Tarif elektrik NAIK tahun 2014

Bil elektrik bakal meningkat ganda di tahun hadapan. Disarankan penggunaannya digunakan secara berhemah dan berjimat-cermat. Camne nak jimat? Tang tu aku agak failed nak jelaskan. Hahaha…

Tarif elektrik NAIK tahun 2014

Tarif elektrik NAIK bermula 1 Januari 2014 
(Semenanjung Malaysia)
Tarif elektrik lama - 33.54 sen/kWj
Tarif elektrik baru (tahun 2014) - 38.53 sen/kWj
Naik sebanyak 4.99 sen sekilowat sejam (kWj)
Info lanjut kenaikan tarif elektrik: Layari Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Kadar purata tarif elektrik di Semenanjung Malaysia akan dinaikkan 14.89 peratus atau sebanyak 4.99 sen sekilowat sejam (kWj) menjadikan kadar baharu sebanyak 38.53 sen/kWj daripada kadar lama 33.54 sen/kWj berkuat kuasa 1 Januari 2014.

Tarif elektrik NAIK bermula 1 Januari 2014 
(Sabah & Labuan)
Tarif elektrik lama – 29.52 sen/kWj
Tarif elektrik baru (tahun 2014) – 34.52 sen/kWj
Naik sebanyak 5 sen sekilowat sejam (kWj)
Info lanjut kenaikan tarif elektrik: Layari Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Bagi negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, kadar purata tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak 5 sen kWj kepada 34.52 sen (peningkatan sebanyak 16.9 peratus) daripada kadar semasa iaitu 29.52 sen/kWj.

Sumber: Kosmo Online

37 comments

Apa lagi yg nak naik lepas ni, hu3...

untung lah orang yg kije tnb...ujung tahun jew durian runtuh...cekik daroh!!!
huhuhhu
mungkin kene jimat dari segi penggunaan kot...

Macam mana nak jimat. Sedang kan rumah Menteri pun ada yang guna sampai RM 1.6 Juta. Kita disuruh berjimat. Bukan duit sendiri memang la senang nak cakap.

Thanks sebab sharing Yumida. =)

ZH Blogger

Memang tak tau nak jimat mcm ne lagi..da jimat2 pun tetap byk juga bil..huhu..boleh tahan byknya naik sampai Rm5..x boleh buka aircond la..

dah jimat2 pun still kene bayar jugak. tau nak cut tag mana lagi. sekarang ni pakai yang asas je

alahaiii satu2 naik.. lps ni kadar tol pulak kot.. huhuhu...

Tak tau nak jimat tang mana lagi.

Kak Uni baru je bercadang-cadang nak pasang aircond kat master bedroom tahun depan. Jawabnye lepas bil letrik ni naik, kene hold dulu lah pasang aircond.

Ok, berjimatlah tu namanya.

assalamualaikum yumida....mmg parah skg ni semua benda n perkara nak dinaikkan...kesian rakyat yg berpendapatan rendah nak hidup kalau semua barang melambung harganya...

jumlah gaji je semakin menurun sebab nak tampung kos segalanya yang naik tu --'

Suka tak suka kenalah terima juga...:(

kalau bersuara pun,bukannya diorang ambil tahu..diam jelah..

naik je..bils nk turun nih..aishh

naik je..bils nk turun nih..aishh

segala2nya naik sekarang ni kan T___T

takut rakyat kena renjatan elektrik kot. hehe.. sabau jela..

sabo je la..:(

sedih.. dah sekarang ni tak cukup makan.. nnti ntah la nak jadi macam mana

Sume benda nak naik.....aishhh

kena fikir apa yg patut xperlu...huhu

hayyoooo !! kenapa mau naik pula ? wa pun sudah boros sekalang .. asyik on blogger saja .. macam mana wa mau jimat ?!

*habis laa .. bil melambung ..

mmg ramai ler naik darah pas nih.. huhu

heeeeeeeeee~~..
ermn..
mcm mana nk on9 lama2 nip...

Assalammualaikum...yumida,

semua benda naik.. mmg stress lah.. kan!

mselim3

pls: gaji naik sikit , bil2 lain naik byk.. cukai harta mselim3 pun dah naik..pening2

Semua naik...hujan jer yang turun! Sampai banjir...

sumer benda nak naek harga skang nih...

semua naiiiiiiikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

semuanyer naik, pastu confirm x turun2 punya ! huh

semua naik.. terpaksa redha..

lepas ni kena berjimat cermatlah...

nampak gayanya kena kurangkan berblog la. nk on9 guna lappy berjam2. huhu

satu persatu bnda naik..lpas ni ntah apa pulak..haishhh


EmoticonEmoticon