpan harta karun bernilai berbilion
ringgit, milik sultan terakhir Kesultanan
Melayu Melaka, Sultan Mahmud Shah.
Pulau Nangka, Melaka
Dokumentasi menunjukkan Sultan Mahmud
Shah telah melarikan diri selepas dikejar oleh Portugis pada tahun 1511. Dalam
usaha untuk menyelamatkan hartanya daripada dirampas oleh pihak Portugis, tidak
mustahil Sultan Mahmud ada menyimpan sebahagian daripada harta-hartanya di
beberapa tempat dan salah satu daripada longgokan harta tersebut berkemungkinan
ada di pulau tersebut.
Gambar operasi pencarian harta karun di
gua Pulau Nangka, Melaka
Gambar mesin pengimbas diimbas pada
permukaan batu Pulau Nangka sebelum ditebuk dengan mesin penggerudi
Kos operasi pencarian harta karun di
Pulau Nangka mencecah RM1 juta yang meliputi penyediaan peralatan, tenaga kerja
dan logistik. Imbasan awal yang dijalankan, Pulau Nangka didapati mempunyai 20 buah bilik. Kesemua bilik tersebut dipercayai
dibina pada zaman kemuncak Kesultanan Melayu Melaka. Disebabkan dinding batu
jenis berlian kuari itu mempunyai ketebalan sehingga 5 meter, selain
berketinggian 8 meter dari puncak bukit, syarikat tersebut terpaksa mengambil
masa selama hampir dua tahun bagi menjalankan kerja-kerja penebukan lubang.
Gambar lubang gua yang menjadi laluan
utama ke ruang yang menempatkan harta karun
Usaha pencarian harta karun di Pulau
Nangka selama 4 bulan itu, akhirnya membuahkan hasil. Apabila 2 artifak ditemui
dalam bentuk syiling.
Syiling tersebut akan dihantar ke
makmal dan Jabatan Wasiran Negara bagi memastikan keasliannya. Prosedur
tersebut dilaksanakan bagi memastikan sama ada medal tersebut diperbuat
daripada emas atau tembaga selain mengetahui usianya. Ujian itu perlu bagi
memastikan seandainya artifak tersebut memang benar berasal dari zaman Kesultanan
Melayu Melaka.
13 comments
Lmk juak mencarik ya..
macam seronok jer mencari harta karun ni... tak sabar nak tunggu penemuan yang seterusnya...
Ala dorang dah dapat dulu, tak sempat zumal pergi cari :))
syiling aje..takkan kot...
rajin diorang nih..
kalau husna, konfem tak kan turun..:p
berdasarkan laporan diorg, mesin pengimbas kesan 96 peti besi peninggalan kesultanan melaka dulu. andaian mereka mungkin dlm peti tu mengandungi emas n barangan berharga. kerja mengorek in progress. hope dgr berita gembira lepas ni.
husna singgah dari blog mselim..:)
waaaa.. kayoo la mun dpt ya.. hehe
:) macam-macam la. haha :P
http://pemudattbc.blogspot.com/2014/05/syria-hanya-malaysia-gelar-mujahidin.html
wahhhh..
Seronok dgn cerita2 mcm ni.. :)
tetiba nama Pulau Nangka menjadi sebutan dlm pencarian harta karun.. sblm nih xpenah tau pn kewujudan pulau nih..
EmoticonEmoticon