Erma Fatima bayar saman Rabecca dengan duit 5 sen

Kecoh!!! Apabila sekeping gambar yang dikongsikan oleh Rabecca Nur Al Islam mengandungi duit syiling 5 sen bernilai RM11,200! Woo banyak tuuu! Dilengkapkan dengan senaskah Al-Quran pemberian Erma Fatima.

Erma Fatima bayar saman Rebecca dengan duit 5 sen
Saman bernilai RM11,200 yang ditukar oleh Erma Fatima dalam bentuk duit syiling 5 sen

Erma Fatima diarahkan untuk membayar saman kepada Rabecca Nur Al Islam. Siapa sangka saman yang bernilai RM11,200 dibayar dalam bentuk duit syiling 5 sen. Jenuh nak kira tuuu.. Rajin Erma Fatima menukar wang ni dalam bentuk syiling 5 sen di bank. Takpe, duit syiling ni kan, Rabecca Nur Al Islam boleh tukar balik di bank nanti.

Facebook Rebecca Nur Al Islam, Erma Fatima bayar saman Rebecca dengan duit 5 sen
Facebook Rabecca Nur Al Islam

twitter Rebecca Nur Al Islam, Erma Fatima bayar saman Rebecca dengan duit 5 sen
Twitter Rabecca Nur Al Islam

Pada 8 November lalu, Rabecca berjaya memenangi kes tuntutan terhadap Erma Fatima apabila mahkamah mengarahkan Erma Fatima mengembalikan baki jumlah wang lakonan Rabecca menerusi drama 'Dejavu Di Kinabalu' sebanyak RM11,200 termasuk lima peratus faedah daripada bayaran selain membayar kos guaman kepadanya.

Kedua-dua artis itu sebelum ini pernah bertegang urat apabila Erma Fatima selaku pengarah drama Dejavu Di Kinabalu gagal melunaskan baki bayaran lakonan pelakon itu sebanyak 40% sehingga menyebabkan Rabecca memfailkan saman pada 23 Julai 2013.

Sumber: Abang Nara & Murai

14 comments

Tah apa kena laa diaorg ber 2 nie...


x0x0 ^___^

itulah dunia artis malaysia..hurmm..singgah pepsgi sini Yumida..:)

apa motif bagi senaskah alQuran sekali?

Assalamualaikum dan salam pagi Yumida...apa sebabnya Erma Fatimah guna duit syiling 5sen untuk bayar saman yer...

edisi perli tersirat ni.. kira je pakai mesin kira syiling kat bank tu..

baik betul erma siap bg senaskah Al-Quran.. padahal x mintak pun.. hihi

perbuatan yang tidak matang dan memburukkan image sendiri.. rugi rugi

Haha lawak pulak tgk..ntah pape lah..tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi..wakaka;P

aiyoo.. mcm2 lah! baik k'yus klik2 tabung yumida ni! ekekeke...

Mcm2.. ntah apalah yg disimpan dlm hati tu.. wallahualam..


EmoticonEmoticon