KENANGAN lama yang menerjah masuk di kotak fikiran, mengalirkan
isyarat pada hati dan seterusnya menyebabkan air mata pelakon jelita Christina Suzanne tumpah tatkala ditemu
bual media usai menggenggam trofi kemenangan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Filem (menerusi filem KIL) pada Anugerah Skrin 2013
(ASK2013) minggu lalu.
Bukan satu kemenangan kecil tetapi Christina berjaya mengetepikan
nama-nama besar seperti Nora Danish (Mencari Cinta), Nadia Aqilah (Zaiton
Ceritaku), Lisa Surihani (SAM) dan Jojo Goh (29 Februari) untuk dinobatkan
sebagai terbaik pada majlis yang bersiaran secara langsung di Stadium Melawati,
Shah Alam, Selangor itu.
Hakikatnya, pelakon berusia 27 tahun itu juga tidak menyangkakan kemenangan
tersebut. Dia juga tidak pernah meletakkan dirinya sebagai artis kerana
beranggapan lakonan adalah satu cabang pekerjaan untuk dirinya memperoleh
pendapatan.
"Saya menangis sebab
teringat pekerjaan lama saya. Saya pernah bekerja di pusat komputer (cyber
cafe), menjadi pelayan dan juga pramugari. Mungkin ramai yang fikir jadi
pramugari satu pekerjaan yang glamor seperti berlakon tetapi sebenarnya tidak.
Saya kena buat macam-macam termasuk mencuci
tandas kapal terbang," ujarnya sambil mengesat air mata yang tumpah.
Christina yang bakal berkahwin pada 22 Januari 2014 itu juga mengakui terkejut mendapat perhatian luar biasa selepas namanya diumumkan sebagai pemenang. Sedangkan, selama ini dia tidak pernah meraih perhatian sebegitu, malah tidak pernah berasakan diri sebagai selebriti.
"Tiba-tiba orang beri perhatian pada saya. Sebelum ini tidak
ada siapa yang peduli tentang saya," jelasnya yang mula dikenali menerusi program realiti terbitan Datuk Rosyam
Nor iaitu Pilih Kasih musim kedua.
26 comments
ooo....yang menang tuari kan....tak pernah tengok dia berlakon.
alhamdulillah...tahniah
Heroin drama Bicara Hati kat Astro..
Yala kita perlu humble. Iboh nak gamboh gilak, bena sik :) Cantik dress nya doe.
kata orang, barang lama jgn dikenang..apa pun tahniah..
tahniah...ikut resam padi...semakin berisi semakin menunduk..hehe..:)
Pernah dengar nama tapi tak pernah pulak menonton lakonannya.
dulu2 lakonan dier a bit kaku skang oklah !done nufnnang yer !
kenapa sa tak keanl dgn artis ne...hoho
dia ni comel, suke tgk dia berlakon :)
Assalammualaikum..yumida,
mselim3 x kenal lah artis nie..
mselim3
kehidupan kite xsemestinya akan berada dibawah atau diatas shj..sometime akan berubah2 ;) bersyukur
artis kacukan ke...tak pernah tengok dia berlakon......
first sha kenal dia dekat cerita bicara hati...memang minat dia...hihihi
Kebetulan, ketiga-tiga kerja yang dia buat tu dulu saya pernah buat. Part pramugari tu saya tak pernah la, tapi part kerja cuci tandas tu saya dulu pernah buat. Hehehe
mesti dia rasa terharu sangat..
Sya pun x pnh tgk dia berlakon ni..adui..hee..
Yumida,klu sudi,join ga saya ya..tima kasih :)
cantik dia ni.. errr.. jadi pramugari kena cuci toilet? huhu.. baru tau..
Tak kenal la pulak
dia ni jenis santai je...sempoi je kan.. haha..suka ngan dia.. :D
siapa sangka..rezeki dia kan.. :)
suka tgk suzanne..sblm berlakon dlm kil lg. cantikkan :)
singgah klik churp2
suka tgk dia..comel!! >.<
Syabah.. semoga terus berjaya.. :)
tahniah kepada cristina :)
tuah manusia tiada siapa yg npk.. mmg cantik dia nie..
EmoticonEmoticon